SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

16 November 2010

KAKITANGAN AWAM BUKAN LUBUK EMAS

HKH
Mohd `Adlan
16/11/2010



Bekerja sebagai penjawat awam merupakan impian emas ramai orang kerana faktor kestabilan pendapatan bulanan dan faedah-faedah yang diterima berbanding kerjaya dalam bidang swasta atau bekerja sendiri. Gaji bulanan yang tetap dianggap sebagai satu jaminan untuk kehidupan yang sejahtera. Justeru, ramai ibu bapa berharap agar anak-anak mereka dapat menjadi polis, tentera, pegawai kerajaan, atau sekurang-kurangnya kerani di mana-mana jabatan.

Namun, sesetengah pihak yang panjang akal melihat hal ini sebagai satu kesempatan untuk menjana pendapatan mereka dengan cara tersendiri, atau untuk mengaut keuntungan seolah-olah penjawat awam adalah lubuk emas. Hal ini dapat dilihat apabila banyak golongan terutama yang berorientasikan perniagaan menyasarkan penjawat awam sebagai pasaran utama mereka. Bermula dengan pelbagai syarikat insurans, pinjaman peribadi, ah long, pakej percutian, alatan komputer dan telefon bimbit, serta tidak ketinggalan aksesori kenderaan. Banyak daripada mereka menjadikan penjawat awam sebagai pelanggan nombor satu mereka.

Benar, banyak transaksi boleh berlaku dengan hanya menggunakan skim 'potong gaji' atau skim ansuran. Namun, kita dapat melihat ramai penjawat awam yang merungut kerana berasa terperdaya dengan produk yang tidak berkualiti, lebih mahal daripada harga sebenar di pasaran, khidmat pascajualan yang tidak memuaskan dan kemudian di hujung bulan, mereka merungut kerana lebih banyak hutang berbanding pendapatan bulanan.

Lebih teruk apabila penjawat awam ini mengambil sikap melulu dalam membeli sesuatu produk atau perkhidmatan tanpa membuat kajian kualiti terhadap produk atau perkhidmatan tersebut. Ini ditambah dengan sikap sesetengah daripada mereka yang membeli dengan alasan 'kerana boleh berhutang' walaupun produk tersebut bukan keperluan mereka.

Saya menyeru kepada pihak yang terlibat dalam memanipulasi penjawat awam ini agar berhenti daripada menjadikan kakitangan awam sebagai lubuk emas mereka. Berniagalah dengan adil dan tawarkanlah produk atau perkhidmatan yang benar-benar berkualiti, bukan semata-mata untuk keuntungan peribadi.

Para penjawat awam pula hendaklah tidak sewenang-wenang membuat sebarang 'hutang' atau pembelian produk dan perkhidmatan yang bukan keperluan mereka. Banyak saluran boleh digunakan oleh penjawat awam untuk mendapatkan nasihat atau pandangan kedua sebelum membeli sesuatu. Sekurang-kurangnya, mereka boleh merujuk kepada majikan masing-masing, atau lebih baik, mencari maklumat lanjut daripada Persatuan Pengguna atau di Internet.

Mohd `Adlan,

Lahad Datu, Sabah.


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hutang sbb gaji tak kecik, klu gaji besar kami bayar cash jer

Tanpa Nama berkata...

hutang sbb gaji kecik, klu gaji besar kami bayar cash jer

2bz4money berkata...

Kehendak melampaui keperluan/kemampuan. Begitulah sikap sebilangan kecil penjawat awam apabila menyentuh mengenai sikap berbelanja. Justeru itu saya menyarankan bagi mereka ini mengikuti Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi yang dianjurkan di INTAN Bukit Kiara bagi memberi kesedaran mengurusan kewangan dengan berhemah dan bijak.

PA papa kedana berkata...

PA guna skim potongan gaji sebab gaji rendah tak sanggup bayar cash. Kalau bolah bayar cash, siapa mau potong gaji bayar bunga interest yang tinggi-tinggi.

Kalau PA betul-betul lubuk emas. Kenapa Cina yang business-minded (atau mata duitan) tidak minat menjadi PA? Fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

Seorang tokoh pembangkang hari ini menyelar keputusan kerajaan tidak memberikan elaun khas kepada penjawat awam tetapi sebaliknya mampu berbelanja mewah.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, untuk membantu penjawat awam kerajaan selalu menggunakan hujah masalah kewangan tapi pada masa yang sama, kerajaan sanggup berbelanja besar untuk projek-projek lain.


"Kos untuk ubahsuai dan membina bangunan tambahan di kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sahaja kerajaan sanggup membelanjakan sebanyak RM65 juta.

"Rumah ini dibina pada 1997 atau 1999 dengan kos R24 juta. Ketika pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kos ubahsuai ialah RM6 juta.

"Apa keperluan kehidupan Perdana Menteri untuk keluarga yang tidak sebesar mana tapi mempunyai rumah sebesar itu?," soal beliau ketika sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Pusara RM140,000 bagi orang sudah mati?

Beliau mengulas jawaban Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam dewan semalam bahawa kerajaan tidak mampu memberi elaun khas kepada pejawat awam kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun, mereka hanya menerima RM500 sahaja seorang bagi meringankan beban kehidupan.

Mahfuz juga mengulas mengenai cadangan kerajaan membina Pusara Warisan berdekatan Tugu Negara untuk golongan kenamaan yang bernilai RM70 juta.

"Jika pusara itu untuk 500 orang bermakna seorang menelan belanja RM140,000. Sama dengan harga sebuah rumah rakyat, jadi apa perlunya orang yang sudah mati untuk mempunyai pusara seperti itu," katanya.

Rokiah berkata...

Oleh kerana PA ni ramai orang melayu izinkan saya menulis sikit sikap orang melayu ni. Kalau saya ulas kaum lain nanti saya dikatakan bersifat perkauman (racist) pulak.

Menurut buku yang ditulis oleh Frank Swettenham iaitu Perihal Orang Melayu ada menyatakan sifat dan sikap orang melayu ni. Ambillah sebagai satu pengajaran dan berubahlah.

Menurutnya orang melayu ni berkulit agak gelap, berbadan tegap, berambut ikal, suka berlawak, suka hiburan, bila kenduri akan bekerja keras membantu, tapi orang melayu ni suka meminjam tapi tak suka memulang hingga kena ambil sendiri barang tersebut.

Sampai harini orang melayu suka meminjam dan sukar untuk memulangkan walaupun rupa wajah dah banyak berubah akibat perkahwinan dan kemajuan teknologi.

Pergi kenduri kahwin pun sanggup meminjam barang kemas jiran, bila hari nak raya berbelanja bagai nak rak pasaraya Maidin, semua nak tukar baru, macam2 nak baru sampai kereta pun nak baru, haru biru dibuatnya.

Jadi orang melayu kena banyak berubah walaupun sukar dan perit. Contohnya kalau semua orang melayu bijak macam saya, semua kedai aksesori kereta tutup, tiada perubahan pada kereta yang baru dibeli. Ini tidak, tenguk saja make up kereta tu dah tahu bangsanya. Sampai tali terjulur keluar dari belakang kereta pun dibelinya, macam mana kedai aksesori tak kaya. Begitu juga dengan Hphone.

Melayu oh melayu.

Malungun berkata...

Bodoh betul penulis tu, PA memang lubuk emas bagi peniaga sebab ramai melayu ni memang bodoh pun. Tenguklah cara mereka berbelanja bila ada duit, yang kaya cara kaya dan yang miskin cara miskin. Berbelanja langsung tak berhemah.

Lubuk emas ni contohnya kalau semua PA beli TV, sudah tentu 1.2juta tv terjual. Dalam semua hal memang PA ni mengayakan para peniaga di Malaysia.

Orang melayu ni akan sedar bila dah tersepit atas kebodohan sendiri.

motoraku berkata...

senang macam ni lah. kalau kita tak cukup duit, kita simpan dulu iaitu menabung. bila dah cukup baru beli. kalau berhutang kerana beli rumah itu pelaburan. bab beli kereta pula janganlah pilih kereta yang hutangnya terlalu membebankan.

Tanpa Nama berkata...

apa2 jela, janji enjoy...

Tanpa Nama berkata...

PA betul2 bodoh kalau asyik sokong umno/BN...heee....

Tanpa Nama berkata...

Ha ye betul..se olah2 BN jer pandai merentah..bosan sungguh aku dgn BN nih..huhu

Tanpa Nama berkata...

Acu ar ubah selera bg PR pulok ambil alih, mana tau PA terbela..betul x?

senapi berkata...

sewajarnya BN perlu disokong, kita PA wajib menjadi ahli Umno barulah minda kita terbuka dan insaf tentang akhirat nnt

Tanpa Nama berkata...

jom kita try detect ip senapi ni...trace dia selalu online kat mane...

anti Senapi berkata...

Senapi tu sedara najib jgn xtau..kahkahkah