SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 April 2011

CUEPACS TOLAK HUKUMAN DALAMAN

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2011/04/29


Kesatuan mahu penjawat awam kena tuduh dapat perbicaraan secara adil

KUALA LUMPUR: CUEPACS tidak bersetuju dengan cadangan pelaksanaan hukuman peringkat dalaman terhadap penjawat awam yang terbabit dalam rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tanpa perlu menunggu perbicaraan atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Kesatuan yang mewakili lebih 1.2 juta kakitangan awam di negara ini, sebaliknya mahu pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji cadangan itu bagi memastikan penjawat awam yang dituduh mendapat perbicaraan adil sebelum dijatuhkan hukuman oleh majikan. Timbalan Presidennya, Azih Muda, berkata CUEPACS bimbang jika dilaksanakan, ia akan menjejaskan keadilan yang sepatutnya dinikmati oleh tertuduh sebelum dijatuhi hukuman.

“Cadangan itu tidak wajar dilaksanakan kerana jika penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib tanpa perlu menunggu perbicaraan atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah, ia seolah-olah tertuduh tidak mempunyai hak membela diri.

“Jika tertuduh dibuang kerja berdasarkan tindakan peringkat dalaman dan kemudian didapati tidak bersalah oleh mahkamah, bayangkan kesan yang perlu dilalui olehnya dan keluarga selepas itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin, berkata ia adalah hukuman yang bakal dihadapi oleh penjawat awam yang terbabit melakukan kesalahan berkenaan apabila pindaan Pekeliling Perkhidmatan Awam (Tatatertib) yang ketika ini sedang diteliti pejabat Peguam Negara, diluluskan kelak.
Hisham berkata, hukuman akan diputuskan pada peringkat dalaman oleh agensi dan jabatan kerajaan tanpa perlu menunggu keputusan mahkamah kerana perbuatan itu dianggap mencemar dan menjejaskan imej.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata kerajaan perlu memperhalusi cadangan berkenaan secara terperinci.

“Cadangan ini memerlukan kajian mendalam kerana bentuk hukuman disyorkan amat berat. Bersalah atau tidak bersalah wajar diputuskan oleh mahkamah selepas melalui proses perundangan yang sewajarnya,” katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

minta ceupacs kaji betul-betul sebarang tindakan hukuman dalaman.Kalau selama ini, pun banyak PA yang teraniaya khususnya kumpulan pelaksana.Ketua Jabatan yang punya angkara, PT yang kena tindakan.
Di mana keadilan.Pihak berkuasa tolong pantau,jangan sebarangan menjatuh hukuman

Tanpa Nama berkata...

Saya tak pernah ambil rasuah dan tak terlintas untuk melakukan perbuatan terkutuk itu tapi saya sendiri pun tak setuju sebab ini tak sealiran dengan konsep natural justice. Nak kaji apa lagi? orang belum bersalah kamu nak jatuh hukum buang kerja? siapa lantik kamu jadi hakim? tutup sajalah mahkamah kalau semua orang nak jadi hakim.

Judge Dredd

Tanpa Nama berkata...

Pindaan Pekeliling Perkhidmatan Awam (Tatatertib) yang ketika ini sedang diteliti pejabat Peguam Negara, jika diluluskan kelak SUDAH PASTI ianya menyalahi UNDANG-UNDANG MALAYSIA kerana ianya MENDAHULUI MAHKAMAH.

- staf sokongan yang punyai LL.B (Hons).