SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 April 2011

TAK TUNGGU PERBICARAAN

Berita harian
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/04/28


Peguam Negara, JPA teliti pindaan pekeliling tatatertib garis tindakan terhadap penjawat awam tak amanah

PUTRAJAYA: Penjawat awam yang terbabit dalam kegiatan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa berhadapan tindakan sama ada ditahan gaji, diturun pangkat atau dibuang kerja tanpa menunggu mereka dibicara atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Peruntukan untuk tindakan dalaman itu dicadangkan dalam pindaan Pekeliling Perkhidmatan Awam (Tatatertib) yang sedang diteliti Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai ganti kepada hukuman ringan seperti amaran bertulis dan lisan sekarang.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Menteri salahguna kuasa, AG ada ambil tindakan? Jika AG sendiri pecah amanah/salah gunakuasa dengan tidak mendakwa bekas-bekas Menteri dan bekas Menteri Besar serta bekas Ketua Menteri yang terbabit rasuah, bagaimana? Macamana penjawat awam hendak mendapat contoh teladan yang baik!Apa lagi melibatkan rasuah dan penyelewengan beratus juta wang negara seperti dalam pembelian Scorpene dan jet Sukhoi serta PKFZ!!!?? Menteri-menteri sapu beratus juta, akhirnya pendakwaan dibakul sampahkan oleh AG!!!

Tanpa Nama berkata...

apa2 pun bolih runding

KPI berkata...

Sekarang ini memandangkan tidak ada satu badan pun yg dapat menentukan jawatan jawatan penting negara tidak menyalahkan kuasa maka PM, TPM, menteri dan AG yg beragama islam sebelum menjawat jawatan berkenaan hendaklah berikrar dan bersumpah seperti berikut:

A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku tidak pernah menyalahkan kuasa/pecah amanah, makan rasuah, berzina dan meliwat terhadap sesiapa pun. Sekiranya aku tidak bercakap benar dengan sumpah ini, maka Allah akan melaknat aku."

Pesara 2010 berkata...

Merujuk kepada surat dan emel Berita Harian bth 30 April 2011 dari MIM Kajang, Selangor yg meluahkan perasaan kerana tidak pernah menerima Khidmat Cemerlang setelah berkhidmat dalam kerajaan selama 33 tahun dari peringkat bawahan sehingga ke jawatan N17.
Saya menyokong penoh beliau kerana apa yang dirasai oleh beliau dialami juga oleh saya yg akan bersara dan juga beribu ribu lagi PA yg telah bersara telah menggalami nasib yg sama.
Kementerian saya meraikan mereka yg bersara hanya menghadiahkan bingkai dan surat penghargaan berkhidmat tanpa hadiah RM400.00 saperti pekeliling perbendaharaan. Malah mereka sanggup membuat keraian persaraan di hotel bertaraf 5 bintang walhal pekeliling hanya membenarkan jamuan tidak lebih RM30.00 seorang.
Kenapa Menteri yg berkenaan dan mereka yg berkuasa tidak memikirkan perasaan PA yg merasa hiba kidmat yg dicurahkan berpuluh tahun tidak mendapat penghargaan sewajarnya. Sepatutnya mereka sekiranya tidak layak untuk menerima khidmat cemerlang apa salahnya mereka dianugerahkan dengan surat kepujian setelah berkhidmat 20/25/30 tahun misalnya sekurang kurangnya memberi semangat dan perasaan banga diri kerana mencurahkan bakti kepada Negara. Walhal logike ke penerima Angerah adalah dikalangan PA yg baru berkhidmat 3 tahun dan kenbanyakkan dari golongan Setiausaha Pejabat. Gamaknya itulah sebabnya PA terpaksa menghadapi pelbagai program untuk meningkat kan mutu kerja spt 5S, ISO, KIK, KPI dsbnya kerana PA etapi hasilnya kebanyakkan PA akan menghadapi sakit jiwa, rasuah, bunuh diri dsbnya. Ramai PA yg telah memberikan kidmata terbaik menamatkan perkhidmatan mereka lebih awal kerana merasa sangat kecewa dan kesal dengan sikap pihak atasan yg hanya mementingkan diri sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Menjatuhkan hukuman sebelum dibicarakan adalah kejam

Tanpa Nama berkata...

SATU PERKARA YANG PERLU CUEPACS DAN MTUC BUKA UNTUK PERBINCANGAN

SKIM SIMPANAN PERKAHWINAN UNTUK LELAKI DAN WANITA TAK MENGIRA AGAMA DAN BANGSA DIPERKENALKAN KEPADA KWSP MELALUI POTONGAN GAJI SEHINGGA MENCAPAI RM10000 DAN RM20000 MENGIKUT PILIHAN MASING-MASING DAN HANYA BOLEH DIKELUARKAN SEKIRANYA DISAHKAN AKAN BERKAHWIN DAN DISAKSIKAN OLEH WALI ATAU SAKSI....PERKARA INI SUDAH DIKEMUKAKAN OLEH ABIM DAN KESATUAN BELIA SEJAK TAHUN 1988 LAGI DENGAN MEMORANDUM DAN DOKUMENTASI TETAPI DITOLAK OLEH PIHAK KERAJAAN BN....BILAKAH AKAN DIADAKAN...JANGAN BIARKAN RAKYAT MALAYSIA BERHUTANG DISEBABKAN INGIN BERKAHWIN.....