SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 November 2010

KAJI SEMULA BANTUAN SARA HIDUP BERDASAR KEMAMPUAN

Utusan Malaysia
11/11/2010



JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada tulisan bertajuk CUEPACS Mohon Selaras Kadar COLA yang disiarkan di ruangan ini pada 2 November 2010.
Bantuan Sara Hidup (BSH) diberi bertujuan untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan penjawat awam berikutan peningkatan kos sara hidup. Elemen yang diambil kira dalam penetapan BSH bukan sahaja melibatkan kos makanan tetapi turut mengambil kira perbelanjaan utama yang lain iaitu perumahan, pengangkutan, bayaran tol, minyak dan sebagainya.

Kadar BSH ketika ini dibayar mengikut kawasan berdasarkan definisi sempadan perbandaran/ status Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkuatkuasa 1 Januari 2006. Ia perlu memenuhi kriteria tertentu berdasarkan Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (Household Expenditure Survevy (HES) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia setiap lima tahun. Laporan HES bagi tahun 2004/2005 jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan di kawasan bandar adalah jauh lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar.

Kadar BSH telah ditetapkan mengikut prinsip berdasarkan Laporan HES Tahun 2004/2005 dan jabatan ini berpendirian bahawa prinsip dan kadar BSH sedia ada perlu dikekalkan. Kadar BSH telah dinaikkan pada 1 Julai 2007.

Bagaimanapun, pendapatan kadar BSH akan dikaji semula setelah Laporan HES bagi tahun 2009/2010 diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan berdasarkan keperluan dan kemampuan kerajaan.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap JPA dan CUEPACS dapat bekerjasama membela nasib kakitangan awam..

Tanpa Nama berkata...

itu laa..siapa lagi yang nak bela PA..kesian tu..semalam dengar berita kat tv..keberhutangan isi rumah meningkat hingga 77% tu..maknanya..rakyat tinggal 27% je utk belanja makan, minum dan lain2..kesian kat kita..rakyat yang termiskin di ASia..

Tanpa Nama berkata...

salam semua... saya setuju sangat elaun sara hidup dikaji semula. pendapat saya, elaun sara hidup yg diberikan kepada penjawat awam dalam masa sekarang sudah tidak releven. dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya di bandar-bandar besar. selain itu, nilai elaun rumah pun sudah tidak boleh digunakan lagi. sepatutnya elaun rumah diselaraskan setiap 2 tahun atau 3 tahun sekali. ini kerana sewa bilik sahaja sudah lebih dari rm250. belum lagi sewa rumah. so, kami PA seluruh malaysia berharap sangat elaun sara hidup dan elaun rumah dikaji semula. satu lagi cadangan saya, sepatutnya PA yang berpangkat rendah sepatutnya dapat elaun rumah yang lebih banyak, kerana PA yang berpangkat rendah tidak mampu membeli rumah berbanding dengan yang PA yg berjawatan tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Seharusnya bantuan Sara Hidup di kaji semula.Macam mana pihak perangkaan buat kajian...cuba tanya setiap kakitangan awam di bandar mahupun di luar bandar.Di luar bandar taraf hidup tinggi macam di bandar juga.Cuma beza tiada tol.Tp kos minyak RM10/hari.Brg2 mahal...pasaraya pun 1 je...stesen minyak pun jauh..dari kediaman nak keluar ke stesen minyak pun dah 24km.Makan pun bawa bekal...kalu beli dah makin bertambah belanja.Ank2 sekolah pun tak bawa duit...hanya bagi bekal makan inum je.Fikir2 la masalah kakitangan ni. Ni baru saya...orang lain mungkin sama atau mungkin lagui teruk pada saya.Sewa rumah pun mana ada 150...paling koman pun rm400.Sebab sini rumah sewa memang terhad.

Tanpa Nama berkata...

YB Pokok Sena Mohon Kerajaan Naikan Cola Sekiranya gagal beri bonus kepada penjawat awam.

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.

Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.

"Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.

"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam.

"Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam.

"Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100. Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat.

"Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.

Petang semalam, Nazri sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara.

Tanpa Nama berkata...

Hutang isi rumah tertinggi Asia
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bimbang dengan peningkatan paras hutang isi rumah yang berjumlah 77 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas.

Dalam laporan tahunan 2009 Bank Negara Malaysia (BNM), hutang isi rumah dilaporkan meningkat kepada 76.6 peratus bagi tahun ini, yang tertinggi di Asia, daripada 63.9 peratus KDNK pada 2008.

''Nisbah Pinjaman-kepada-nilai (LTV) perlu dikurangkan untuk menangani kenaikan ini.

"Pada masa depan, sepatutnya terdapat lebih banyak pinjaman perniagaan berbanding pinjaman isi rumah. Lebih banyak pinjaman perniagaan akan menyumbang kepada pertumbuhan kita," kata Felo Penyelidikan Kanannya, Dr. Foong Kee-Kuan.

Kebimbangan itu dibangkitkan semasa taklimat media mengenai laporan Prospek Ekonomi Malaysia yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Memetik laporan Petunjuk Perbankan dan Monetari bank pusat itu, MIER berkata, pinjaman isi rumah pada April, Mei, Jun, Julai dan Ogos tahun ini masing-masing berada pada 10 peratus, 11.7 peratus, 12.5 peratus, 11.9 peratus dan 11.8 peratus.

"Paras hutang isi rumah kita membimbangkan dan tiada langkah-langkah disebut untuk menangani isu ini dalam Bajet 2011.

"Sekiranya senario ini berterusan bersama dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, ia boleh menterjemahkan kepada pengangguran dan menyebabkan orang bermasalah untuk membayar pinjaman mereka," katanya.

Beliau berkata walaupun langkah mengurangkan LTV tidak memberi kesan yang baik bagi sektor perbankan kerana ia akan dicerminkan dalam pendapatan, peningkatan hutang isi rumah perlu ditangani untuk mengelak risiko di masa depan.

Dalam laporannya, MIER berkata ia menjangkakan OPR kukuh pada 2.75 peratus sehingga akhir tahun ini.

"Ini bersama dengan pengurangan dalam nisbah gadai janji LTV dan syarat-syarat kad kredit yang ketat akan menyelesaikan masalah hutang isi rumah yang semakin meningkat," jelasnya.

OPR dijangka berada dalam aliran tinggi kepada 3.25 peratus pada 2011. - BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

Tiga faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar hutang isi rumah adalah pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi, terdorong dengan gaya hidup mewah dan kelemahan pengurusan kredit, menurut Prof. Amir Baharuddin, pensyarah ekonomi di Pusat Pengajian Sains Kemasarakatan, USM.

mm..tgk tu..antara faktor utama adalah PENDAPATAN ISI RUMAH TIDAK MENCUKUPI...

Tanpa Nama berkata...

Hutang isi rumah meningkat diatas keperluan sara hidup disebabkan kuasa beli semankin berkurang dengan lain perkataan susut nilai gaji yg diperolehi penjawat awam mencecah hampir 65% hingga 70%

Tanpa Nama berkata...

la,,kan smalam dh ckp kt dlm parlimen,,,,Ubah suai Rumah PM lg penting dr bg bantuan sara hidup PA,,,

hub judi, hub pelacur,hub hiburan,hub makanan halal,hub transformasi,hubu model ekonomi, berkata...

entahla..tk thu nk ckp apa lg dh, memiinta mcm pengemis je drp kera jaan rakyat yg diutamakan (read najib).sy tinggal kl, ada 3 anak. dua2 sokongan dan Dip. holder. gaji bersih stlh ditolak smua hutang yg wajib ( insuran,rumah sewa,kereta,bil tel,dn hntr kt emak n adik2 ) sy skrg rm150 je, stlh ditolak pnjman JPA rm157 utk tempoh 3th 4bln gaji sy NEGATIF rm7..sy bukan kaki rokok, bukan kaki minum kedai kopi dn bukan kaki judi..slalu nk isi minyak motor tk lepas,isteri tlong tabong utk minyak motor.roadtax motor dh mati Oct 2010 tk dpt lg nk renew blacklist sb ada saman ekor drp thun 2007 hingga jun 2010 ada tiga yg belum dijelaskan.surat saman tk pernah sampai kt rumah terkejut tngok masa nk renew roadtax keta sblm raya bru2 ni bank kata ada saman ekor tk dijelaskan drp 2007.tk bleh nk renew roadtax keta sehingga kjaan bg kelonggaran utk balik raya.bln 12 ni anak sulong nk daftar tadika, perlu lg rm350.duit gaji isteri skrg ckup2 utk brli susu,pampaer anak,n byr ngasuh anak2.tu yg kami sekeluarga dh lama tk balik kg sb tkde bajet.th ni raya iidilfitri n aidil ahda mmg tk balik kt kg...tuan2 dn puan2 byngkanlh sape2 yg duk kota KL ni mcm mane rasanya.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong "KAJI SEMULA BANTUAN SARA HIDUP BERDASAR KEMAMPUAN"...

Tanpa Nama berkata...

PA timun dan kerajaan durian. Buatle apa yang patut.

Tanpa Nama berkata...

Petai. jering dan sayur-sayur kampung lebih murah di bandar. Saya guru di luar bandar berulang alik dari rumah ke sekolah hampir 100 km setiap hari. Duit cola RM100 sebulan nak isi minyak pun tak cukup.. fikir-fikirlah wahai JPA.

PA Sarawak berkata...

Apa pun, jangan lupa PA di Sabah dan Sarawak yang tidak diberikan COLA.

Kami cuma ada elaun wilayah. Elaun ini diberikan kerana kos hidup sini lebih tinggi (lihat harga majalah, West Malasyia berapa? East Malaysia berapa?)

Jadi kami tetap perlukan COLA.

PTD Cerdik berkata...

Cola eloklah dimansuhkan, kerana ianya hanya diguna untuk bergaya dengan sport rim dan henset yang mahal saja. Rata2 PA sokongan di pejabat aku sume berlagak, kete modified mcm2, henset sume 3G keatas, berlagak mcm org kaya

PA tidak bodoh berkata...

PTD Cerdik,

Kalau PA cukup duit untuk bergaya apa salahnya? Itu bermakna negara kita telah mencapai negara maju dan kaya.

Masalahnya rata rata PA papa kedana. Macam mana capai negara maju?

Tanpa Nama berkata...

bodoh punye PTD

Tanpa Nama berkata...

tahukan anda bahawa data yang diperolehi dari perangkaan tidak semestinya tepat..aku ramai ramai kawan kerja situ..diorang cakap,diorang kena buat perbelanjaan orang kampung ni tak tinggi..maksudnya,merekodkan..kalo tinggi,orang atas perangkaan akan marah..yang paling pasti..data HIES ni mmg byk menipu dari betol..

Tanpa Nama berkata...

TAK BERMORAL BETUL LAH NAJIB NI..ADAKAH RENOVATE RUMAH SAMPAI RM 65JUTA. RUMAH TU BUKAN LAH USANG SANGAT. AKAII ADAKAH.

Tanpa Nama berkata...

PTD Mampus lah kau

Observer berkata...

PA Malaysia semuanya malas bekerja. Lembap pemikiran. Kaki pinjam duit.

Itu sebab BN tak bagi bonus tahun ini. Anggapkanlah ini satu hukuman ringan.

Harap-harap semua PA dapat pengajaran daripadanya. Masa depan rajin sikit kerja ya.

Sekadar pandangan ikhlas.

Tanpa Nama berkata...

Salam Observer jadi maksud lu kakitangan awam ini semua nya pemalas? Terima kasih mungkin kau ni PA juga.dan kau tergulung dlm ketegori yg kau katakan pemalas dan kuat pinjam duit.

Tanpa Nama berkata...

main wayang saje..tak adanya nak kaji semula...
Ya Allah kenapalah kami Penjawat Awam selalu ditipu oleh pemimpin yang mengaku menjaga kebajikan kami semua tapi semuanya menipu...

Tanpa Nama berkata...

kesian sungguh penjawat awam kali ini mereka nampaknya dianggap beban negara oleh pemimpin BN yg ada sekarang, termasuklah PTD yg mengangap dirinya cerdik asyik buat semianar sana sini kursus sana, lawatan sana sini lepas tu klim hotel klim itu ini hasilnya tak nampak penuh dgn slogan kata itu ini kertas kerja sana sini tapi kosong aja tulah sebanya pemimpin BN anggap pembaziran dan beban negara kecuali mereka yg benar2 dapat menghasilkan inovatif dan produktif itulah yg akan dinilai waktu ini, jgn marah kenyataan ini.

Kamal berkata...

awak jgn pandai2 nak kutuk PTD..memang keje kami buat dasar utk kesenangan kami shj..kami tak ambil peduli nasib PA trutamanya sokongan yg tahu komplen dan merungut shj..dah la pemalas,hidup nak senang shj..

Tanpa Nama berkata...

apa nak kisah kerajaan bagi ke tidak kenaikan gaji ke, kenaikan elaun ke, kenaikan cola ke, bonus ke..time mengundi esok..pangkahlah PAS, PKR atau DAP...itu saja ubat yg paling mujarab...tak percaya cuba sekali...pasti umno menggelabah...

cuba tengok kes najib masuk ICU...bila dia rasa tak selesa..dia dengan mudah bagi RM5 juta ringgit untuk repair wad tersebut.

selama ni rakyat merungut dia buat tak kisah sebab dia tak rasa lagi...bila dia sendiri rasa, baru dia tahu ok ke tidak...lantas terus bagi 5 juta ringgit.

najib ni kalau dia jadi kerani sekali dlm setahun, baru dia tahu langit tinggi rendah...baru dia tahu apalah sangat gaji seribu tu...

senapi berkata...

kami PT Persekutuan akan terus mendokong BN, dan mengundi BN adalah tanggungjawab rakyat Malaysia. kami mohon agar Menyokong BN dimasukkan dalam Rukun Negara dan diajar di sekolah2

sebagai permulaan, kelab BN Junior boleh ditubuhkan di sekolah rendah dan diwajibkan semua pelajar menjadi ahlinya. siapa x join, maka x layak mdapat buku teks, RMT dan wang bantuan lain

PTD selangor berkata...

dah naseb korang yang sokongan nak jadi mcm ni...terima la.so, belajar pandai2 k...jadi PTD mcm aku dan PTD cerdik...dapat gaji banyak...so,x der la merungut2...korang boleh buat ape je kalau aku cakap mcm tu?nak pukul PTD?haha dalam blog ni kuat la,cube depan2 tengok...pijak semut pun tak mati...

Tanpa Nama berkata...

Memang jelas ada yang buta hatinya kerana hasil dari kerja yang buat2 buta. Dan jelas sekali bila ada segelintir manusia membandingkan dirinya bangga dengan apa yang dimilikinya. Kesian sungguh dan daif sungguh orang cam ni. Sedar ke engkau wahai manusia yang lemah. Ingatlah Allah menganugerahkan mu akal dan fikiran kekayaan dan kesenangan untuk membantu yang lemah dan susah. Jika Allah mengkhendaki.. bila2 masa engkau akan kehilangan segala galanya.
Sepatutnya yang bijak pandai ini la yang memimpin yang lemah,misikin,bodoh. Ingatlah Allah itu tidak pernah terlelap walaupun seketika.

Tanpa Nama berkata...

salam..

bukan semua ptd tak ok.... tapi ptd yang komen dalam blog ni memang KO nak mampus... dia rasa dia lah paling pandai tapi sebenarnya BODOH.... dahlah bodoh... pemalas buat kerja pula tu... nak photostate pun mau suruh PA sokongan... dahlah berlagak pandai, ada pula PTD yang tak reti menaip.... memang BODOH tahap cipan..... hahahahaha...
saya rasa gaji PTD ni satu pembaziranlah.. gaji 3 - 4 ribu tapi buat kerja, semua sokongan yg buat.....
kamu ingat PA sokongan ni semua SPM je... ada yang lagi tinggi pendidikannya dari koranglah... berlagak... bodoh punya PTD...

kepada PTD cerdik dan seangkatannya sahaja...

Tanpa Nama berkata...

PTD mcm sial

Tanpa Nama berkata...

PTD cerdik BODOH yg tak cerdik...
PTD Selangor YG macam SIAL...
Nasib-nasib je korang dapat kerja tu.. PA sekongan bukan semua SPM tau... Ramai lagi yang lebih tinggi taraf pendidikan dari korang... PTD SIAL...BANGANG..

Tanpa Nama berkata...

Selaraskan elaun COLA la...
Elaun perumahan buatlah kajian semula...
Apa la... itu pun mau ajar ke?

Tanpa Nama berkata...

sewa rumah flat kat KL&PJ&S.Alam+RM500-800,rumah teres=>RM1000, sewa rumah teres kat taiping =RM300..tu baru satu bab belum bab lain2..betulla cakap JPA tu,cuepacs jangan la menunjukkan kebodohannya dengan minta selaraskan cola,patut mohon tambah lagi elaun untuk Lembah klang sahaja sbb hidup kat sini makin tersepit,kalo sapa2 kat keje kat luarbandar tu tak puas hati silalah bertukar ke KL/PJ

Tanpa Nama berkata...

saya nak tanya pihak JPA, kenapa penjawat awam di Sabah & Sarawak tidak dapat menikmati COLA seperti di Semenanjung sedangkan taraf hidup sama juga seperti di kedua2 buah negeri?