SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

05 April 2011

PENJAWAT AWAM PERLU TERAP 4 ELEMEN LAUTAN BIRU

Bernama
04/04/2011 12:17pm


PUTRAJAYA 4 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan setiap ahli pentadbiran awam menerapkan empat elemen penting yang terkandung dalam “Strategi Lautan Biru” dalam pengurusan tugas mereka.

Perdana Menteri berkata empat elemen tersebut ialah “mengurang”, “menghapus”, “mewujud” dan “menambah peluang”.

Beliau berkata dengan menerapkan elemen-elemen tersebut, maka pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam akan terus meningkat.

"Jadi dengan cara pendekatan seperti ini, saya percaya kita akan dapat melihat pendekatan kerajaan ini bukanlah melalui aspek agenda utama sahaja.

"Tetapi kita gunakan apa sahaja pendekatan kelengkapan pengurusan...pemikiran yang lebih kreatif supaya pencapaian dan keberhasilan kita dapat ditingkatkan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib berkata pemikiran “Strategi Lautan Biru” itu melibatkan pemikiran dengan mengaplikasikan cara-cara kreatif dan inovatif dalam setiap penyelesaian.

Selain itu, beliau berkata setiap penjawat awam juga tidak boleh berfikir secara konvensional iaitu menuntut peruntukan dan kakitangan lebih, sekiranya melakukan sesuatu tugas tambahan.

"Kita telah kenal pasti apakah kekangan struktur pelaksanaan kerajaan yang boleh menjadi hambatan untuk kita memacu maju ke hadapan dengan lebih pantas.

"Justeru itu, kita telah membuat kesimpulan bahawa lapan laporan strategi inisiatif perlu dilaksanakan. Semuanya ini kita telah laksanakan di pelbagai peringkat dan berbeza dengan pendekatan dulu,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi contoh bahawa dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan dapat dilaksanakan dengan cepat, misalnya dalam urusan mengeluarkan pasport antarabangsa, maka elemen “mengurang” perlu diaplikasikan dalam proses berkenaan.

Beliau berkata langkah pihak berkuasa menahan pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini pula, merupakan usaha kerajaan “menghapus" ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah dalam pentabiran awam.

Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha untuk “mewujud” dan pada masa sama, “menambah peluang” kepada setiap rakyat, termasuk dalam sektor awam dan swasta di negara ini. - Bernama

43 ulasan:

Laut Merah berkata...

Kerajaan terlebih dahulu perlu memastikan 4 elemen lautan birunya diterap dengan betul iaitu mesti:
1. memberi bonus tahunan kepada PA
2. menaikkan gaji PA
3. memperbaiki sistem penilaian PA
4. menambah elaun baru seperti elaun kenderaan, elaun sara hidup.

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan (laut merah).. kerajaan perlu menunaikan permintaan PA dulu sebelum meminta PA memenuhi permintaan itu..dengan gaji rm1300 sebulan kalau bertugas di bandar2 kecil buleh la cukup makan..macam tinggal kat bandaraya besar ni sewa rumah ja dah rm450 belum kos lain lagi,tiap2 bulan PA yg jawatan rendah berhutang,ibarat korek lubang untuk tutup lubang yang lain..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa mesti biru?hijau x leh ke?

Tanpa Nama berkata...

PA tenggelam dalam lautan biru

Tanpa Nama berkata...

NEGARA AKAN HANCUR JIKA RASUAH MASIH BERMAHARAJA LELA.BUATLAH APA PROGRAM PUN JIKA RASUAH TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI MAKA KITA MASIH JAUH LAGI UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN. KAMI PA SEDIH JIKA TERBUKTI BENAR PENDEDAHAN SPRM, RM108 BILION SETAHUN NEGARA KERUGIAN AKIBAT DARI KERAKUSAN KELAKUAN JENAYAH RASUAH.
KERAJAAN SEHARUSNYA MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEKERAS-KERASNYA KEPADA PENDERHAKA-PENDERHAKA INI JIKA TERBUKTI BERSALAH.
SPRM JUGA SEHARUS MEBUAT PENYIASATAN MENYELURUH DAN MENCARI DI MANA RUANG-RUANG YANG MEMBERI KUASA YANG BEGITU BANYAK KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN YANG TERLIBAT.TUTUPLAH MANA-MANA PINTU RASUAH YANG MEMALUKAN KITA SEMUA.
JEBATAKDURHAKA.

2bz4money berkata...

Tonggak 12 dah memadai..amalkan shj.

Tanpa Nama berkata...

Cantik BOS,
Mengurang : Kurangkan KERENAH birokrasi untuk PA mendapat kenaikan Gaji dan pertambahan elaun.
Menghapus : Hapuskan Dasar kuno dalam JPA dan Kerajaan yang menyekat laluan kerjaya PA dan kenaikan Gaji PA.
Mewujud : Dasar Pintu Terbuka kepada mana-mana PA secara individu untuk memberi cadangan dan tidak terhad kepada Cupec mahupun MBJ, MBK sahaja.
Menambah peluang : Sentiasa beri peluang kpd PA utk menikmati keselesaan dan kesejahteraan khususnya dlm KEMELUT kewangan. Antaranya kenaikan gaji, elaun, laluan kerjaya dan peluang utk kenaikan pangkat dan peluang menikmati kerjaya baru (kumpulan sokongan ke kumpulan P&P).

mamak Omar Cupec : habih boreh deng sajo nunggu ngko. baik lotak jawatan.

Lauk ikan berkata...

tonggak 12 dah ado.
Nak 4 Elemen pulok?
lepas ni 4 bini kot?
yahoo!!

Tanpa Nama berkata...

x perlu elemon2 nie..kuning ka hijau pn sama kalo gaji x naik...

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya bayaran sewa rumah diberi oleh pihak kerajaan, sekiranya kuarters tidak disediakan. Gaji PA untuk perbelanjaan harian bukan untuk sewa rumah!

TEKONG DARAT berkata...

kerajaan jugak perlu bayar surcaj bahan api sekiranya dinaikkan harga minyak...ini kerana mereka yg berjawatan tinggi semua ditanggung dari kereta sehingga ke duit minyak...jgn jadi bangang...yg patut diberikan kemudahan ialah mereka yg berjawatan rendah...bukan berjawatan tinggi...

Botol Kicap berkata...

Aku tak ada lain...Tunggu pilihanraya je...

Tanpa Nama berkata...

Kita mahukan perubahan, bukan cadangan perubahan atau kajian perubahan.

Tanpa Nama berkata...

takyah naik gaji...ni pun rase dah mewah giler ooo....hari hari makn lauk ayam....naikkan lagi barang2...minyak ...aku sokong...buat ape duit banyak2...

Kemas Terseksa, Perak berkata...

kalo PA semua nak tahu, menteri kami cikgu2 Kemas ni (Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) penipu besar kerana suka berjanji tapi x tunai.

Status kami selaku pekerja kontrak masih berkekalan selepas janji demi janji setiap PRU mahu memeberikan jawatan tetap dan berpencen kepada kami.

Bukan setiap PRU sahaja, sekarang ini pun kami mebuat kerja2 politik UMNO 7 hari seminggu. Dengan gaji yg kecil, serta tanggungjawab yang berat di tabika dan taska, kami tetap dikerahkan sebagai pekerja politik UMNO yang tidak berbayar, dahulu kini dan selamanya.

Ada yang merungut belakang, tetapi selaku pekerja kontrak kami terpaksa membuat kerja2 UMNO kerana selalu diugut mahu tamatkan kontrak jika menentang UMNO, malahan keluarga juga dipaksa mnyokong UMNO dan BN.

Setahu saya gaji kami dari wang pembayar cukai seluruh negara, kami rasa amat tidak wajar kami diperalatkan parti politik lagi dan diugut dengan status kontrak kami. Malang skali tiada siapa mahu membela kami, hatta pegawai Kemas sendiri yang suka merendah2kan kami.

Tanpa Nama berkata...

Lautan biru nie lautan barisan ker?

Tanpa Nama berkata...

KASTAM HARUS BERTAUBAT!

Tsunami Darat berkata...

4 elemen lautan biru..

1. Tolak menteri menteri ke dasar laut
2. Bagi ikan yu umpan jari jemari menteri BN.
3. Paksa menteri kabinet berenang bogel.
4. pastu ramai ramai Kencing kat laut mereka berenang..baru Panas!

Duyung berkata...

Lautan Biru = Blue Sea
Filem Biru = Blue Film...yg hangat di tonton oleh rakyat dan seluruh dunia selama ini yg terjadi kat Pemimpin kita...asyik biru saja...mana ada masa nak kaji Kenaikan Gaji PA...Betul tak???

Tanpa Nama berkata...

adush tah apa2 la...ingat nelayan kena ke lautan biru...pa pun kena....kah kah

Botol Sos Tiram berkata...

Dah masuk elemen plaakk.. elemen PA depa buat tak dan ja.. PRU nanti aku guna kuasa mutlak aku laa.. Cerita banyak tak guna.. Ubah!!

Tanpa Nama berkata...

apa sebok psal laut ni.... apa crita pertemuan cuepacs dgn jpa senyap ja

Tanpa Nama berkata...

gaji permulaan j17 drafment=P1T1 rm843 + elaun cola =100,elaun ITP = 180,elaun ITKA = 115...total=rm 1238..cukup ke tok hidup sara keluarga, anak,mak ayah,isteri,hutang PTPTN ag pada zaman la ni?..

Tanpa Nama berkata...

apa hasil perjumpaan CUEPACS ngan JPA? Sapa-sapa boleh update. Cuba cite!! cuba cite!!

Latip Boriba berkata...

hasilnya ialah PA dikatakan bangang x bersyukur dengan BN yg dah bayar gaji tiap2 bulan, dan betapa peritnya org2 Umno dan BN cari wang utk bayar gaji kita, sehingga kebanyakan pemimpin BN hidup susah demi kasih kepada PA

Tanpa Nama berkata...

kami tak nak tengok video seks, kami nak gaji naik, video seks tak boleh menampung kos sara hidup kami yg makin meningkat, gaji ahli-ahli parlimen patut diberi RM 1200 sebulan, baru YB-YB bangang rasa apa yg terpaksa ditanggung oleh rakyat, bukannya berdebat tentang video seks kat parlimen, bangang punya YB-YB!!!

Tanpa Nama berkata...

Pegawai Kastam mati jatuh bangunan SPRM

2011/04/06

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.

Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi. Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor. Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.

Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.

Cikgu Cekik berkata...

Bagi mengenang 'jasa2' cikgu kita hayatilah berita mengenai 'kejayaan' yg dicipta cikgu dibangga2kan dan diberi anugerah, pangkat dan kenaikan gaji...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GuruBIsorokganjadalamrumahditahan/Article

Guru BI sorok ganja dalam rumah ditahan

2011/04/07

KUALA TERENGGANU: Seorang (BI) guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah agama di Ladang, di sini ditahan selepas polis menemui ketulan mampat dipercayai ganja seberat 371 gram ketika serbuan di rumahnya di Jalan Hiliran di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, guru berusia 40 tahun berada di dalam bilik tidurnya dan pemeriksaan badan yang dibuat terhadapnya menemui wang tunai RM3,250 dalam genggaman tangannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata pemeriksaan dalam bilik menemui dua kotak yang di dalamnya terdapat ketulan mampat disyaki ganja.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati suspek adalah seorang penagih dan pemeriksaan ujian air kencing mendapati bapa kepada tiga anak itu positif ganja.

“Kita menganggarkan nilai dadah yang dirampas sebanyak RM2,000 dan polis tidak menolak kemungkinan suspek menjadikan pelajar sekolah sebagai sasarannya untuk menjual barang terlarang ini,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GuruBIsorokganjadalamrumahditahan/Article

Tanpa Nama berkata...

1 Malaysia = WANG rakyat didahulukan, pencapaian diuTAMAKkan

Mamak Cupec berkata...

"Cikgu Kemas Terseksa", bior saya jawab bagi Sepei Apda, kito tokleh bagi jawatan tetap utk cikgu Kemas sebab kalu bagi jawatan tetap spt ktangan gomen lain nanti tokleh la nak suruh buat keje utk UMNO nya. ada paham??? tara.......

tam misai berkata...

berhenti berharap la wei...kalau takda berita baik gak,pru nanti kita ubah trus senang.. jemu dah dengan asyik kena meminta-minta..

Tanpa Nama berkata...

PERDANA MENTERI YANG MENYUSAHKAN RAKYAT. kAHAAK TUIIII

Tanpa Nama berkata...

berapa banyak daa mau terap..
bila mau serap daa...

susah ooo...

Tanpa Nama berkata...

rakyat didahulukan...
minyk naik,brg naik,mcm2 naik mmg rakyat yg kne dulu...

pencapaian diuntamakn...
mmg dh tercapai negara kita rakyat makin susah....

kire dh kne lh slogan tuee..hahahahaaaaaa

Tam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
tam misai berkata...

pak cuepacs kita ni apa cita,perbincangan tentang gaji dengan alaun2 tu sunyi sepi ja nih,,tuan presiden kalau takleh nak bantu kami tntang tuntutan tu,minta tuan letak la jawatan,bagi pada yang berkemampuan pulak.. ini asyik minta tapi dapatnya tidak letih la macam ni,telinga ni dah tersumbat dek janji tingal janji,minta tingal minta je.

Tanpa Nama berkata...

Dengar kabar angin satu mei kerajaan nak umumkan kadar kenaikan gaji dan selaras gred kakitangan awam betul ke ?

Kalau betul alhamdulilah sekira tak betul ayuh mari kita pangkah pakatan rakyat kali ini

Tanpa Nama berkata...

Selagi UMNO/BN memerintah negara, kehidupan majoriti penjawat awam dan rakyat memang tersiksa dan derita akibat kenaikan kos hidup manakala berbillion wang negara DISONGLAP oleh mereka atas nama pembangunan. HAPUSKAN BN DALAM PRU13!!!! Apakah Najib dan Rahim Tamby Chik bebas daripada isu seks?

Tanpa Nama berkata...

apa2 pun yg kaya,bergaji besar, berpengaruh....tetap naik segala2nya... dipandang masyarakat sementara yg miskin tetap turun papa

PAPAGO berkata...

Wahai PA sekelian, janganlah nak berangan naik gaji. Sekiranya gaji PA dinaikkan sekarang sebanyak RM100 seorang kerajaan memerlukan budget tambahan sebanyak RM1.5 bilion setahun melainkan kerajaan menghapuskan subsidi petrol. Mulai sekarang PA berjimatlah dan berkhidmat dengan penuh ikhlas. Bagi anggota penguatkuasa/PA yg berkenaan buatlah kerja dengan berhemah dan jangan amal rasuah. Khidmat anda yg jujur akhirnya rakyat juga yg akan merasa nikmatnya sekurangkurangnya mengurangkan rakyat Malaysia yg ramai sakit jiwa dan akhirnya bunuh diri. Selamatkanlah Rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

apa cite lautan biru dgn keaikan gaji yg mash samar2 ....ceupacs ni mcm - mcm. lautanlah..gji PA msh dikajix50 bila masa nak naik gji ni....jgn buat PA mengharap apa benda lh !!!!!!!!!!!!!!

Budak Blok Durin berkata...

Harga barang dah 10x naik harga dari harga asal.. gaji PA bila nak naik.. kalau barang dah mahal2 PA meskin gigit kuku.. nak pulaukan kedai jual barang mahal.. lambat cerita..semua kedai harga sama..nak beli di kedai mana.. sama mahal.. tidak beli boleh jadi kebulur..mahal2pun kenak beli.. kawan2 PA di semenanjung.. bukan sewa rumah di bandar saja mahal.. di sarawak/kapit(pedalaman) sewa bilik sebulan RM500.00..Kami PA kalau gaji naik lebih tinggi dari harga barang kerperluan harian..elaun dinaikkan/ termasuk elaun rumah..adakah patut elaun rumah RM180.00(Mana nak cari sewa rumah Rm180.00 sebulan).. kami PA Bukan sahaja 'Terap 4 Elemen Lautan Biru' boleh di ikut 'Terap 10' pun tiada masalah.. jika perkara di atas di pertimbangkan.. kepada Cuepacs buat yang terbaik untuk kami PA.. jangan asik kaji..kaji.. kaji.. sampai bila.. sampai pencen.. kalau panjang umur..kalau tidak dah dalam kubur..

Tanpa Nama berkata...

Berkatalah apapun kerajaan perlu lebih peka kepada rakyat dan negara mengenai gaji, bonus, kadar harga barang dan kemudahan di negara kita.aku pun tunggu pilihanraya....