SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 November 2010

6,133 PENJAWAT AWAM BERMASALAH, PRESTASI RENDAH TAHUN LEPAS

Bernama
22/11/2010





PUTRAJAYA, 22 Nov (Bernama) -- Jumlah penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah meningkat kepada 6,133 orang pada tahun lepas berbanding 5,344 atau 0.84 peratus pada 2008, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara masalah yang dihadapi adalah disiplin, hubungan interpersonal, psikologi, prestasi rendah serta kesihatan kronik seperti penyakit jantung, kanser dan kencing manis.

"Masalah disiplin, kesihatan dan prestasi rendah merupakan tiga masalah paling utama," katanya semasa berucap merasmikan majlis pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) kali keenam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada hari Isnin.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar rakan pembimbing membantu pihak pengurusan sumber manusia dalam mengatasi masalah yang timbul selain mempamerkan diri mereka sebagai model contoh kepada rakan sekerja yang lain dengan mengamalkan nilai-nilai positif dan menunjukkan tatalaku yang boleh dicontohi.

"Ahli psikologi berpendapat rakan sekerja akan berasa lebih selesa berbincang dengan rakan sekerja berbanding dengan pegawai atasan mereka. Selain itu teguran daripada seorang rakan lebih mudah diterima berbanding teguran ketua yang mudah disalah tafsir sebagai hukuman lisan," katanya.

Abu Bakar berkata elemen 'buddy system' (sistem sahabat) perlu dimasukkan ke dalam modul pasca AKRAB dan seterusnnya menggerakkan sistem sahabat kepada ahli AKRAB secara lebih tersusun dan komprehensif.

"Misalnya seorang AKRAB akan segera menghubungi rakan 'buddy'nya jika didapati rakan 'buddy'nya itu sedang menghadapi masalah kesihatan atau kewangan yang boleh menjejaskan tugas-tugas hariannya dan bantuan segera akan dihulurkan kepada rakan tersebut semampunya," katanya.

Pada majlis itu, 1,027 pegawai ditauliahkan sebagai rakan pembimbing perkhidmatan awam menjadikan jumlahnya bertambah kepada 3,583 orang sejak ia dilaksanakan pada 2005.

Anugerah AKRAB Utama bagi kategori individu diterima oleh Pauzan Ahmad dari Jabatan Perkhidmatan Awam manakala SME Corp Malaysia menerima Anugerah AKRAB Gemilang untuk kategori organisasi dengan masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Abu Bakar percaya peningkatan bilangan keahlian AKRAB yang ditauliahkan setiap tahun mampu memberikan impak yang besar terutama dalam membantu pihak pengurusan sumber manusia meningkatkan pembangunan modal insan yang berdaya saing dan berpretasi tinggi di agensi masing-masing.

-- BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

6133 drp 1.2 juta....ok la tuh!!!

Tanpa Nama berkata...

Yang bermasalah tu hendaklah diberhentikan dpd bekerja ataupun diberi pencen dan gantikan dgn mereka yg mohon pekerjaan tu dan pilih mereka yg mahu kerja dan tidak bermasalah sebab sekarang ramai anak muda kita tidak ada kerja PA yg ada masalah buang saja dari kerja apa lagi buang duit rakyat yg perlukan perkhidmatan yg berkualiti dpd kerajaan.

Ahli kelab penyokon BN

Tanpa Nama berkata...

Syitan dari Neraka

Kepada 6,133 PA bermasalah, prestasi rendah buang saja dari kerja mereka kenapa mahu bazir duit rakyat utk membayar gaji mereka ganti dgn mereka yg berminat utk bekerja dgn kerajaan kan negara kita banyak pemuda2 yg masih tida ada kerja tetap ambil mereka tu dan buang saja Pa yg disebutkan tu.

Jangan pilih kasih walaupun mereka tu penyokong kuat UMNO jangan takut ambil tindakan.