SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

19 April 2011

CUEPACS DEDAH MASALAH CERAI

Utusan Malaysia
19/4/2011



JOHOR BAHRU 18 April - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan terdapat pekerja kontrak yang tidak dilanjutkan perkhidmatan dalam sektor awam kini terpaksa berdepan masalah penceraian.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, perkara itu terjadi berikutan suami tidak lagi mempunyai pendapatan tetap bagi menampung kehidupan keluarga, selain dibebani pelbagai masalah termasuk hutang.

"Saya terima banyak aduan daripada pekerja kontrak, malah ada yang berjumpa saya menitiskan air mata menceritakan masalah mereka, itu belum lagi bebanan hutang dan surat dari bank yang menuntut bayaran daripada mereka.

"Ada satu kes seumpama ini berlaku di Perak dan akan masuk mahkamah tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar selepas taklimat isu-isu semasa kepada penjawat awam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Ketika ini, katanya, terdapat kira-kira 45,000 pekerja kontrak sedang berkhidmat dalam pelbagai agensi kerajaan seluruh negara dan diharap kedudukan mereka ini di masa akan datang dapat diberi perhatian oleh kerajaan.

Sehubungan itu, CUEPACS berharap tidak ada lagi mana-mana pekerja kontrak diberhentikan perkhidmatan mereka selepas ini.

Sebaliknya, beliau berharap pihak terlibat mencari jalan untuk menyerap mereka ini sebagai pekerja tetap.

"Jika tidak dapat beri kerja tetap pun berikanlah kontrak perkhidmatan mereka sehingga umur 58 tahun kerana ada yang membuat pinjaman tiba-tiba kena berhenti. Bagaimana hendak selesaikan pinjaman yang dibuat," katanya.

Pada masa sama, Omar memberitahu, pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membantu menyelesaikan masalah 2,000 pekerja kontrak di bawah Kementerian Pelajaran yang diberhentikan sebelum ini.

8 ulasan:

nita_bjn berkata...

seraplah kami semua.Ini je cara utk membantu kami..golongan kami pun banyak tangungan jugak mcm pekrja tetap..Cara buat kerja pun melebihi kakitangan tetap..bantu lah kami

Tanpa Nama berkata...

kami orang yang gred 17 mcm mana babun omar..tak kan tok sama gred diorg..

Tanpa Nama berkata...

x lama lagi wujud plak kes amuk & sakit jiwa....dunia....dunia...

Arab Tua berkata...

Inilah jika sistem tak pakai sistem Islam, pakai SYSTEM OF DOWN memang BLACKHAWK DOWNla.....

Orang atas berfikir:"bukan masalah aku kalau bercerai...korang yang tak pandai nak atur kewangan dan atur masa dengan keluarga"

nita_bjn berkata...

gaji pekerja kontrak x nak dinaikkan ke? barang2 semua dh naik..tambang bas n keretapi nk balik kg pun dh naik..cuma gaji je yg x naik..adoyai..habis la mcm ni..

Tanpa Nama berkata...

we are contract staff really need our Malaysian Government attention regarding our job status as contract staff. Till when, we have to suffer working under contract basic and we are also a human being, we have alot of responsibilities to cover up, if we working under contract for lifelong how we are going to be settle. Other than that, if the contract staff suddenly die in service with government also, they will didnt get anything and the family will suffer without any source.I am really persuade with all the government organization to give this contract staff an oppurtunity. Please come down to us and please look at our lifestlye compared to permanent staff, we dont have enough money also for our lunch and dinner. Where should we go to look for help, we dont have enough energy to seek help.... pls Malaysia help us

Tanpa Nama berkata...

kalau 1MALAYSIA....RAKYAT DI UTAMA KAN....APA KATA 1MAJIKAN....PEKERJA KONTRAK DI UTAMA KAN...SAYA BEKAS KAKI TANGAN KERAJAAN...BILA ADA JAWATAN KOSONG KEBANYAKAN DI ISI OLIH ORANG LUAR..KENAPA TAK AMBIL PEKERJA KONTRAK YANG DAH BERKHIDMAT LEBIH 3 TAHUN....NAK KATA KAN PENGELAMAN MEREKA LAGI BANYAK KALAU DI BANDING KAN DENGAN PEKERJA BARU LEPASAN SPM....

Tanpa Nama berkata...

dah awak tak layak macamana cita nya.....