SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 April 2011

ADA MAKLUMAT BARU BANTU SIASATAN KEMATIAN PENOLONG PENGARAH KASTAM - PEGUAM

Bernama
12/4/2011


IPOH, 12 April (Bernama) -- Polis telah diberikan beberapa maklumat yang dipercayai dapat membantu siasatan terhadap punca kematian penolong pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 6 April lepas.

"...terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham khususnya terdapatnya klu dan keterangan bahawa kemungkinan besar Allahyarham tidak membunuh diri," kata Ghazali Mohd Ramli, peguam yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed.

Ahmad Sarbaini, 55, yang dijumpai mati di kawasan bangunan pejabat SPRM adalah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain berhubung kegiatan rasuah dan aktuiviti pengubahan wang haram.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ghazali berkata beberapa klu dan keterangan daripada orang perseorangan itu telah diserah kepada polis Ahad lepas.

Beliau berkata berdasarkan daripada maklumat dan klu yang diserahkan kepada polis itu terdapat percanggahan dengan apa yang telah dinyatakan oleh SPRM.

"Polis sedang menyiasat dengan mendalam dan pihak keluarga memberi penuh kepercayaan kepada polis...keluarga Allahyarham kini tenang selepas menerima petunjuk-petunjuk baru itu dan mendoakan kebenaran akan terserlah," katanya.

Ghazali berharap semua pihak akan berhenti membuat pelbagai spekulasi berhubung punca kematian Ahmad Sarbaini sehingga selesai siasatan polis.

"Pihak kami memberi sepenuh kepercayaan kepada PDRM untuk menyiasat punca kematian Allahyarham dengan menentukan fakta yang sebenar dan seterusnya membawa individu yang bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham ke muka pengadilan sekiranya ada pihak lain yang terbabit," katanya.

Ghazali yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Allahyarham berkata selain itu, semua pihak terutama media juga diharap tidak meneruskan laporan yang memberi gambaran seolah-olah Allahyarham terlibat dengan rasuah dan hidup dalam kemewahan serta mempunyai banyak aset.

"Harta yang dimiliki Allahyarham adalah harta yang biasa dimiliki oleh kakitangan awam...isteri Allahyarham bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat multinasional," katanya.

Beliau berkata laporan bahawa Allahyarham mempunyai tiga buah kereta memberi gambaran tidak berasas kerana kereta yang dimilikinya hanyalah sebuah kereta Kancil yang dibeli pada 2001, sebuah Honda CRV terpakai yang dibeli pada 2004 dan Proton Pesona yang dibeli beberapa bulan lepas.

Ghazali turut menyenaraikan tiga rumah milik keluarga Allahyarham iaitu dua apartment berharga kira-kira RM65,000 dan RM68,000 serta sebuah rumah berkembar berharga RM230,000, kesemuanya di Selangor.

Beliau berkata selepas ditahan oleh SPRM pada 1 April lepas atas alasan membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram dan dibebaskan keesokannya, Ahmad Sarbaini dipanggil semula ke pejabat SPRM pada Isnin dan Selasa.

Ditanya sama ada Ahmad Sarbaini turut dipanggil semula pada hari Rabu kerana laporan akhbar menyatakan beliau pergi secara sukarela, Ghazali berkata perkara itu masih disiasat polis.



-- BERNAMA

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kebenaran hampir terserlah.....kepada yang mengkritik kastam dan air muka keluarga Arwah...renung2kan lah...bertaubat sebelum terlambat...

hasnah jaafar berkata...

kebenaran pasti akan terserlah kerana BN sangat memetingkan keadilan, x mcm pembangkang yg suka menipu wang rakyat.

Pasti org pembangkang lah yg menyebabkan kematian TEO BENG HOK, percayalah. Jesteru itu, semua PA di Serawak wajib undi BN demi mengelakkan negeri itu jatuh ke tangan mereka yang suka rasuah iaitu pemimpin pembangkang, terutamanya tok2 lebai PAS.

Tanpa Nama berkata...

biasalah lawyer dia...mesti la tugas dia defend orang....cari makan maa...cerita yang sedap2 je lah...nanti orang tak bayar lak.

Tanpa Nama berkata...

hasnah ooi dikawasan saya yang kaki rasuah wakil rakyat BN

Wak Riben berkata...

alhamdulillah.
semoga terbuka hati puak-puak pembangkang yang bodoh kelu.
Pandai menuduh kerajaan barisan nasional membuta tuli.
Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang benar-benar tidak makan rasuah.
Parti pembangkang makan rasuah dan makan harta rakyat.
Entah-entah Altatutaya pun dio orang yang cilok!


Hidop BN! hIDOP RASUH! OPSS..!!
SILAP PLAK

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ada jerung yang lagi besar kot.
nak hidup mewah sangat, camni lah jadi nyer.

insan kerdil berkata...

berfikir dengan apa yang kita ungkapkan yang pasti kita pasti diadali oleh yang maha Esa.... Bartaubatlah sebelum terlambat

2bz4money berkata...

Andaian dan persepsi menghujani kes ni. Biarlah siasatan yang telus terlebih dahulu dilakukan di mana kebenaran akan diperolehi. Jangan memandai2 membuat tohmahan yang tiada bukti..

Tanpa Nama berkata...

kat kawasan saya pun sama makcik hasnah... yg rahsuahnya adalah puak2 be end ni... makcik hasnah tak penah keluar rumah ke? atau pun buta huruf?

Tanpa Nama berkata...

APA-APA PUN PANDANGAN DAN PERSPEKTIF ORANG RAMAI TERHADAP KES INI. SEBARANG KEMUNGKINAN BOLEH TERJADI. TUDUH MENUDUH SERTA FITNAH MEMFITNAH TIDAK AKAN MENYELESAIKAN SEBARANG MASALAH. PERKARA PERLU DISIASAT BETUL-BETUL. DIHARAPKAN BADAN YANG BERWAJIB DAPAT BERLAKU TELUS DALAM MENJALANKAN TUGAS SERTA TIDAK ADA CAMPURTANGAN PIHAK KETIGA YANG MEMPENGARUHI HASIL SIASATAN.

Tanpa Nama berkata...

apa - apa pun hasil siasatan nanti tidak akan didedahkan dengan meluas demi menjaga imej pihak - pihak tertentu dan demi kestabilan serantau amnya.