SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

19 April 2011

GAJI BARU ATASI MASALAH KERJA SAMBILAN

Metro Harian
19/4/2011



JOHOR BAHRU: Bimbang kakitangan awam melakukan kerja sambilan kerana berasakan gaji diterima tidak mencukupi, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan mempertimbangkan kumpulan yang berada dalam Gred 1 hingga 16 diserap ke Gred 17 bagi menikmati gaji lebih baik.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ketika ini pekerja awam berkelulusan PMR ke bawah ditempatkan di dalam gred Gred 1 hingga 16 dan mereka dibayar gaji permulaan kira-kira RM647.


Katanya, disebabkan peningkatan kos hidup sejak kebelakangan ini ramai di kalangan kakitangan kerajaan terbabit dikhuatiri bekerja sambilan sekali gus boleh menjejaskan produktiviti.

“Kita tidak mahu terlalu ramai kakitangan kerajaan buat kerja sambilan kerana rakyat dan pelanggan akan mempertikaikannya.


“Kita mahu mereka fokus kepada kerja, kita tidak mahu lihat selepas ‘punch card’ mereka terus buat kerja sambilan kerana bimbang tidak cukup duit.


“Cuepacs tidak mahu lagi ada kakitangan awam pemegang sijil PMR, kita mahu semua minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mahu kakitangan Gred A. “Sekarang ini, seorang pemandu pun sudah ada SPM, banyak jabatan sudah naik taraf gred penjawat awam seperti tukang masak, operator sistem dan operator telefon,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bagi menerangkan isu semasa kongres berkenaan Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/Institusi Pengajian Tinggi Awam (Gakum) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).



Menurutnya, ketika ini seramai 650,000 penjawat awam berada dalam Gred 1 hingga 16 merangkumi pelbagai jawatan dalam kementerian dan jika mereka diserap ke gred 17, mereka boleh menerima gaji permulaan dicampur elaun sebanyak kira-kira RM900. “Pendapatan gred 1-16 di bawah RM3,000 sebulan, ia hanya cukup makan dan sekiranya mereka berkhidmat selama 25 tahun baru boleh mencecah RM3,000.


“Jika mereka terus ditempatkan pada Gred 17, gaji permulaan mereka ialah kira-kira RM820 sebulan dan boleh mencapai hingga RM3,500 sebelum bersara,” katanya.


Cuepacs bulan lalu mengemukakan lima tuntutan baru

kepada JPA termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 bagi membolehkan penjawat awam terus ditempatkan ke Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan (ketika ini) atau RM920 jika cadangan gaji minimum dikemukakan kepada JPA, 1 Julai 2007 dipersetujui kerajaan dalam kajian semula Skim Saraan Malaysia (SSM).


Omar berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan tuntutan itu dan menjadi hadiah bermakna buat penjawat awam menjelang sambutan Hari Pekerja, 1 Mei depan. Sementara itu, dalam perkembangan pekerja kontrak, Omar menyeru jabatan kerajaan tidak membuang pekerja terbabit kerana ia sesuatu yang tidak adil kerana sebahagian daripada mereka berkhidmat lebih daripada 10 tahun.


Katanya, ketika ini seramai kira-kira 45,000 kakitangan kontrak berkhidmat di semua agensi kerajaan dan ada di antara mereka sudah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biler pulak 820 bleh sampai 3500... biar betul...

Tanpa Nama berkata...

kami pekerja kontrak amat bergantung pada kerajaaan supaya memberikan kami suatu jawatan tetap. kami yang bekerja sebagai kontrak pun mahu merasai kehidupan seperti orang lain, berapa lama kami perlu kerja sebagai kontrak dan kami tidak mampu untuk membeli sebiji rumah sendiri pun melainkan tiada sebarang elaun diperuntukan.
kerajaan harus memandang serious perkara ini kerana pekerja kontrak telah berkhidmat untuk negara. saya juga ingin mengesyorkan kerajaan agar pekerja kontrak di serap ke jawatan tetap dan dengan ini kerajaan mampu menjimat kos berbanding pengambilan baru yang perlu diberi latihan serta kursus yang sewajarnya dimaa kosnya yang amat tinggi.
Kerajaan harus memahami hati kami yang berkerja sebagai staf kontrak kerana kesusahan yang kami alami amat perit.
Sangat mengharapkan kerajaan untuk membantu kami.

Tanpa Nama berkata...

sokong saudara/saudari di atas...pihak kerajaan sepatutnya membantu bukannya menindas lagi kakitangan ini...pada masa sekarang sistem kontrak ini dilihat banyak kelemahannya terutama terhadap kakitangan itu sendiri...lebih tertekan adalah kakitangan sambilan yang gaji dibayar mengikut hari bekerja,elaun yang diterima tidak sepenuhnya,beban kerja sama dengan kakitangan tetap,tiada kenaikan gaji,kontrak disambung setiap 6 bulan mengikut keperluan dan yang terbaru kontrak akan disambung setiap 3 bulan mengikut keperluan...banyak cara lain untuk menjimatkan duit kerajaan tetapi bukan dengan sistem pengambilan kakitangan kontrak ini...mohon Dato' Seri Najib selesaikan masalah ini...

Tanpa Nama berkata...

aku nak naik gji jer statement palsu aku x nak dgr..cepat sikit oiii..seksa gji PAP ni kecik..

Tanpa Nama berkata...

manketahu tak...bila pergi temuduga untuk kerja tetap....majikan tidak menggalakan kita beritahu bahawa kita sudah bekerja kontrak...itu menunjukkan kakitangan kontrak ni sampah aja di mata mereka....dammit Najib You....aku akan pangkah DAP atas kesalahan kau...bodoh...kerana sejak kau memerintah...kau makin memperbanyakkan kakitangan kontrak...supaya bila mereka pangkah pembangkang...sepak terajang pun boleh kan...shit Najib....

zura_muor berkata...

salam...abis tu..law gred 1 ke 16 dah diserap ke 17..camne plak penjawat awam gred 17 yang mmpunyai kelulusan diploma dan ijazah..??xkan x diserap ke gred yang tertinggi pulak..sepertimana skim pem.tadbir kesetiausahaan..mereka yang ade diploma dan ijazah dah diserap ke gred 27 dan 41??skim yang lain bagaimana??

Mazlan89 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

kmi sokong cadangan ceupacs..ini kerana terlalu banyak pnjawat awam yang bekerja smbilan..kerajaan perlu melaraskan semula kadar gaji minimum..seperti yang kita ketahui kos sara hidup sekarang makin tinggi dan harga barang juga semakin tinggi..kami mengharapkan kerajaan mempertimbangkan cadangan ceupacs ini..

Tanpa Nama berkata...

kami warga tentera mahukan kenaikan gaji selaras gaji polis..baru adil..ramai tentera yang bekerja sambilan sekarang ini..

Tanpa Nama berkata...

naikkan juga gaji jururawat masyarakat.dah le x dpt elaun kritikal mcm jururawat terlatih sedangkan sama-sama bergelar jururawat...

Tanpa Nama berkata...

janji kosong kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

dh 1 mei x ada apa2 pengumuman lagi..ape citer...kmi penjawat awam dah berpakat,kalau xdapat berita baik kali ini,kami tak akan undi bn lagi..

Tanpa Nama berkata...

pangkat lah sesiapa yg anda minat...coraknya ditangan anda.kerajaan tak rugi,tepuk dada tanya selera

Tanpa Nama berkata...

gaji naik pun tak guna kalau harga barang pun turut naik....tiap kali kenaikan gaji pasti harga barang akan naik.....bak kata orang penang pi mai pi mai tang tu juga....cuepecs jangan tuntut kenaikan gaji je tapi kena tuntut kementerian berkenaan kawal harga barangan terutama keperluan harian...selagi tak di kawal kenaikan harga barangan walau berkali ganda gaji di naik kan pasti tak akan cukup......kenaikan gaji sebulan 100 tapi kenaikan barang keperluan meningkat naik 200...

Tanpa Nama berkata...

pekerja sambilan ni mcm ank tiri...xda apa apa faedah atau kepentingan...sekarang ni dah kluaq arahan baru...pekerja bertaraf sambilan kena renew tempoh sambilan 3 bulan sekali...susah la mcm ni...kerja dah 3 4 tahun...x blh ka serap tetap terus????????????

Tanpa Nama berkata...

pekerja sambilan cmna? mcm anak tiri ja...tension gak ni...dah la gaji x naik2...dok byk tu ja...gaji staf tetap dah dpt, gaji sambilan x masuk2 g...ingt staf sambilan ni x mkn kot?kerajaan la punya kerja ni....