SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 November 2010

PAMPASAN PEKERJA: MTUC MAHU JUMPA SSM

Bernama
21/11/2010



KUALA LUMPUR 20 Nov. — Pekerja di negara ini kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun apabila perintah pembayaran yang dibuat oleh mahkamah buruh dan industri 'tidak mempunyai sebarang nilai' kerana ia tidak dapat dikuatkuasakan kerana terdapat kelemahan pada Akta Syarikat 1965.

"Selalunya, perintah berkenaan hanya wujud di atas kertas, terutama apabila sesebuah syarikat diubah namanya, sudah tidak aktif atau sudah gulung tikar.

"Dalam keadaan begini, perintah pembayaran itu tidak dapat dikuatkuasakan dan pekerja terbabit tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat, tapi tiada apa yang boleh dilakukan," kata Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam.

Beliau berkata, dalam kes di mana syarikat terbabit dikenakan penggulungan, keutamaan akan diberi kepada pemiutang, manakala tuntutan pekerja paling sedikit diberi perhatian.

Sehubungan itu, kata Balasubramaniam, tidak lama lagi MTUC akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan pembelaan bagi para pekerja malang itu.

MTUC mahu suruhanjaya itu, satu-satunya badan pengawal selia yang bertanggungjawab untuk mendaftar dan mengawasi perjalanan syarikat, menggubal undang-undang yang memberi keutamaan dalam melindungi kepentingan pekerja dan memastikan perintah mahkamah dapat dikuatkuasakan sepenuhnya dengan menutup semua ruang kelemahan yang ada, katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: