SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

20 April 2011

SYOR HENTI AMBIL LULUSAN PMR

Berita Haarian
Oleh Azidan Nahar
azidan@bharian.com.my
2011/04/19


CUEPACS mahu penjawat awam dengan Gred A diberikan gaji lebih tinggi

JOHOR BAHRU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sudah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya tidak lagi mengambil penjawat awam berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke bawah.

Cadangan itu selaras dengan tuntutan CUEPACS sebelum ini, yang mahu kerajaan menghapuskan Gred 1 hingga 16 dalam Skim Perkhidmatan Awam bagi membolehkan mereka diberikan gaji lebih tinggi bersesuaian dengan peningkatan kos sara hidup.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, ketika ini 650,000 penjawat awam berada dalam Gred 1 hingga 16 merangkumi pelbagai jawatan membabitkan semua kementerian.

“CUEPACS tidak mahu lagi ada kakitangan awam memegang sijil PMR, kita mahu semua Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita mahu kakitangan dengan Gred A... pemandu sudah ada SPM, banyak jabatan sudah naik taraf gred penjawat awam seperti tukang masak, operator sistem dan operator telefon.

“Semua sudah setaraf dan memiliki Gred 17,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan bagi menerangkan isu semasa CUEPACS bersama penjawat awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, semalam.

CUEPACS bulan lalu mengemukakan lima tuntutan baru kepada JPA termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula Skim Saraan Malaysia (SSM).
Sehubungan itu, katanya, jika cadangan itu diterima JPA, kumpulan pekerja berkenaan akan mendapat suntikan baru apabila meraih pendapatan lebih tinggi berbanding sekarang.

Beliau berkata, pada ketika ini penjawat awam Gred 1 hingga 16 mempunyai gaji permulaan kira-kira RM647 dan apabila cadangan berkenaan diluluskan, kumpulan terbabit boleh menerima gaji permulaan dicampur elaun lain kira-kira RM900.

“Pendapatan gred pekerja ini di bawah RM3,000 sebulan, ia hanya cukup makan, jika mereka berkhidmat selama 25 tahun baru dapat RM3,000. Jika mereka terus ditempatkan pada Gred 17, gaji permulaan mereka ialah kira-kira RM820 sebulan dan boleh mencapai sehingga RM3,500 sebelum bersara.

“Kita tidak mahu terlalu ramai kakitangan kerajaan buat kerja sambilan kerana rakyat dan pelanggan akan mempertikaikannya, kita mahu mereka fokus kepada kerja, kita tidak mahu lihat lagi selepas ‘punch card’ terus mereka buat kerja sambilan kerana bimbang tidak cukup duit,” katanya.

Omar berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan tuntutan terbabit dan menjadi hadiah bermakna buat penjawat awam menjelang sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei nanti.

Mengenai pekerja kontrak, Omar meminta jabatan kerajaan supaya tidak membuang pekerja terbabit kerana ia sesuatu yang tidak adil kepada mereka yang sebahagian daripada mereka sudah berkhidmat lebih 10 tahun.

Katanya, ketika ini terdapat 45,000 kakitangan kontrak yang berkhidmat di semua agensi kerajaan dan ada antara mereka sudah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun.

“Saya minta semua agensi kerajaan supaya jangan memberhentikan pekerja kontrak ini, biarlah perkhidmatan mereka terus disambung supaya tidak menjadi beban kepada keluarga, ada suami isteri yang berpisah kerana tidak ada kerja, umur sudah 50 tahun jika berhenti tiada siapa nak ambil bekerja lagi. Pekerja asing pun kita jaga dengan baik, tetapi pekerja tempatan sendiri kita tidak jaga.

“Saya juga merayu kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara supaya dapat memberi ruang kepada mereka untuk menyambung kontrak, jika boleh sehingga 58 tahun,” katanya.

63 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cayalah datuk...ini macam la..jangan la sepi lepas ni..
tuntut demi PA..

Tanpa Nama berkata...

tuntut,kaji,tuntut,kaji,tuntut,kaji...dah bnyak kali dah....harap2 kerajaan perkenankanlah tuntutan kami pekerja-pekrja awam kali ni...dengan keizinan dari Allah

Tanpa Nama berkata...

Sdr. Presiden,
jawatan Operator Telefon sudah dimansuhkan.
Pegawai Khidmat Pelanggan adalah jawatan baru dan terhasil melalui 3 bidang tugas iaitu operator telefon, penyambut tetamu dan khidmat Aduan Pelanggan.

Jawatan Operator Mesin Data dan Tukang Masak menjalankan tugas sedia ada....

Tanpa Nama berkata...

asyik tuntut2..bila nk dpt enth la

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula kategori 17... tiada pembelaan ke...

Tanpa Nama berkata...

Wooi...bosan la. asyak-asyik tuntut...kaji...tuntut ...kaji . bak kata mahathir "dah lama daaaaaaaaaaaaaaa"

gred 17 berkata...

LEPAS 1 MEI ni tentu ramai PA bertambah bosan dengan kepimpinan yang ada ni.... asyik mintak je.... hasil nye xde... kami gred 17... xde perubahan..... masih ditkuk lama.... yang 1 nak ke 17...tapi 17 kat situ je...

Tanpa Nama berkata...

Asalam...

Soalan, kenapa PENGAWAL KESELAMATAN SWASTA di jadikan "Pegawai Khidmat Pelanggan bagipihak Kerajaan" di Kebanyakan agensi Kerajaan.. Bukan kah Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan telah sediaada sepatutnya di letakkan di Kaunter Masuk sesuatu Premis tersebut.. Apa rasionalnya PENGAWAL KESELAMATAN SWASTA di beri tugas tesebut??? Bukan kah tugas PENGAWAL KESELAMATAN sepatutnya mengawal keselamatan sesuatu premis dari sebarang ancaman????

Tanpa Nama berkata...

Ya, ada jawatan JAGA di jumudkan. Lepas tu Ujud jawatan KP11 untuk Pengawal Keselamatan.. Pastu Ada skim tu tak ada posting pulak.. Alih-alih ambil PENGAWAL KESELAMATAN SWASTA dahla tender harga Perkhidmatanya Tinggi.. Memang tak masuk akal.. Ambil Nepal/Sabah(Sebenarnya orang Acheh) jadi Pengawal.. Eloklah tu Rakyat Malaisia Didungukan.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama berkata.

Tahniah, kerana perjuangkan nasib 1-16, tapi, bagaimana nasib n17 . yang ada diploma atau ijazah.cubalah perjuangkan juga. Macam cikgu, dari spm, ke diploma dan seterusnya ijazah. skop kerja sama gaji naik ikut kelulusan. Semoga adil dan saksama.

Tanpa Nama berkata...

Sdr. Presiden,

Gred N17 yang ada ijazah, bukan tak nak mohon jadi pegawai, masalahnya tak minat jadi pegawai , cuma harapkan kenaikan gred gaji sahaja dah mencukupi. Kan setiap dari penjawat awam digalakkan menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi. tapi perlu diiktiraf. tidaklah sia-sia.Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju dengan pendapat Tanpa Nama berkata yang gred N17 tak ada apa-apa PERUBAHAN, Bukanlah kita nak cemburu, tapi kalau nak perjuangkan biarlah adil, tapi kalau 1-16 dah jadi gred n17, kenalah buat sesuatu dengan gred n17 naikan ke gred n26 ke 32 ke..baru adil..

N@n@ Lee berkata...

nana:
terima kasih krn memperjuangkan hak penjawat awam N1-N16...tapi jika boleh , penjawat awam yg N17 jugga perlu dipertimbangkan utk jawatan N22 tau septtnya....tq

Tanpa Nama berkata...

Harap2 Menjadi Kenyataan...
Terima Kasih Atas Keperihatinan CUEPACS Membela Nasib Kami..

Tanpa Nama berkata...

cadangan cuepacs untuk gred 1-16 memang satu kabar gembira. tapi kalau yang taraf pmr dan spm naik gred 17, mcm mana pla dengan gred 17 sedia ada yang mempunyai kelulusan sijil politeknik boleh di sama kan gred dengan pmr n spm? ni kena di kaji juga... saya amat setuju dengan Datu yang memperjuangkan PA .. sekurang2nya ada lah yang bersuara membela PA ni... tapi semua keputusan ni di tangan PM kita.... tQ

Tanpa Nama berkata...

orang titindas berkata :

bagi cadangan pun tak masuk akal...hanya membela golongan tertentu saja...semua patut naik gaji, bukan gred yang dinaikkan...mengapalah orang sekarang ni makin bodoh berfikir...

Tanpa Nama berkata...

kasi lah gaji pokok RM 1+++ ke atas..br ar syok skit nak buat keje wlupon tarak claim ot..malu la nak cite dgn org kalo gaji pokok bwh seribu lg dlm sektor awam di zaman skrg nih..kerajaan nmpk mcm berlumba2 bangunkan itu dan ini di setiap negeri,tp penjawat awam tak di jaga nya dgn baik..kumpulan sokongan dlm kerajaan mmg ramai,hargai lah mereka..jika tidak,sapa yg nak myokong kerajaan??

Tanpa Nama berkata...

tahniah dato.harap ianya menjadi nyata ...tanpa mengira gred dan jawatan PA harus di bela..

Tanpa Nama berkata...

lepas ni menganggur la orang yang takde spm...ape cer???gaji tak naik...aku nak pakai alza pun tak lepas2 nih....cepat la sikit!!!

Bumi Kenyalang berkata...

Setuju dengan pejuangan Datuk Presiden...amat proaktif dan mulia dpt bela nasib golongan Gred 1-16.Nasib Gred 17 secara amnya jangan diketepikan dimana mereka telah berkhidmat lama 10-20 tahun masih berada di gred yang sama hingga kini dgn Sijil Kemahiran dari Kolej/Politeknik/Institut yang mereka miliki sekian lama...Datuk,golongan PA ini haruslah diperjuangkan bersama seperti mereka di Gred 1-16...iktirafkanlah Sijil Kemahiran mereka selama ini dengan Gred yg lebih tinggi iaitu Gred 22 bagi Gred 17 manakala yg berada di Gred 22 ke Gred 26 dan seterusnya yg releven tak kira gred jawatan hakiki atau KUP semuanya perlu di bela seadilnya...Itulah Gagasan 1 Malaysia...Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing..Terima Kasih Datuk Presiden dan semoga impian jadi kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

mcm biasa perjuangan diberi dgn pelbagai alasan munasabah tp bila smpai untk pemberian kenaikan ceupacs terpaksa akur saja dengan jawapan ???????

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih datuk memperjuangkan nasib PA..semoga gred yang lain pun sama menerimanya..Semoga kerajaan melaksanakannya dengan kadar segera.Diharap 1 Mei ini Perdana Menteri memberi berita gembira untuk semua AKS.Baru dikatakan 1 Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih datuk atas usaha membela nasib PA dan AKS..cuma sebagai rakyat@kakitangan awam, sedih juga kerajaan tak berapa pandang tuntutan golongan AKS ni,banyak sudah tuntutan,ada sahaja alasan,sedih...sangat sedih.
Pilihanraya tak lama lagi..faham-faham je lah..

mrbo berkata...

yang baru kup 22 hendaklah ke 26 atau 27.... kami dah lama keja ni hampir 20 tahun.... nampaknya gred 1-16 lebih kurang macam jwatan ahli bomba yang telah diupgredkan ke gred 17... tapi jangan lupa upgredkan kami dr 17 ke 26 atau 27... sebagaimana yang telah dilakukan oleh jab. bomba..... perlukan rombakan jgn sekerat jalan.....

Tanpa Nama berkata...

jgn lama2 sgt..x thn rasanya sekarang dgn gji yg ada ni x cukup mkn oiii!!!ank ramai!!

Zul Kuala Nerang berkata...

lulusan PMR boleh diambil utk gred 17 dengan syarat org itu ahli Umno atau anak ahli Umno. Ini menunjukkan Umno adalah parti Islam sebenar

Tanpa Nama berkata...

Sikit sikit umno.plz jgn obses dgn parti.meluat.nk berumno.g laman web umno.ni tmpat luahan ttg PA

budakkampong berkata...

pada TANPA NAMA kat ats aku nih,
aku rasa si zul kuala nerang tu sindir org yg sokong u**o la, apala sikit2 nak babit politik, sedar la sikit zul,makan gaji dengan kerajaan tapi hang dok menyokong pembangkang apadahal...

Tanpa Nama berkata...

Zul Kuala Nerang berkata...
lulusan PMR boleh diambil utk gred 17 dengan syarat org itu ahli Umno atau anak ahli Umno. Ini menunjukkan Umno adalah parti Islam sebenar

Khamis, April 21, 2011 6:00:00 PM

wooi zul kuala nerang...kalau engko nak cerita bab politik kat sini...berhenti kerja sebagai PA laa...boooddooo...p ler kerja dgn umno...semua parti politik sama saja...banyak yang buruk dari yang baik..

mel_ira berkata...

moga termakbul,kami tertunggu2..
apa yg dikatakan memang ada asasnya..
moga pelaksanaanya dipercepatkan..
ekonomi makin maju..taraf hidup makin tinggi..
harap kerajaan tinjau,bertanya masalah kami(kakitangan gred 1-16) ini..kami merayu

Tanpa Nama berkata...

betul cuba pertimbangkan gred N17..kami pun nak naik gaji...N17 yang ada diploma pun gaji basic still sama sahaja...cuba Datuk pertimbangkan dengan GRED N17...

Tanpa Nama berkata...

patutnya pertimbangkanlah sekali pelarasan utk org 17 ni,seimbangkanlah jugak taraf akademik kami dgn gaji yg diterima sekarang. Beban kerja pun perlu diambilkira,tugas 1-16 Gred 17 boleh buat/bantu tapi tugas 17 x semua Gred 1-16 boleh buat, jadi dimana rasionalnya mereka disama tarafkan dengan Gred 17?? sokong dgn kenyataan beberapa blogger, Gred 17 pun ada yg menyandang Diploma @ ijazah sarjana Muda, kenapa tak mohon pertimbangan diselaraskan Gaji kami mengikut kelayakan akademik??

Tanpa Nama berkata...

apesal nak dihapuskan? mcm mana aku yang ada PMR ini? Dulu malas nak study, PMR pun dah Ok. Nak letak mana aku nie?

Tanpa Nama berkata...

ramai kakitangan awamade pelajaran tinggi,tp mkan gaji spm,mane ckupnk byr ptptn lg....sara hidup, nk tanggung ank bini.....kete, umah dll......pkla....byr gajiikut kelulusan......sng....

Tanpa Nama berkata...

patutnya pertimbangkanlah sekali pelarasan utk org 17 ni,seimbangkanlah jugak taraf akademik kami dgn gaji yg diterima sekarang. Beban kerja pun perlu diambilkira,tugas 1-16 Gred 17 boleh buat/bantu tapi tugas 17 x semua Gred 1-16 boleh buat, jadi dimana rasionalnya mereka disama tarafkan dengan Gred 17?? sokong dgn kenyataan beberapa blogger, Gred 17 pun ada yg menyandang Diploma @ ijazah sarjana Muda, kenapa tak mohon pertimbangan diselaraskan Gaji kami mengikut kelayakan akademik??............

aku sokong!!!!!

budakkampong berkata...

apa cita pun kasi yg 1-16 dulu,yg 17 tu banyak yang cemburu hu hu..

Tanpa Nama berkata...

ak gred kerani kew w17..seblm ni ak hmpr2 ade diploma tp sekerat jln coz ditwrkan kje gov,spe xnak skg nak crk kje sush..ak hrp klo gred 17 naek gred,bia la smue naek wlupun xde kllsn dip/ijazah..lgpn pmilihan untuk gred 17 b4 ni nak result yg bgs2,sme ke ngn dieorg mntk gred 1-16??ni xadil bg gred 17...kami kje di pejabat mcm org giler kje makin bertambah,tp gaji xnaek2..tau2 tukg sapu sampah nak naek gred same ngn kite..die tau ke nak wat kje cm kite..smue kje terikat ngn pekeliling,smue pekeliling nak kne ikut klo x kne tgur ngn audit..ini 1 bebanan n tggjwb..klo gred 1-16 naek gred,kami gred 17 pun nak naek gred tgk pada tugas2 kami..

mrbo berkata...

kami gred 17 atau 22 kup... banyak membuat kerja2 penyeliaan, pemantauan,kerja2 semakan data, teori,latihan2.. kerja2 excel, word, powerpoint, access,ujikaji,teknikal mcm2 lagi.. kami x leh la disamakan dgn gred 1-16. kalau gred 1-16 naik ke 17.. kami yang telah lama berada di gred 17 atau kup 22.. mesti ada kenaikan juga.. baru la adil.. makin tertekan lah kategori 17 @ kup 22...

Tanpa Nama berkata...

harga barang bagi turun... baru lah tak bising pasal gaji.. bodo betul..

jayrio berkata...

sepatutnya syor ni dah lama dibangkitkan...contohnya skim kami...penyelenggara stor rendah...dah 30 tahun bertugas..tapi masih ditakuk lama..n11 jugak...alih2 jawatan ptr,ompd dan jaga pulak yang diupgred...tak adil sungguh

jayrio berkata...

sepatutnya syor ni dah lama diketengahkan...contohnya jawatan penyelenggara stor rendah...dah lama jumud...penyandang dah bertugas lebih 30 tahun...tapi masih ditakuk lama n11 jugak...ada spm pun tak guna...alih2 jawatan ptr.ompd dan jaga pulak yang diupgred...nak upgred tengok2lah jawatan yang dah lama jumud..tak adil sungguh

Borneo berkata...

Kami Gred G17 yg ada Sijil SPM dan Sijil Kemahiran atau Sijil Pertanian(2 tahun)lamanya kami belajar lepas SPM masih juga berada di Gred 17 hingga kini...Datuk Presiden tak kah ini tak adil bagi kami yg belajar 2 tahun lamanya berbanding dengan Gred 1-16 yg hanya ada SPM dapat menjawat gred 17 sama dgn kami???
Ini akan membawa kesan negatif dan kemunduran produktiviti kepada sektor kerajaan dan juga amnya kepada negara.
Wawasan dan Gagasan telah dibentuk oleh PM namun implementasi menuju ke arahnya mestilah efisien dan saksama barulah semua pihak dpt manafaat bersama...Pendek kata biar setiap tuntutan yang dibuat merangkumi semua pihak bukannya khas untuk Gred tertentu saja...semua yg layak patut idak memperolehi dan mengecapinya...Dengan ini tiada berlaku ketidakadilan dalam setiap tindak-tanduk Cuepacs dan JPA terhadap PA...1 Malaysia, 1 PA!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong Saudara Borneo...tindakan mestilah menyeluruh dan adil buat semua PA.

Tanpa Nama berkata...

alahai... kaji la 17 tuh... cam mana kalau 1-16 naik 17 tapi skop kerja rilek jer... kalau gaji naik, kerja tu pun bagi la naik jugak... baru tau langit tinggi rendah...

Tanpa Nama berkata...

sibuk penaik gaji aja...cubalah ko rang fikir sama kami yang kontrak nih....macam dipermain-mainkan....tarikh kontrak tamat aja,....dapat gaji dahla separuh aja....leh makan apa cam tu....pasir pun mahal...ni pulak benda makan....sedarlah diri orang yang kerja tetap wooooi......jangan dok jaja politik kat sini...pelingkup betoilah.....

budakkampong berkata...

ni la sikap melayu yang tak dapat di ubah,dengki,cemburu dan iri hati,baru cupec nk cdang gred 1-16 ni dikaji tapi gred 17 ni dah mula bising..apa raaaa,bodoh betul la,satu persatu la sesuatu cadangan tu dilaksana,ni org nk bg gred 1-16 naik,yg 17 pakat bising mcam pa lagi hampa nih..last2 semua pakat tak dapat la jawabnya,sbb 1-16 dok meminta-minta,17 pula cakap tak adil nak naik sama juga,last2 dua2 gred tak dapat hu hu,,padan muka hampa pakat cemburu sama sendiri...

patut kaji jawatan yang berkepentingan tinggi,contoh pengawal keselamatan,keja 12-14jam sehari,sabtu ahad pun keja lagi looo,gaji berapa? sedihhh.. ot sampai mata bengkak,baru dapat ot 1/5 dari gaji,sedangkan jawatan ni membabitkan keselamatan dalam menjaga aset kerajaan,bagaimana la nak jaga keselamatan dengan sempurna sedangkan kepala asyik mikir duit gaji yg tak pernah cukup,,dah la tu kena tgung risiko kecurian,ancaman keselamatan lagi,disamping siang dan malam kena berkerja,,,hampa yang dok pejabat tu sedap dalm aircond ja tuh..dalm kumpulan sokongan pengawal keselamatn paling berisiko tinggi dalam segala aspek... Datok Cuepac patut dulukan mereka ni arrr..

Pa Bertanya berkata...

saya Penjabat awam N17,berhidmat lebih 20 thn,baru2ni anak buah saya berkhidmat baru 7 thn telah dinaikkan pangkat dari S 17 ke S22,ada perbezaan ke kenaikan untuk Golongan S17 dan N17,Walhal beban kerja N 17 Lebih Tinggi

Tanpa Nama berkata...

kesian lulusan PMR tiada peluangla untuk kerja dengan awam...walau apa pun gred 17 perlu diberi keutamaan kali ini,kami masih ditakuk lama...perlu naik gred gak..
tema kasih

Tanpa Nama berkata...

mudah-mudahan N17 tidak diketepikan...harap Dato' pandanglah gred 17 ini....

Tanpa Nama berkata...

Kita yang berada di gred N17, bukan cemburu atau dengki,kalau 1-16, dapat naik ke gred n17, dipersilakan, tapi kita orang yang berada di gred n17 yang ada diploma, ijazah kenalah ambil kira, yang tak ada ijazah naikkan ke gred n22 ,kalau yang ada ijazah naikkan ke gred n41, lagi baik, jadi masing-masing pastinya berlumba-lumba menuntut ilmu. semuanya berpelajaran tinggi. so, yang 1-16, nak naik ke gred lebih tinggi pun kena sambung belajar juga ..barulah adil.Bukan senang dapat ijazah..betul tak..

Tanpa Nama berkata...

berilah pengiktirafan kepada pt n17 yang menuntut ilmu hingga dapat ijazah. Sekurang-kurangnya tidaklah sia-sia mereka belajar. Tak semestinya, menuntut ilmu nak jadi pegawai je.Bagi peluang yang memang tak nak pegawai naikkan gaji pun dah cukup ikut gred ijazah.
Sekurang-kurangnya, orang taklah memandang rendah apda ptn17.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan:
Gred 51-JUSA: Kelulusan PhD
Gred 41-48: Kelulusan Master
Gred 31-38: Kelulusan Ijazah
Gred 21-28: Kelulusan Diploma
Gred 11-19: Kelulusan STPM/STPM
Gred 1-9 : Kelulusan SPM

So mansuh UPSR & PMR (gaji pemulaan kena upgradelah)

Tanpa Nama berkata...

minta kaji semula gaji penjawat awam yang gred 17 yang ada diploma n ijazah.....kesian la bagi yang ada penaja pinjaman pelajaran yang tak boleh bayar lagi....

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula dengan PRA dan jaga yang telah ditamatkan kontrak pada 31 Disember lalu... dah hampir lima bulan berlalu takde berita baik untuk kami... terpaksa menghentikan anak daripada bersekolah... hutang berlambak... ini habuan yang kami terima sebagai rakyat malaysia... kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan... dimana perginya laungan 1malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan... dalam hal penamatan kontrak kami... kehidupan kami di hujung tanduk... kenapa kerajaan bersikap tidak endah pada masalah kami walaupun lima bulan telah berlalu...

Tanpa Nama berkata...

itu la bila nak kaji satu2 gred tu yang gred lain pla bising,aku rasa ini la punca kerajaan tak bagi naik hu hu,padan muka arrr,org step by step la naik,hampa bila dengar gred lain nak naik hampa pun jadi kalut sama..aku syorkan kerajaan kekalkan gred yg sedia ada..dan ramai sangat bising,jangan bagi pada sesiapa pun..betoi la melayu sama melayu takleh tengok sama-sama sendiri senang.. aku percaya kerajaan takkan pertimbangkan la kalau perangai semua cam anjing salak bukit,bukit tak runtuh tapi... hik hik sedeyyy..

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah anda semua berada dipihak PTN17 yang ada diploma, ijazah dan master sudah pasti anda mungkin akan merasai apa yang kita rasa..Kita hanya mahu apa yang kita perolehi spt ijazah misalnya diambil kira dalam kenaikan pangkat.. .misalnya beri keutamaan untuk dapat gred N22 atau N26 pun dah memadai..sekurang-kurang ilmu yang kita perolehi ada memberi sedikit manafaat.Tak rugi rasanya negara mempunyai penjawat awam yang berpelajaran tinggi.

HantuKupek berkata...

step by step kunun. mana kau tau selepas satu step, step seterusnya akan bermula. mana tau lepas step terus jadi stop pulak. yang penting ialah natural justice. keadilan harus pada semua. lagipun gred 1-16 dan 17 ini adalah golongan yang sama-sama berpendapatan rendah. beza gaji mula mereka hanya berapa puluh ringgit saja. Malah bila dicampur elaun ada Gred 1-16 ini yang pendapatan mereka melebihi gaji Gred 17. Contoh elaun R3 dan N1, elaun pakaian hampir RM1000 setahun dan elaun motosikal RM120 sebulan). kenapa CUEPACS tidak mengelompokkan mereka sekali tidaklah saya ketahui. alahai CUEPACS.

Tanpa Nama berkata...

kaji jugak gred 17 ..ape akan jadi kalau dah lambakan ke gred 17..dan kemudian baru nak upgrade kan yg gred 17, sudahnye kesemua yang di gred 17 jadi ape..

Tanpa Nama berkata...

boleh tak kerajaan bagi gaji mengikut kelulusan akademik xkiralah die pegawai ke apa... drebar pun ada phd... pap ada desgree atau diploma... kena ar pandang mereka tue...dah lah dulu wat pinjaman belajar...lau gaji ikut kelulusan akademik xder lah ramai yg jadi peminjam tegar

Tanpa Nama berkata...

apa2 pun kenaikan gaji kali ini tiada kumpulan / gred yang terkilan...fokus kepada penderitaan rakyat...tunai jani kerajaan..rakyat di dahulukan pencapian di utamakan...bukan sebaliknya pemimpin yg di utamakan rakyat di arah capai pencapian....tu byk berlaku....jgn ulangi perkara seperti ni...contoh kereta vip langgar lampu isyarat warna merah..rakyat d kompaun..

Tanpa Nama berkata...

N1 pun buat kerja banyak juga kebanyakan buat kerja N17.kerja yang jawatan atas .N17 kena tahu semua tu....N1 tersepit tak leh naik jauh...sekarang ni N1 bukan saja ada spm ,malah kelulusan atas lagi.klu N17 Boli jau N1 setakan di bawah tangga saja ,dato pikirkanlah nasib N1-16 Ni kami pohon

Tanpa Nama berkata...

Aku jd n1 dh 13thn..sape kata n1 xleh wat keje n17..aku bantu n17 aku mcm2 keje..maaf, bkn nk blgk..cuma nk buktikan..n1 bkn bangang..aku buatkan dia bnyk sistem..stkt microsoft office..sume dlm kepala.. kew8 guna mcrsft access..buat surat guna mailmerge..buat akaun guna excel..buat pwrpoint lg..jgn anggap n1 cuma kemas pej je

Tanpa Nama berkata...

Gred lain naik gaji, n1 x melalak pun..tp bila n1 sekali sekala dprjuangkan..mulalah yg atas memekak..apadaa..n1 pun ada yg pegang dip..spm m3 dpt 1 lg..tp msg2 cool..sbb bnyk brsyukur pd yg Esa..jd bnyk2 doa murah rezeki