SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 November 2010

CUEPACS BINCANG ISU TIADA BONUS

Utusan Malaysia
17/11/2010



KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membentangkan isu tiada bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam dalam Bajet 2011 pada mesyuarat khas kongres itu Selasa ini.

Presidennya, Omar Osman berkata, pada mesyuarat itu beliau dijangka menerima maklum balas daripada semua peringkat ahli kongres di seluruh negara.

Beliau berkata, menerusi maklum balas itu, pihaknya akan berbincang dan membuat analisis mengenai apakah kesan ke atas penjawat awam ekoran ketiadaan bonus tersebut.

"Setakat ini, kita menerima beberapa maklum balas awal daripada penjawat awam dan rata-ratanya menunjukkan reaksi kecewa.

"Kongres bimbang, kekecewaan itu akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi komited dengan kerja mereka dan sekali gus boleh mengakibatkan ekonomi merudum semula,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penjelasan Perdana Menteri berhubung kerajaan tidak boleh memberi bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM3.1 bilion.

Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bagi meringan beban dan menampung perbelanjaan persiapan sekolah untuk anak-anak.

Omar berkata, pihaknya akur jika RM3.1 bilion untuk 1.2 juta kakitangan awam akan membebankan kerajaan, namun sekurang-kurangnya kerajaan wajar memberi setengah bulan gaji iaitu ia hanya melibatkan RM1.5 bilion sahaja.

Beliau memberitahu, wang bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan itu tidak mencukupi untuk kakitangan awam khususnya yang mempunyai lebih daripada seorang anak tetapi untuk pesara ia sudah memadai.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, pengumuman tiada bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini tidak menepati hasrat penjawat awam.

Menurut beliau, berdasarkan keadaan ekonomi negara pada tahun 2010 yang semakin pulih sepatutnya kerajaan mampu memberikan bonus kepada penjawat awam sebagai tanda penghargaan.

''Sekurang-kurangnya sebahagian besar wang bonus itu dapat digunakan oleh penjawat awam pada akhir tahun untuk menyelesaikan pembiayaan anak-anak yang kini semakin membebankan.

''Kita tidak memperlekehkan wang bantuan khas itu tetapi ia masih tidak mencukupi khususnya penjawat awam yang mempunyai anak lebih daripada dua orang,'' jelasnya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akibat hanya berjuang untuk kumpulan sokongan saja sedangkan ada kumpulan sokongan yg bergaji tinggi spt kumpulan gd32,34,38, akhirnya rebah menyembah bumi dan malu sendiri,berjuanglah seperti presiden yg tetdahulu yg berjuang untuk semua baru berjaya,tukar presiden lain yg berwibawa dan berjuang untuk semua kumpulan.

Tanpa Nama berkata...

sy rasa pihak JPA patut mengkaji balik pemberian elaun2 yg pada hemat sy x masuk akal. cth pemberian elaun utk membeli HP setiap 2 thn sekali, elaun pembantu rumah dll. bg sy ini merupakan pembaziran, adakah x ckup gaji yg d'terima oleh pegawai2 besar ne smpaikan mende remeh temeh pn nk kerajaan sediakan?

Tanpa Nama berkata...

Bagi Elaun Perumahan tinggi pada PA yg gred tinggi menyebabkan mereka bongkak dan sombong tak mahu tinggal di kuarters2 yg disediakan!! Ini merupakan satu pembaziran pd Kerajaan!!!