SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Oktober 2008

CUEPACS, KERAJAAN NEGERI SEMUKA SELESAI KEKELIRUAN

Sinar
7/11/2008
SEREMBAN – :Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman, akan mengetengahkan perkara yang mencetuskan kekeliruan pekerja di negeri ini mengenai penswastaan Jabatan Bekalan Air (JBA), kepada kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini. :Omar yang menghadiri Taklimat Dialog anjuran Kesatuan Pekerja-pekerja Negeri Sembilan di PJ Perdana, Paroi semalam, menyatakan beliau tidak mahu wujud kekeliruan berkenaan sehingga menyebabkan hilangnya pembelaan serta ketidakadilan terhadap pekerja-pekerja. “Penswastaan dan pengkorporatan adalah dua perkara yang berbeza tetapi pengkorporatan lebih menjamin keadilan kepada pekerja kerana ia masih lagi tertakluk di bawah pemantauan kerajaan negeri," katanya. :Beliau berkata demikian merujuk kepada dakwaan pekerja negeri ini yang menghadiri taklimat daripada Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) berkenaan isu penswastaan JBA. :Walau bagaimanapun, jelasnya, beliau akan mengutarakan perkara tersebut kepada kerajaan negeri secepat yang mungkin bagi menyelesaikan segala persoalan yang tidak terjawab demi mengutamakan hak pekerja-pekerja di negeri ini. Jelasnya, perkara sebegini jika diselesaikan melalui perundingan pasti akan mendapat kata sepakat dan tidak perlu wujud paksaan daripada pihak yang berkaitan. “:Berkenaan dengan penetapan tarikh opsyen, pekerja perlu bersetuju menandatanganinya pada 4 November ini dan kita akan minta penangguhan selepas perundingan dilakukan. “Begitu juga dengan tarikh akhir pelaksanaan keseluruhan sama ada JBA diswastakan ataupun dikorporatkan juga akan ditangguhkan sehingga tarikh 1 Disember tahun ini,” tambahnya lagi

Tiada ulasan: