SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

24 November 2010

JANGAN MENGANGGAP CUEPACS MUSUH : AZIH

Borneo Post
Jeremy Lanson
November 23, 2010,



Kongres harap kerjasama lebih baik daripada pemimpin sektor awam laksana program transformasi kerajaan

KUCHING: Kongres Kesa-tuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengharapkan kerjasama yang lebih baik daripada pemimpin sektor perkhidmatan awam bagi memasti-kan program transformasi kerajaan terlaksana.

Timbalan Presiden CUE-PACS Pusat Azih Muda berkata kerjasama erat antara kepimpinan sektor awam dan CUEPACS mampu melahirkan kakitangan awam yang bijak dan mampu berhadapan dengan cabaran lebih besar selari dengan arus perdana pembangunan hari ini.

ni kerana katanya, CUEPACS telah merancang pelbagai program bagi meningkatkan kualiti mutu perkhidmatan di kalangan anggota sektor awam dalam pelbagai jabatan.

Justeru beliau mengharap-kan agar pemimpin sektor awam sentiasa bekerjasama dengan CUEPACS bagi me-mastikan matlamat kerajaan memberi perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat beroleh kejayaan.

“CUEPACS pada hari ini bukanlah kumpulan pendesak dan musuh kepada ketua-ketua jabatan tetapi merupakan rakan kongsi bijak, lestari yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.

“Justeru pemimpin kerajaan tidak seharusnya melihat pemimpin CUEPACS sebagai ancaman berdasarkan polisi, sebaliknya melihat mereka sebagai rakan kerja yang dapat bekerjasama dalam apa sahaja pelan transformasi kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, CUEPACS yakin sekiranya hubungan baik ini terus terjalin khususnya di negeri ini, apa jua rancangan sama ada jangka pendek atau panjang akan mampu dilaksanakan dengan cepat dan mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Kepimpinan CUEPACS Bahagian Sarawak semalam.

Beliau yang mewakili Presiden CUEPACS Omar Osman turut menyampaikan peng-hargaan kepada kerajaan ne-geri atas sumbangan dan per-untukan yang telah disalurkan kepada kongres tersebut.

“Sumbangan ini sebenarnya akan digunakan untuk tujuan berfaedah dan akhirnya sumbangan ini akan dikembalikan kepada kerajaan.

“Ini kerana sumbangan ini akan digunakan untuk melatih dan melengkapkan anggota sektor awam khususnya pemimpin kesatuan sekerja dengan ilmu dan maklumat bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan mudah dan berkesan,” kata-nya.

Majlis Perasmian seminar itu disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita perlu beri sokongan terus untuk cuepac lebih keterampilan dan kewibawaan yg dapat dihormati dan disegani kawan dan lawan baru lah tuntutan kita dihormati

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs kena 'Tranformasi' dulu... ni dgn cara hantar surat, memo, telegram nmpk mcm ketinggalan zaman!! Bonus 2 bulan blom nmpk bayang lagi...

Tanpa Nama berkata...

Cuepac perlu beljar lagi dengan pakar Psikologi bagaimana berdepan dengan orang2 atasan ini terutamanya dalam mengadakan diplomasi seta sistem penyampaian yang benar2 berkesan kerana mereka diatas ini punya daya egonya yang tinggi terutama bila berdepan dengan cuepac sebagai kakitangan kerajaan.
Kesan psikologi serta daya diplomasi yang tinggi serta fakta yang berkesan boleh meyakinkan segala tuntutan yang dibawa oleh cuepac

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs tak ada lain, mesyuarat2 dan bergambar......hasil tak nampak pun......kena sergah terus kecut.......

Tanpa Nama berkata...

Mcm mana keputusan mesy Cuepacs ttg bonus??? Kami nak tahu... Ni dh hujung bulan November, apa cerita tuntutan 2 bulan bonus??? Tak kan sebulan pun tak boleh dapat? Tak guna ada CUEPACS mcm ni....bubarkan saja la!!!!!

Rahman Nanyan berkata...

teruskan usahamu Cuepacs.. kami PA tetap menghormatimu dan bersama memperjuangkan hak ahli Umno di dalam perkhidmatan awam Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Boring tul dgn Rahman Nayan nih!!!!

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS DAH JADI LEPAT PISANG DAH. BILA PERJUANGAN DAH TAK DILAYAN, LAST SEKALI PAKAT NAK SUJUD PADA UMNO.

SUJUD SUJUD JUGA PADA UMNO TAPI PERJUANGAN KAKITANGAN AWAM KENA DIPERKEMASKAN LAGI. NASIB PA SEKARANG MACAM MANDI TAK BASAH, MAKAN TAK KENYANG...KEHKEHKEH...

MARAH KE....KEHKEHKEH...

Tanpa Nama berkata...

Dulu dari segi ekonomi, pencapaian kita adalah sebaris dengan Singapura, Korea dan Taiwan tapi sekarang kita berada dibelakang Filipines dan Indonesia. Bukan salah pemimpin kah?

Apa yg Singapore, Korea dan Taiwan ada? Mereka tidak ada apa-apa tapi kita ada segala. Kita ada semua hasil pertanian, kita ada indiustri dan kita ada kekayaan minyak RM120 bilion setahun.

Kalau lah negara kita ditadbir oleh pemimpin2 mereka...rasanya kita mampu bayar bonus 6 bulan gaji kpd civil servant..

Tanpa Nama berkata...

benar tu sebenarnya negara kita ni kaya disebabkan pentadbiran yg tidak telus dan berlaku ketirisan dalam setiap budjet,
kadar rasuah yang tinggi inilah diantara sebabnya penjawat awam tidak dapat menikmatui bonus dan kenaikan gaji yang lebih setimpal

Tanpa Nama berkata...

Gaji kecik, bonus tak dapat...mmg elok terima rasuah pun! Kalau Pak Menteri gaji dah berbelas ribu pun terima rasuah apatah kami yg gaji sama taraf garis kemiskinan ni??? Ambil sahaja laa selagi boleh ambil untuk teruskan hidup yg serba mendesak ni... Katakan 'Ya' pada rasuah!

Tanpa Nama berkata...

kerajaan kita ni cekap ke tak? risau le saya..kalau tak mampu serah button pada pakatan rakyatlah sebelum negara kita semakin teruk..

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi...rusuhanla....kasik bakar kereta jabatan 2-3 bijik....