SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

07 Jun 2010

KESATUAN PEKERJA DAN PERKHIDMATAN AWAM SOKONG K'JAAN KECAM ISRAEL

Bernama
Bernama
7/6/2010



PETALING JAYA, 7 Jun (Bernama) -- Kesatuan pekerja dan perkhidmatan awam di negara ini yang merangkumi keanggotaan 1.8 juta orang menyuarakan sokongan padu terhadap tindakan kerajaan mengecam serangan Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza.Masing-masing menyambut baik usul yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini yang mengutuk serangan itu serta mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar merujuk Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasegaran berkata Amerika Syarikat (AS) harus campur tangan dan memaksa Israel membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada penduduk Gaza."MTUC sangat kecewa dengan pentadbiran (Presiden AS Barack) Obama kerana tidak dapat mengawal Israel yang terkenal sebagai negara pengganas dunia."Amerika Syarikat sibuk mengawal Korea Utara dan Iran tetapi tidak mengendahkan Israel yang merupakan negara penyangak paling teruk di dunia," katanya kepada Bernama.Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Kebangsaan, Datuk Zainal Rampak pula menyeru anggotanya agar memboikot barangan Amerika sebagai bantahan dan juga desakan kepada AS untuk mendisiplinkan Israel.Sementara Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekreja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Ahmad Shah Mohd Zin pula menggesa masyarakat dunia agar segera mengenakan sekatan terhadap Israel dan AS bagi menghalang rejim Zionis daripada terus menyeksa rakyat Palestin.Beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana Pertubuhan Persidangan Islam tidak mengambil pendirian tegas bagi menekan AS agar bertindak terhadap sekutunya itu.-- BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedih aku tengok kekejaman rejim Zionis nie... Sedangkan bantuan yang dihantar pun boleh jadi tempat medan pertumpahan darah, apatah lagi dengan rakyat Palestin yang terkurung di tengah-tengah Kekuasaan Negara Pengganas nie?

Abu berkata...

sokong...

Saudara Thaibah al-Banjari berkata...

hidup Qanuni.. kami meramalkan bahawa ustaz syeikh kami Yang Mulia Istimewa Ustaz Hambali ibni almarhum Ustaz Utama Mahamood, Pengetua dan Syeikh Besar Ajaran Qanuni Yan Kedah akan mengetuai serangan dan kemenangan keatas rejim Bani Israel.

Semua PA sertailah ajaran Qanuni seblum terlambat. Kami akan menyertai pilihanraya di Malaysia masa akan datang, jika kami berjaya semua gaji PA akan dinaikkan 3 kali ganda, keamanan akan wujud, negara makmur dan gagah

Tanpa Nama berkata...

Jabatan Agama Islam Kedah dan JAKIM...tolong intai-intai si mamat
Thaibah al Banjari.....bunyi lain macam je...tapi yang ketara..BANJAR

Tanpa Nama berkata...

perdana menteri israel ini terlalu
kejam sangat sampai bila hati merika puas tiap-tiap hari makan daging manusia kalau pun negara
pelstin meriksa dapat malah merika
tidak puas juga malah mahu rampas
negara lain lagi tetapi sampai bila ??? sampai bila hati merika
tenang bukan sahaja orang pelestin
menderita malah merika pun menderita juga sebab memekir hal perang setiap hari saya merayu kepada israel berhentilah merika ini perdana menteri israel pengkianat negara dan harus dihukum
setimpal dengan kesalahan merika.nama saja besar tetapi otak merika dilutut. betul tak.