SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 April 2011

PARTI POLITIK JANGAN CAMPURI URUSAN KAKITANGAN AWAM

Utusan Malaysia
9/8/2011


Omar Osman (duduk, tengah) dan Ibrahim Ahmad (duduk dua dari kiri) mengadakan sidang akhbar meminta penjelasan SPRM berhubung isu yang melanda kakitangan kastam di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya, semalam.


PETALING JAYA 8 April – Parti-parti politik digesa tidak menangguk di air keruh dalam beberapa isu yang melanda kastam termasuk kematian pegawai jabatan itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kelmarin.

Ketegasan itu disuarakan Kesatuan Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Persatuan Pegawai Kanan Kastam (Pekasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, ahli politik tidak sepatutnya mencampuri urusan kakitangan awam yang berada di bawah tanggungjawab kongres itu.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik sebenarnya hanya mengguris hati kakitangan JKDM, bukan membantu menaikkan semangat.

“Mereka tidak perlu lebih ke hadapan berbanding kami dengan menyuarakan segala yang tidak dipersetujui oleh kakitangan JKDM,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Ketegasan Omar itu mendapat tepukan gemuruh lebih 50 pegawai kastam yang hadir termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Pegawai JKDM, Ibrahim Ahmad berkata, hasil mesyuarat dengan CUEPACS dan Pekasa petang ini, ketiga-tiga pihak mencapai tiga rumusan.

“Pertamanya, kami akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat nasihat dan suntikan semangat bagi menaikkan semula martabat JKDM.

“Dalam pertemuan itu juga, kami akan berbincang mengenai skim gaji yang diterima kakitangan JKDM yang dilihat terlalu rendah,” ujarnya.

Menurutnya, rumusan kedua pula ialah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 12 April ini di Putrajaya bagi meminta suruhanjaya tersebut membersihkan nama JKDM yang dikatakan terlibat dalam rasuah sebanyak RM108.5 bilion.

Bagi rumusan ketiga, jelasnya, Kesatuan Pegawai JKDM, Pekasa dan CUEPACS mahu media memperbetulkan bahawa kakitangan JKDM terlibat dengan rasuah sebanyak itu.

“Ini kerana jumlah RM108.5 bilion itu menjadi satu trauma bagi warga JKDM ketika ini dan ia perlu dipulihkan bagi menaikkan semula semangat kerja kakitangan,” katanya.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Parti politik ini kerja utamanya adalah pembuat dasar kerajaan melalui pembentukan kerajaan. Ianya berlaku di Parlimen mahupun di DUN.
Apa kehendak Mamak Omar Cupec ni? Nak naik gaji pun terpaksa kita guna jentera politik.
Ini adalah kerana JPA dah jadi macam bapak tiri.
"Jangan Campur Urusan Penjawat Awam" dalam keadaan berpilih ke Mamak Omar Cupec???

kamalsmc berkata...

'Pendidik mesti jujur bertugas'

2011/04/10

TANAH MERAH: Segelintir daripada 40,000 penjawat awam yang terbabit dalam sektor pendidikan di negeri ini dikesan gagal melaksanakan amanah diberikan kepada mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan), berkata beliau kesal kerana masih ada yang mengkritik kerajaan, tanpa mengutamakan amanah diberikan.

Katanya, penjawat awam harus sedar mereka sebenarnya menggunakan duit rakyat untuk pembayaran gaji selain sebagai pemegang amanah terutama dalam menghasilkan modal insan berguna kepada agama, masyarakat serta negara.
“Kumpulan penjawat awam terbesar di negeri ini terbabit dalam sektor pendidikan dan mereka perlu amanah dalam melaksanakan tanggungjawab diberikan walaupun segelintirnya menentang kerajaan (Pusat).

“Saya minta penjawat awam tidak mengkhianati amanah kerajaan kerana ia bertujuan mendidik anak bangsa oleh itu mereka perlu fahami dasar kerajaan serta menyokongnya,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Taklimat Keselamatan dan Penjelasan Isu Keselamatan Negara kepada 1,000 warga pendidik negeri ini di Pusat Dakwah Jeli, Bukit Nangka, semalam.

Mustapa yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, menasihatkan warga pendidik supaya tidak fanatik terhadap isu tertentu terutama membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, sebagai seorang pendidik, mereka perlu membuat pertimbangan rasional dalam memilih pemimpin masa depan bagi memastikan bukan saja negara maju, malah pembangunan modal insan rancak berkembang.

“Anwar bercita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri dan beliau seharusnya mempunyai akhlak yang baik selain tidak dibelenggu d pelbagai kontroversi. Orang seperti ini sukar menjadi pemimpin, kalau berjaya pun, akan menjadi pemimpin yang lemah,” katanya.

Tanpa Nama berkata...

Orang SPRM pun penjawat awam dan orang Kastam pun penjawat awam, jadi seharusnya Cuepacs jadi org tengah diantara dua organisasi ini, bukan menyalahkan SPRM sahaja...

Mr Paktam berkata...

setuju sangat dengan komen TANPA NAMA di ats nih,walau berbeza agensi,jabatan@kementerian kita adalah sama semua penjawat awam gak,yang tuan cuepacs kita tu apasal ckp jgn campur tangan plak,,aiii heran2 ..nak minta gaji dengan elaun pun tak dapat2 lagi inikan pula nak minta org lain jangan masuk campur,apa ada org nak dengar ka cakp tuan tuh.. cakap ja lebih tapi semua habuk..berjuang untuk elaun dengan gaji dulu la tuan sebelum sibuk hal lain,sepatutnya ayat jagan masuk campur urusan tu sesuai untuk tuan sendiri la wahai tuan..

cekgu tadika berkata...

aduyai!!

aku cikgu gred 41 yang di benarkan berpolitik.
kerajaan dah bagi kelulusan/kebenaran.

salah ker?

AKU KAKITANGAN AWAM YANG BERPOLITIK LUAS~!!

p/s-kadang-kadang kata-kata pemimpin bukanlah terbaik untuk yang dipimpin.

Tanpa Nama berkata...

... masuk kerja di sini kena...ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam, orang beri ambik lepas tu lepaskan dia... itulah yang saya dengar dari seorang sahabat yang bekerja di sempadan thailand (kastam). jika tak ambik (rm) kena pulau le mereka. tapi bagi yang tebal iman, ingat tuhan dan BERPRINSIP mereka tak ambik rm tu. pasal gaji... hai mamak omar, tak kan nak beri mereka gaji lebih lagi. kami ni nak juga. pakaian uniform ada elaun ++++ bagi kami yang kumpulan sokongan ni ape cereta? asyik polis, tentera, guru, je yang naik. bila kami kumpulan sokongan ni nak naik???? jangan sampai kami naik minyak udah leeeeeeeeeeeee

wasalam

Tanpa Nama berkata...

Kastam tak patut ckp dorg W dn kutip hasil negara tpi gji sma mcm PT apa jbtn lain semua tak kutip hasil negara ke jgn le pndng rndh sngt kt jbtn lain lbih2 yg bkn brunifrm contoh PT Dan PAP di sekolah kami pn kutip hasil negara gk setiap tahun dri yuran Dan buku tu yg nmpk yg tak nmpk mcm pljr asing dn mcm2 lgi tu bkn slh 1dri pndapatan negara kami bkn ramai pn da le mcm2 tgs kami kena lksanakn di sekolah selama ni org tak pernah nmpk fungsi dn tugas yg kami laksanakn PT ke PAP ke disekolah sama je tugas yg kami lakukn brapa ribu sekolah kt mlysia trmasuk Sabah dn srwk brapa byk hasil negara yg kami kutip nk ckp pndg2 le kt org lain gak

Tanpa Nama berkata...

Memang benar parti politik tidak boleh campur aduk dalam pentadbiran Awam sekiranya ada sesuatu yang meyentuh dasar pentadbiran dan sebaginya iannya perlu melalui saluran mengikut sistem telah lama ujud disektor awam.

Penjawat awam adalah berkhidmat secara telus kepada kepada rakyat dibawah tunggak seri paduka baginda tanpa berpihak mana2 pihak dalam sistem penyampaian yang amanah serta adil kepada semua rakyat.

Tanpa Nama berkata...

BN TU BUKANKAH PARTI POLITIK. MAKA JANGANLAH NAK KONTROL KAKITANGAN KERAJAAN. KITA HANYA ADA KERAJAAN MALAYSIA. MANA ADA KERAJAAN BN?. SEDARLAH SIKIT PEMIMPIN BN.

Nenek Kebayan berkata...

Sudahlah mengamalkan rasuah...nak naik gaji JKDM pulak...apa ni???Kalau JKDM yg rasuah juta2 sampai bilion dpt naik gaji...kami yg sama gred dgn pegawai kastam dan tidak amal rasuah patut dpt gaji 2 kali ganda berbanding dgn Kastam..Betul tak kawan???

Tanpa Nama berkata...

Parti Politik jangan campur urusan kakitangan awan bermaksud......Orang politik yang monopoli export dan import keluar negara...semua nak tanpa bebas duti import je...jadi kena kacau sikit kakitangan awam (KASTAM) faham...yang banyak masukkkkkk menteri-menteri...yang jadi kambing hitam kastam...hebuh seluruj dunia....hampa ini lembab tangkap kenyataan di akhbarlah

Tanpa Nama berkata...

kepada nenek kebayan...

betul, betul, betul

budakkampong berkata...

cuepacs jangan campuri urusan politik..dia kata kat org ,org kata kat dia...

Tanpa Nama berkata...

klau nk naik gji biorlh pegawai kerajaan yg gajinya bwh rm2000..tp yg dh gji tinggi tue xpyhlh menggatal nk naek gji gk,duit bnyk2 pn bkn nk uat p haji pn...lg kaya lg kedekut...

Tanpa Nama berkata...

Sebagai penjawat awam kita perlu bijak serta menentukan yg mana satu arahan atau campur tangan politik dan yg mana satu arahan kerajaan, kalau hadir di kursus BTN pun klau tak bijak memahaminya pun sukar nak bezakan antara k'jaan dan politik, krana ada elemen2 politik diserap masuk ke kursus BTN itu dan mengelirukan fahaman sebenarnya.

Yang penting kita perlu sedar bahwa kita bertugas sepenuhnya dibawah selia pihak JPA atau SPA atau dibawah pihak keselamatan naungi semuanya itu disebut diraja Malaysia, cuma di sektor awam disebut dibawah urusan seri paduka baginda, pihak parti mana diberi amanah sebagai kuasa eksukitifnya hanya sebagai penentu dasar selama 5 tahun sekali dan mereka mungkin boleh bertukar2 seperti di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Walaupun Pemerintah bertukar Penjawat awam tetap kekal dalam sistem pentadbiran yg tetap telus amanah, dan adil dalam semua sistem penyampaian di setiap perkhidmatan demi kedaulatan undang-undang seta tetap taat setia kepada raja dan negara

Tanpa Nama berkata...

hai...kita pun berkerja dengan parti politik la...nak buat macam mana...nak tak nak..diaorg boleh masuk campur