SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

14 April 2011

OPERASI 3B BONGKAR KES RASUAH

Berita Harian
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/04/13





ABU KASSIM (tiga dari kanan) bersama Omar (dua dari kanan) serta Ibrahim (dua dari kiri) pada perjumpaan di Putrajaya, semalam.
ABU KASSIM (tiga dari kanan) bersama Omar (dua dari kanan) serta Ibrahim (dua dari kiri) pada perjumpaan di Putrajaya, semalam.SPRM bantu KDRM tingkat integriti kakitangan

PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kes salah laku, penyelewengan dan rasuah pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menerusi Operasi 3B mendapati KDRM juga tertipu dalam kes terbabit berikutan hanya segelintir kakitangannya terbabit dalam gejala itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata faktor itu antara sebab pihaknya menubuhkan pasukan bertindak dengan agensi lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selain KDRM sendiri bagi operasi terbabit. “Menyusuli operasi ini, kita akan adakan siri perbincangan meja bulat dengan KDRM bagi mencari jalan membantu mereka kemas kini kutipan cukai dan meningkatkan integriti kakitangannya kerana kita dapati jumlah yang berintegriti jauh lebih tinggi dan mereka ini dapat membersihkan KDRM,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Presiden Gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman; Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Iskandar Jaafar dan Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad.

Abu Kassim berkata, Operasi 3B mengambil sempena RM3 bilion yang disasar dapat dikutip daripada operasi terbabit, yang hilang akibat penipuan pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai pihak dan menegaskan KDRM hanya satu daripadanya.

Beliau berkata, orang ramai keliru dengan jumlah RM108 bilion yang dikaitkan akhbar tertentu dengan siasatan terhadap KDRM dan menjelaskan ia sebenarnya anggaran kerugian setiap tahun kepada kerajaan akibat penipuan, pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan.
Katanya, laporan media mengatakan wang berselerak di rumah pegawai kanan KDRM yang ditahan pada 28 Mac lalu juga tidak tepat kerana ia sebenarnya bermaksud menunjukkan wang ditemui di beberapa lokasi berlainan.

Sementara itu, Iskandar berkata, usaha perlu dipergiat bagi memartabatkan integriti, bukan saja di KDRM, sebaliknya seluruh perkhidmatan awam dan diharap kita dapat bersama menangani isu yang menjadi buah mulut masyarakat.

Omar pula berkata, CUEPACS meminta Abu Kassim meneruskan khidmatnya bagi mencapai matlamat semua agensi di negara ini cemerlang dan tinggi integritinya.

Ibrahim pula menyifatkan pertemuan dengan SPRM itu memberi peluang kakitangan KDRM membersihkan nama dan mahu agensi pencegahan rasuah dilihat sebagai rakan baik KDRM dan bukannya ditakuti.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila Operasi nak naik gaji ???
Tunggu ... sampai bila??
buet habih boreh...

2bz4money berkata...

Kalau tak buat salah, apa yang nak ditakutkan? Berani kerana benar..

Tanpa Nama berkata...

Dulu kini dan selamanya RASUAH

Tanpa Nama berkata...

itu lah guna SPRM ketulusan tanpa memihak mana2 organisasi..

Tanpa Nama berkata...

BN akan kalah sarawak, atau tak dapat 2/3 majoriti.
i can feel it. aku penjawat awam, tapi tak akan support gomen sekarang, sbb banyak orang dia yang tak berciri pemimpin.
najib = kononnya nak jaga rakyat, perut sendiri pun tak boleh jaga, gemuk!
taib = orang tua, kaya nak mampui, isteri muda(orang kata saudara bomoh pek moh dari libya). tengok muka pun dah tau orang jahat.
oh ye cuepacs, aku belum dapat bonus lagi tau. nak tunggu sampai bila ni. si omar, pi la buat kerja, presiden cuepacs paling tak berguna.

Tanpa Nama berkata...

Teros maju bersama BN...hahahahahahthuih! Pigidah!

Tanpa Nama berkata...

baik berenti la yeop dari kerja dengan gomen kalau dah xsuka..baru la gentlemen..

buat malu je..bagi la orang lain yang nak kerja..tu ha..melambak pengangur kat luar tu..

ni aku tuju pada semua yang kerja gomen tapi xsuka gomen..hmm..

Skim Satu Malaysia berkata...

Kastam dan Imigresin semua tahu agensi paling banyak amal rasuah. Imigresin dulu baik tapi sekarang lihatlah muda lagi dah amal kerja jijik ini. Sebenarnya banyak ruang untuk menghentikan perkara rasuah di kalangan PA ini boleh dilakukan. Malangnya ini tidak dilakukan kerana mereka yang ada kuasa tidak jujur dan ada niat disebaliknya. Sebaliknya lihatlah sahaja banyak pekeliling dikeluarkan tetapi tidak semua diikuti kerana tidak menjadi kesalahan dan tidak kena hukum tatatertib. Contoh ada Kementerian buat keraian anggota bersara di Hotel besar sedangkan pekeling kata seorang tidak lebih RM30.00. Buat permulaan Kementeriaqn dan Jabatan yang besar setiap kaunter dan kantin yg berurusan dengan orang ramai hendaklah dipasang CCTV. Tentukan petugas jangan panggil pelanggan mereka kakak atau pakcik tetapi Encik/puan dsbnya. Pihak SPRM pula hendaklah membuat siasatan semua jangan pilih bulu. Setiap insiden yang pelik dan yang melibatkan rakyat keseluruhan hendaklah diberi perhatian saperti misalnya kenapa harga barang naik meningkat tinggi sedangkan pengeluar tidak banyak menaikkan harga. Agensi saperti JPA dan Perbendaharaan tengok-tengokkan lah semua PA, kalau ada kekosongan jawatan naikanlah pangkat PA jangan tunggu asyik memangku sahaja sampai pencen. Jika ada elaun yg perlu dinaikkan untuk gred teruitamanya gred sokongan naikkanlah jangan tunggu anggota PA kecewa dan sakit jiwa sahaja sehingga amakan rasuah menjadi-jadi. Janganlah asyik menaikkan gred pada jawatan di pejabat sahaja (semua orang tahu gred berkenaan suami/kesayangan pegawai kanan) tanpa memikirkan gred-gred dijawatan saperti kesihatan, pertanian dsbnya. Bangunlah semua PA berkhidmatlah dengan penuh kejujuran dan jangan dengki mendengki sesama PA jika tidak rakyat tidak hormatkan anda sekelian.

Tanpa Nama berkata...

Aku keje ngan gomen sbb terpaksa tau. I doktor kena paksa buat compulsory service. Percayala, lepas habis service ni mesti quit. sbb kerja mcm tahi, x tidur tapi gaji sama mcm guru. Tah bangang ke apa. N bagi u info skit, majoriti doktor, pharmacist, staff nurse banyak penyokong pembangkang. Satu hari, bila pembangkang akhirnya jadi gomen, tak kisahlah tunggu 1 tahun ke, 5 tahun, 20 tahun.. saya harap semua polis, peg kastam, imigresen n ahli politik bn yang korup semua kena masuk penjara, biar mereka kena cucuk belakang. Hari itu, aku senyum
memanjang, and i'll say to myself, "God is great"

Tanpa Nama berkata...

bila la skim juruteknik boleh di upgrade! skrg politeknik dah tak der lagi cert, akan dtg semua graduate lepasan diploma. jadi skim J17 tidak lagi relevan. Cuepacs, bantulah kami supaya setara dengan gred N, U etc yang sama...

najiboiginal berkata...

PA memang tahu yg kerja kesihatan tu banyak kerja. Ini kerana rakyat sudah percayakan kidmat kesihatan kita dan mereka berebut-rebut mendapatkan rawatan yg tidak banyak belanja ini sehinggakan kakitangan kesihatan tungganglanggang bekerja. Malangnya kebanyakkan PA tidak diberi pilihan untuk mendapatkan yg terbaik iaitu rawatan kelinik swasta seperti kemudahan yg sama diberi kepada anggota badan berkanun sedangkan gaji dan bonus mereka juga dibayar oleh kerajaan juga. Sekiranya PA mendapat kemudahan berkenaan tidak perlulah mereka mengambil masa sehari suntuk untuk mendapat rawatan dikilinik kerajaan yg sebok ini. PA boleh pergi bila-bila masa samaaada masa kerja atau waktu malam dan kerajaan juga untung kerana kakitangannya tidaklah ambil pelepasan semata-mata untuk menghantar ahli keluarga. Bagi guru-guru pula murid-murid dapat belajar tanpa gangguan kerana guru-guru boleh pergi pergi klinik swasta bukan waktu mengajar. Bagi aggota kesihatan pula tentulah mereka lebih baik dirawat oleh doktor swasta terutamanya setelah bertungkus lumus bekerja. Mengikut perlembagaan semua kakitangan kerajaan hendaklah dilayan sama tetapi kenapa ini berlaku. Diharap agensi pusat janganlah mengamalkan peraturan yg lapuk ini, berfikirlah dengan sifat terbuka dan matang. Mungkin inilah sebab Pengerusi CUEPACS dari kalangan Badan Berkanun dan sudah sampai masanya diminta PM gantikan JUSA dengan anggota Badan Berkanun yg lebih memahami kebajikan PA sekalian. Jangan tunggu anggota PA ramai yg sakit jiwa dan bunuh diri dan suka makan rasuah.

James Bond berkata...

When our salary will be adjusted Omar?? its been a while no news about salary adjustment or bonus.. what the prime minister is doing out there? dont he see how the low salary employees are suffering.. DAMN IT!!

jazz berkata...

3B, bukan hanya di KDRM,di jabatan lain pun ada. tolong lah siasat.Ketua jabatan ada syer dengan kontraktor kelas F,pembaikan yang dianggarkan 20 ribu ,tetapi bila buat jadi 60@70ribu, pun masih belum sempurna,terpaksa minta peruntukan tambahan dari ibupejabat.
Kontraktor yang selalu dapat kontrak asyik-asyik orang yang sama aje.
Pihak yang bertanggungjawab, harap dapat buat pemantauan.

Tanpa Nama berkata...

Kita mesti faham kalau sesorang itu benci kepada BN tidak bermaksud dia benci kepada kerajaan, kerana BN itu cuma parti yang berdaftar di sebuah negara demokrasi Kerajaan adalah sebuah negara adanya rakyat sistem peraturan (kedaulatan undang2) jabatan2 kerajaan di naungi dibawah duli dipertuan agung, parlimen, kita perlu ingat parti boleh berukar mengikut kehendak rakyat dalam tempoh 5 tahun sekali.

Rakyatlah yang perlu bijak menilai dan memilih parti mana yg terbaik untuk di beri amanah mentadbir negara.

Tanpa Nama berkata...

Betul3, Tanpa Nama Isnin, April 18, 2011 2:12:00 PM, kita PA ni bkn berkhidmat untuk parti politik..

Siti Zainab berkata...

BN ialah Kerajaan, siapa x undi BN sila keluar dr negara ini.. PA x sokong BN sila jadi ahli Umno atau letak jawatan.. Malaysia ialah negara Umno dan BN, kami 99% PA sangat bangga tinggal di Malaysia bersama pemimpin BN yg amat ikhlas dan prihatin. Hidup BN.. Hidup Umno.. Hanya pemimpin BN idola kita semua.

kamalsmc berkata...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurudituduhedar371gramganja/Article

Saya mewakili YBhg Presiden NUTP mendesak kerajaan naikkan gaji guru selaras sebagai tonggak kerajaan dan bebanan kerja. Dgn gaji yang tinggi, guru2 tidak perlu edar dadah lagi!

Guru dituduh edar 371 gram ganja

2011/04/19

Abdul Karim Mohammad
KUALA TERENGGANU: Guru bahasa Inggeris di sekolah agama di Ladang, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mengedar dadah di rumahnya di Jalan Hiliran, awal April lalu.

Abdul Karim Mohammad, 40, dituduh mengedar dadah jenis ganja seberat 371 gram di rumahnya di Jalan Hiliran pada 6 April lalu kira-kira jam 1 pagi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Pendakwaan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah, Mohd Rusli Ahmad dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh berpakaian lokap warna oren sempat bersalam dan mencium isterinya yang duduk di barisan depan di galeri awam ketika dibawa keluar daripada kandang tertuduh, sambil isterinya memberikan kata semangat kepadanya.

Mohd Rusli menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Akhbar awal bulan ini melaporkan, guru sekolah agama di Ladang ditahan selepas polis menemui ketulan mampat ganja seberat 371 gram ketika serbuan di rumahnya di Jalan Hiliran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata siasatan awal polis mendapati suspek adalah penagih dan ujian air kencing mendapati bapa tiga anak itu positif ganja dan polis tidak menolak kemungkinan suspek menjadikan pelajar sekolah sebagai sasarannya untuk menjual dadah berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

"demi menjaga nama baik sekolah...apa2 yg berlaku adalah perkara kecil saja(terpencil )Tak usah diperbesarkan

Tanpa Nama berkata...

BUAT OPERASI DI SEMUA JABATAN.JANGAN TERTUMPU DI SATU-SATU JABATAN SAHAJA.BARU MENYELURUH.