SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

25 November 2010

PENJAWAT AWAM BERMASALAH PERLU DIATASI SEGERA

Berita Harian
25/11/2010




PENDEDAHAN Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah kelmarin yang melaporkan 6,133 orang penjawat awam didapati bermasalah dan berprestasi rendah pada 2009 cukup mengejutkan semua pihak.

Walaupun ia cuma membabitkan peningkatan sebanyak 0.84 peratus berbanding 2008 iaitu 5,344 kes, bilangan peningkatan 789 kes itu tidak boleh dipandang ringan mahupun diabaikan begitu saja.

Kata Abu Bakar, antara masalah utama yang membabitkan kakitangan awam ialah masalah disiplin, hubungan antara pekerja, psikologi, prestasi rendah dan masalah kesihatan kronik seperti sakit jantung, kencing manis atau barah.Tambah beliau, masalah disiplin, kesihatan dan prestasi rendah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada masalah dalam kalangan penjawat awam.

Pendedahan ini cukup mengejutkan terutama sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan, beliau secara berterusan melaksanakan pelbagai transformasi dan pembaharuan dalam perkhidmatan awam.

Ia meliputi pemberian insentif, kenaikan pangkat, hadiah wang tunai kepada jabatan yang cemerlang serta yang terkini pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mulai tahun 2011 yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011 yang lalu.

Isu seperti ini menjejaskan imej perkhidmatan awam. Ia menimbulkan persoalan sejauh mana penjawat awam mampu menggalas peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Walaupun bilangan yang bermasalah masih kecil ia meninggalkan kesan dalam perkhidmatan awam jika tidak ditangani dengan segera.



NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,
Penolong Pendaftar Kanan,
Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia.


57 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masaalah utama kebanyakan penjawat awam adalah berhadapan kos sara hidup yang tinggi dan berpendapatan yang tidak seimbang dengan kos sara hidup menyebabkan implikasinya mendedahkan mereka dengan salah guna kuasa, taraf kesihatan yang lemah melibatkan penyakit darah tinggi, penyakit jantung, prestasi yang rendah dalam menjalankan tugas, melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan, terpaksa berhutang,dan berisiko tinggi terhadap tekanan mental.

Isteri RM berkata...

dulu masa Tun Dollah a.k.a Sleeping Beuty blum jd ayam pencentu, PA diberi kbnran utk buat kerja part time slps habis kerja utk tampung kos sara hidup yg tinggi...siap ada kluar pekeliling la tu..so rmai la PA yg buat kerja part time jual nasi lemak tepi jln, jual sandle tiruan cap buaya,jual kopi MLM,ptg2 tiap3 hari kul 6pm dh bersiap ke tapak niaga hingga 12mlm baru balik niaga,esok kerja seperti biasa sbg PA.so apa nak bising2 klu prestasi PA rendah drp 80% pun sb bukan prestasi n kenaikan pangkat yg sesetengah PA kejar, tp demi utk kelansungan hidup dicelah2 kenaikan harga barang keperluan spt gula,minyak petrol,minyak masak,gas,dll..ada Suami NAjib n Isteri RM kisah? dibebani pula dgn saman ekor yg entah darimana dan bila disaman sehingga 4 saman ekor! biasa lh operasi rompak duit rakyat secara sistematik melalui saman dn sebarai hitam..maklumlah PRU 13 dh dekat dn dana utk PRU13 mesti dicari , salah satu rompak duit rakyat melalui saman ekor la, kurang ckit byara OT utk polis bertugas buat sekatan dijalan.pacak kamera dn seorang trafik yg bertugas cukup dn duduk la situ drp pg smpi petang..buat date line mesti bayar hingga 2/2011!

cikgu prihatin berkata...

Ramai juga dikalangan penjawat awam seperti dalam bidang pendidikan yg blh berkerja dgn baiktetapi diganggu oleh faktor2 yg menjadi kekangan kepada mrk. Cthnya bia mendpt ketua atau pentdr yg tidak layak utk duduk di kerusi yg sepatutnya serta memandang remeh akan tgg jwb yg diberikan. Ditambah lg dgn sikap kaki bodek pegawai kanan yg keja nya hanya tau melobi dan mencanang tin kosong serta menutup potensi pegawai yg berkenaan. Ini akan mematikan motivasi pegawai yg berkenaan utk menghasilkan produktiviti yg baik dan berkualiti...akhirnya yg menjadi mangsa adalah produk2 yg bakal dilahirkan akibat dari sikap tak endah pada tgg jwb pegawai yg merajuk tadi...siapa nak jawab? renung-renungkan ....Memang ramai yg merasa mereka tau dan pintar tp di mna nak di letak org yg pernah mengalami sendiri situasi dan keadaan tersebut. Bercakap mmg mudah, sama seperti meminta. Tapi keperitan,kesedihan dan kekecewaan bagi yg menempuh sendiri pengalaman tersebut..siapa yg nak ambil tau dan ambil kisah? mmg telah menjadi sifat, kdg kala manusia sering lupa pada hakikat yg roda itu sentiasa berputar dan lupa utk merenung ke bawah bila berada di atas walaupun pepatah 2 sering kali terucap oleh org tua2. Renung-renungkanlah...

Tanpa Nama berkata...

masalah sebenar nh masaalah diri sendiri. kalo nk seribu daye, tak nak seribu dalih. bkn sebab gaji, or masalah kesihatan or apebende sekalipun. kalo hati nk buat, buat jgk kerja tu. sebagai islam kne tau, kerja adalah tgung jawab, dan haram mkn gaji tanpa buat keje. so, sendiri pikir. Tp, kenaikan gaji tu motivasi la kn, bonus kepada PA. kalo dok bodo tak naikkan gaji, mmg bangang la. agak2 la kot menteri2 nh. gaji sendiri da beso walo blaja stakat tu jek, mmg tak patot. so, skali lagi, sendiri pikir la pak menteri oi. hehe ;)

Tanpa Nama berkata...

Gaji kecik, bonus tak dapat...mmg elok terima rasuah pun! Kalau Pak Menteri gaji dah berbelas ribu pun terima rasuah apatah kami yg gaji sama taraf garis kemiskinan ni??? Ambil sahaja laa selagi boleh ambil untuk teruskan hidup yg serba mendesak ni... Katakan 'Ya' pada rasuah!

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong Isteri RM berkata....

Tanpa Nama berkata...

Bila sebut berprestasi rendah ini, saya pernah dapat satu kes PA di Badan Berkanun.
Beliau telah dilabel dan diberi laporan Berprestasi Rendah oleh bosnya.
Why? Sebabnya beliau bukan kaki Pak Sanggup, sedangkan disekelilingnya, bergeligar Pak Sanggup dan Mak Sanggup.
Itu satu contoh di MARDI.

Tanpa Nama berkata...

ape ke bende tanpa nama 11:56..hey awak jawatan ape hah?..buktikan gaji yg di terima sekarang mencukupi untuk kelansungan hidup masakini(dengan serba serbi mahal)..jgn nak temberang lah kalau kata gaji skrg cukup..sila bagi fakta..adakah anda menggunakan basikal tuk pegi kerja?adakah anda membawa bekal setiap hari?..sila jawab!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

kembalilah kepada agama..
jika kerja berlandaskan nawaitu
Lillahiat'ala, tidak mencuri tulang (buang masa), tidak menyakitkan hati sahabat rakan taulan semasa kerja, InsyaAllah gaji yang diberi akan mendapat barokah (ba ro kaf) selamat beramal...

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat sahaja yang boleh memahami situasi PA semua. UMNO...yillek...

jadi jangan malu2 nak ubah kepada kerajaan baru..malu tu yang buat kita sentiasa tak senang hidup...gaji tak naik2..

singapura hari ni beri 2 bulan bonus pada PA mereka..bonus 2010..kita? yillek...

Tanpa Nama berkata...

kerajaan x dok duit wey..habis di songlap

Tanpa Nama berkata...

MASALAH UTAMA PENJAWAT AWAM ADALAH GAJI KECIK SO BIJAK PANDAI PENGAMPU PEMBODEK KERAJAAN TAK NAK BUAT KAJIAN KA??? ATAU MMG DAH BENGONG???

Tanpa Nama berkata...

kerajaan kita tak wibawa rasanya. yang pikir pasal kita PA dah tentu JPA. JPA ni boleh harap ke..

sembang cukup sedap dengar, ETPlah, GSTlah, tarnsformasi ekonomilah..semua ni kata Tukar Tiub bohong je..nak tipu mak cik felda katanya...

kalau makcik felda bolehlah diaorang goreng..takkan kita PA pun kejaan nak goreng jugak..pening le..

Gula gula berkata...

Gaji PA belum naik,bonus pulak x dapat tahun ni..Jgn bimbang kerajaan simpan untuk di gula2 kan..Tahun depan PRU13 jamin gaji naik dan ada bonus..tungguuuu

Meluat berkata...

Istilah NKRA dan entah haper lg yg sangat membosankan sedangkan rakyat marhain masih di takuk lama..masih berdepan dengan tekanan hidup,kos sara hidup tinggi..menteri tak susah,gaji x usik, elaun elaun rakyat tanggung lagi,program sana sini, projek sana sini..pastu boleh songlap duit projek lg..siapa nak tangkap?..SPRM?..kahkahkahkahkahkah....malang sikit!!!!!

2bz4money berkata...

Statistik berprestasi rendah dan bermasalah tidak mengejutkan kerana ianya satu fenomena biasa di jabatan kerajaan. Berada dalam 'comfort zone' dan budaya complacency boleh menjadi virus dan ancamam kepada Program Transformasi Negara.

Execution yg lembab dan keputusan yg tak firm di pihak pengurusan antara penyebab situasi ini berlaku.

Internal Auditor juga tidak mampu mengangkat kes kerana conflict of interest dalam skim perkhidmatan yg berlandaskan seniority/elit berbandingkan kepakaran bidang.

Change atau Transformasi hanya boleh dilakukan apabila pihak luar yg berintegriti tinggi dibawa masuk ke dalam bagi memimpin pengurusan yg lebih dinamik dan berketrampilan.

Di kalangan PA perlu dipastikan mereka faham memahami dan praktik pengurusan kewangan peribadi yang berkesan dan cekap; yg juga merupakan antara simptom kepada isu yg dibincangkan di sini.

Take charge and execute..

Tanpa Nama berkata...

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,
Penolong Pendaftar Kanan,
Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia.

cakap pandai mamat ni.,.,
dia ni pernah di tangkap khalwat di kolej upm semasa dia menjadi fellow kolej..kena kawin tangkap basah....cakap berdegar..tapi diri pun tak botul...

Tanpa Nama berkata...

UPM tu UNIVERSITI PENSYARAH PENGURUSAN MALAYSIA ...YANG NAIK PANGKAT KE NAIK ITU INI SEMUANYA GOLONGAN PENGURUSAN n PENSYARAH JER...SOKONGAN NAK NAIK PUN KENA TUNGGU NAK PENCEN BARU DAPAT...PORAHH LA MAMAT TU..CAKAP BERDEGO PUN UTK GOLONGAN SENDIRIK JER

Tanpa Nama berkata...

yop sokong pakatan rakyat pulak..mana tahu rezeki kita lebih sikit...umno tak boleh buat apa dah..duit tak ada..duit semua kroni dah ambil...

kesian PA..

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya masalah timbul disebabkan kos sara hidup yang tinggi, gaji RM 2000 Pun tak cukup kalau dah beli rumah dan kereta...pegi office terpaksa berlaparlah jawapannya...sudahlah naik pangkat pun lambat, belajar tinggi-tinggi pun tiada jaminan kenaikan pangkat bagi skim sokongan di dalam perkhidmatan awam.....tapi, kalau professional, dari gred 41 dalam beberapa tahun lompat pegi gred 44 sekejap lagi pegi gred 48......inilah ketidak adilan yang dinikmati oleh kakitangan skim sokongan....yang berjawatan besar, ditolong kasi besar gred. kalau sokongan nak ambil peperiksaan lah, kpsl lah, prestasi dinilai itu ini...tapi belum tentu naik pangkat...sampai bila lah budaya 'YANG KAYA AKAN TERUS KAYA DAN YANG MISKIN AKAN TERUS MISKIN NI NAK DIAMALKAN DI NEGARA MAJU NI...SEPATUTNYA YANG MISKIN AKAN BERTAMBAH MAJU, BUKAN BERTAMBAH MISKIN PULA...BETUL-BETUL YANG MEMIMPIN SEKARANG NI TIDAK ADIL UNTUK SEMUA ORANG.....RENUNG-RENUNGKANLAH YANG KONONNYA BIJAK PANDAI TU!

Tanpa Nama berkata...

Sistem Saraan Bukit

Inilah memang budaya sistem saraan bukit, memang benar kenyataan ini beraku, mereka terus merancang bagi menaikan gred masing2 termasuk menambahkan cawangan dengan alasan penambahan kerja dan sebagainya, sebaliknya hanya bertujuan nak naikan gred orang2 atasan saja, bagi kumpulan bawahan ini mereka perlu tingkatkan lagi prestasi buat kertas kerja projek2 inovatif agar dapat dugunakan oleh mereka bagi dipersembahkan kepada pegawai peringkat atasan dan mereka akan terus mendapat imbuhannya seperti ibarat kata pepatah sapi punya susu lembu dapat nama,eaploitasi ini sering berlaku disektor awam ini seperti perkara biasa aja , sebab itulah negara kita ini jauh ketinggalan dengan negara2 maju terutama dengan negara2 jiran kita, di negara2 maju kebolehan dan daya inovatif individu dijadikan pengukuran bagi peningkatan kenaikan gaji dan pangkat.

Tanpa Nama berkata...

Perkara yg x elok ditujukan kpd PA.Jasa PA x pernah dipandang kerana itu tiada bonus diberikan.Gaji atau elaun jauh sekali.Menjerit melalak dh xde makna.Hari2 tigkatkan prestasi dan produktiviti.Keje kena ikhlas baru dpt keberkatan...itu memang betul.Tp sampai bila harus ditindas dengan ketidak adilan?Yg kaya makin kaya,yg miskin bertambah susah.Sabar...dan tawakal..itupun betul.Tp dimana hak kita utk mendapat sedikit kesenangan spt yg dinikmati olh org2 atasan?Dapat nama,gj besar, elaun byk...mcm2 kemudahan.Sdgkan kita semua benda nk kena beli.Kerana nk tmbh pendapatan cr keje part time.Dh keje lain memanglah prestasi makin menurun.Dlm masa yg sama tekanan drh pun naik sbb asyik fikir keperluan yg hendk dibeli...Smpai ofs bdn dh letih...kena lak keje mcm2,arahan dr byk pihak,buat mcm kita ni robot...sakit urat sampai ke kepala blh jdnya.Tu sbb muda2 dh dpt penyakit.Emm...kalu nak luahkan...memg banyak.Tp ada ke yg cuba memahami...dan atasi?Lu fikir la sendiri.Gua dh penat fikir....Stress...stress..

Tanpa Nama berkata...

kerajaan tak akan heran selagi mata pensel masa memangkah undi nanti tetap pangkah BN..tapi kalau saudara berani dan tunjuk berani sikit...berani undi pakatan rakyat...insya allah nasib PA lebih terjamin...

pemimpin pakatan rakyat rata2nya lebih bijak dan cerdik jika dibanding dgn pemimpin umno...tak gitu?

selamat tukar kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

P.A MASALAH ??? KENA SELIDIK BETUL-BETUL LA...JANGAN MUDAH TERIMA SURAT LAYANG DARI ORANG AWAM TERUS MASUK FAIL DAN REKOD..SEMAK REKOD SECARA TERPERINCI DULU..BARU PUBLISH UMUM !!! NAMPAK SANGAT NAK BURUKKAN P.A...

Tanpa Nama berkata...

PA bermasalah pun pasal umno tak nak bagi naik gaji...gaji kecik beb...tak cukup...bila tak cukup kalau ada yg terpaksa rasuah tak boleh kata apa la...nak hidup..cuba kalau gaji besar sikit skalanya..tak adalah masalah PA ni...Pakatan Rakyat sahaja yg faham masalah PA...

Tanpa Nama berkata...

Gaji perlu di sesuaikan dengan kos hidup yg tinggi..kalau x mampu nak bagi gaji tinggi x payah lah cakap nak jadi negara berpendapatan tinggi..meluat kami mendengarnya..Kerajaan hanya bercakap sekadar nak memanipulasi rakyat yg bodoh2 disamping untuk kelangsungan politik Kerajaan BN yang x lama lagi arwah percaya lah..siap kan batu nisan ajer k?

Tanpa Nama berkata...

Di Jepun pemandu lori syarikat bergaji sekitar rm5000..so berpadanan lah dengan kos sara hidup yg tinggi di sana..Di Malaysia lagu mana?....Dah la kos sara hidup sentiasa meningkat tapi gaji masih ciput..pikir pikir kan lah

Tanpa Nama berkata...

Ramai yg marah marah pasal gaji tak naik dan bonus tak ada..percaya lah dekat PRU13 nanti akan di umumkan kenaikan gaji dan sebagainya..masa tu PA akan jadi cair dan tak jadi menukar kerajaan..rakyat Mesia mudah di gula gula kan..huhuhu

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam bermasalah nak atasi segera...kerajaan bermasalah tak rase nak kaji ke?

Tanpa Nama berkata...

najib tak bagi naik gaji punya...kita standby je..pangkah pakatan rakyat...umno pun parti..pakatan rakyat pun parti...kita pangkah pakatan rakyat le...ubah selera..

Tanpa Nama berkata...

kami orang2 tua penjawat awam pun nak rasa gaji baru juga..bukan orang muda saja...

Tanpa Nama berkata...

singapura bagi bonus 2.5 bulan tahun 2010 kepada semua PA mereka.

Talib berkata...

kerajaan BN amat prihatin pada semua rakyat. kita jgn terperangkap dengan permainan pembangkang

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan BN mmg amat prihatin..that's y tak perlu bagi bonus kepada semua PA..kerajaan BN amat prihatin terhadap kroni..mmg kerajaan mcm ni lah yg patut rule smp akhirat..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama di atas perli Talib tu ke?..hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Penjawat awam perlu bulatkan hati dan fikiran agar betul2 lihat yang bulat tu nanti anda pilih, jgn dacing yg senget tu, insallah akan ada perubahannya nanti

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED berkata...

kami amat yakin segala tohmahan yang dilemparkan pembangkang tidak berasas. jangan cuba menangguk di air yang keruh, akibatnya nanti kita merana, tanpa BN tiada PA.

Tanpa Nama berkata...

Sedara,,Tengok negara Jepun bertukar parti ada nampak negara diaorang hancur?..pendek punya akal. puii..cuba gok tukar sekali tengok guane nasib PA

Tanpa Nama berkata...

PA bongok saja kata umno tu hebat..PA pakatan tak kata...hehehehehehheeee..

Tanpa Nama berkata...

ingat zaman moden ni ada la generasi PA bergeliga kepala otak sikit...rupa2nya masih ada yg jumud mcm hampeh..heeeeeheheheheeee..kira nak sokong umno ja..heehehehhee..cuba pangkah pakatan sekali..heeheheheee...cuba la mana tau untung sabut naik gaji..untung batu...kehkehkehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Wahai PA, kerajaan BN bagus aper. Kan Najib kata, "Hanya UMNO dan BN sahaja yg boleh meningkatkan tahap hidup rakyat." Bimbang juga takut aqidah terkucil. Tapi aper pun Lim Guan Eng silap sbb hendak beri RM400 saja pada PA P Pinang. Jadi Najib bagi RM 500. Patut LGE bagi RM 1400, baru lah Najib leh beri sekurang-kurangnya RM 1000 atau lebih. LGE mungkin ikut kemampuan atau saja nak pancing. Memang mengena tapi ikan kecil. Tak per lah terima seadanya, kita tunggu tarikh keramat nanti, mungkin dapat rasuah baru, tunguuuuu ...

senapi berkata...

Kesal kerana wang judi terus diguna oleh pakatan rakyat.. Mereka perlu contohi kerajaan BN, semua wang negara datang dari sumber halal, mana ada wang haram. Kami yakin bahawa semua wang hasil arak, judi, babi dll tidak dikutip hasilnya, melainkan oleh kerajaan pembangkang yang ketagih wang.. negeri2 BN kadar rasuah dan jenayah amat rendah, malahan hiburan makin banyak ditutup, tetapi negeri pembangkang arak, judi, maksiat, rasuah menjadi2

Tanpa Nama berkata...

Cukai pusat judi Genting sape yg kutip sedara Senapi?Pakatan kutip ker?kekekekeke

Tanpa Nama berkata...

duit kwsp konpem bersih ke?bukan ke ada isu halal haram jugak aritu?aku rasa hanya kat kelantan je tempat maksiat ditutup..tempat lain..sume bukak..

kilang arak kat negeri mana? kilang babi kat negeri mana? yg tu halal or haram? sapa kutip cukai tu? sapa dapat duit cukai genting?

jgn menegakkan benang yg basah..

Tanpa Nama berkata...

bakpe la bongok ngat senapi nie

Tanpa Nama berkata...

Transformasi sektor awam, telah dan sedang dilaksanakan.Setiap penambahbaikan sedang dusahakan.Penyampaian sedang dipertingkatkan.Kesemua ini memerlukan pengorbanan semua penjawat awam yg bukan sedikit,tapi apa yang penjawat awam dapat. "BANYAK ADUAN PENJAWAT AWAM BIADAP" salah siapa. "PRESTASI PENJAWAT AWAM MENURUN" salah siapa. Mungkin selepas ini akan ada berita "RAMAI PENJAWAT AWAM MENGALAMI SAKIT MENTAL".. Transformasi ke arah kebaikan, bagus. Tetapi jika transformasi tidak selari dengan kemudahan yang diperlukan oleh pelaksananya. Tunggulah kesannya..
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Penjawat Awam di pinggirkan.

Tanpa Nama berkata...

belajar sampai universiti tapi berfikir macam budak sekolah tadika. ini yg buat PA teruk ni. apa lagilah PA umno, bongok tak bertempat..

Tanpa Nama berkata...

bongok tak bongok pun minyak naik lagi 15 sen...dah jadi 30 sen naik bulan ni...mmmmmmmmmmmm.....

Tanpa Nama berkata...

harga minyak naik..itu laa tandanya kerajaan BN amat prihatin terhadap PA dan rakyat :)

Tanpa Nama berkata...

PA semua patut dibubarkan jer...biar najib ngan bini dia jer buat keje....depa kan gaji berpuluh ribu...amacam gua punya idea

Tanpa Nama berkata...

PA.....mogok jer...LIAW/mail

Det. James Doakes berkata...

Bermasalah tu salah siapa?

Diri, kerajaan, boss yang poyo?

sawit panjang berkata...

ekonomi diri dan keluarga bukanlah bergantung kpd kerajaan 100%. Kerajaan hanya pemudahcara dalam menentukan ekonomi individu. byk mana pun gaji yang kita dpt memang tak kan cukup sebab kite manusia yang tak pernah rasa cukup. berbelanja la dengan berhemah selaras dengan pandapatan kita. Paling penting sentiasa bersyukur dengan rezeki yang allah bagi.
kalau tukar kerajaan pun...(i.e pkr)bukan jaminan sepenuhnya ekonomi kite dan keluarga akan cukup. jadikan selangor contoh terdekat...memang ada pembaharuan dalam menguruskan pentadbiran..penjawat awam yang merana dan terseksa sebab kebajikan tak dijaga langsung....

sawit panjang berkata...

bukan sahaja P/A...semua jawatan tak kira gender mahukan kenaikan gaji dan bonus. hak kite memohon...kalau dapat itu rezki kalau tak dapat bukan rezki. yang menjadikan masalah adalah diri kite sendiri. kalau gaji tak cukup (selain tambah pendapatan kerja luar waktu pejabat)boleh la susun semula perkara kedudukan kewangan kite. jgn la gaji ciput nak pakai kete besar..rumah besar..berdikit-dikit la.. contohnya mulakan naik bas baru tukar ke perodua ke proton. saya bukan la pandai tapi pengalaman saya begitu...gaji memang tak pernah cukup, bila bertambah umat lagi bertambah perbelanjaan. berbelanja dengan berhemah bukan dengan boros. sentiasa berdoa dan brsyukur dengan apa yang kite ada. kite susah orang tak pernah nampak. orang nampak bila kite senang. tak ada masalah kalau kite tak mencari masalah....

Tanpa Nama berkata...

jgn mcm tu.. salah tetap salah..dosa tetap dosa wlau apa pun alasannya.. muhasabah diri.. hidup ni akhirnya ke sana juga. pandai2 la mengatur hidup redha dan bekerja sepenuh jiwa smoga diberkati Allah

Tanpa Nama berkata...

betul tu saya sokong...

Tanpa Nama berkata...

jgn mudah terpedaya.. selidik dan kaji betul2.. kadang2 manis di bibir tapi hakikatnya ...? apa pun kita kena tahu "bersyukur" ... Malaysia x mcm palestin atau negara2 islam lain yg sengsara...