SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 November 2010

PENJAWAT AWAM MANGSA BANJIR BOLEH TUNTUT INSURANS

Bernama
11/11/2010




KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Kedah dan Perlis daripada kalangan penjawat awam yang mempunyai pinjaman perumahan dinasihat supaya mengemukakan tuntutan insurans bencana alam kepada panel insurans masing-masing.

Perbendaharaan Malaysia, dalam kenyataan hari ini, menyatakan tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan iaitu dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa banjir dan tangki air pecah. Menurut kenyataan itu, kecederaan orang awam iaitu pihak ketiga akibat kemalangan dalam rumah, perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami dan kehilangan pendapatan sewa rumah kerana tiada penyewa dalam tempoh rumah dibaiki atau enam bulan yang mana terdahulu juga boleh dituntut.
"Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan bersama dokumen yang perlu dilengkapkan bagi prosedur tuntutan," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat dan bantuan mengenai tuntutan, mangsa diminta terus berhubung dengan panel insurans yang melindungi pinjaman masing-masing.

Panel insurans itu ialah Etika Insurans dan Takaful cawangan Kangar (04-9761106); cawangan Alor Setar (04-7315440); cawangan Sungai Petani (04-422643); CIMB AVIVA cawangan Utara di Pulau Pinang (04-2288018); atau talian terus 03-26928188; Takaful Malaysia cawangan Alor Setar (04-7334722); cawangan Sungai Petani (04-4214510); Pusat Khidmat Pelanggan di Kuala Lumpur (Encik Nor Arisfazlee Saat-1300-8-TAKAFUL (8252385) atau email csu@takaful-malaysia.com.my.

Bagi Takaful Ikhlas di Putrajaya, mangsa banjir boleh menghubungi Roslina Daud (03-88903100) atau Mohd Farhey Mohamad Taufik di Sungai Petani (04-4228100).
Bahagian Pinjaman Perumahan meminta mangsa yang terbabit segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan.

Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web www.bpp.treasury.gov.my. - BERNAMA

Tiada ulasan: