SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Oktober 2008

MAJLIS MAKAN MALAM CUEPACS KEBANGSAAN DI DEWAN PEMBANDARAN SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Oleh Zainalaris
Dewan Majlis Perbandaran Seremban dipenuhi hampir 500 orang wakil daripada Kesatuan Gabungan daripada seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak pada 24hb Oktober 2008 bagi menghadiri Majlis Makan Malam CUEPACS anjuran CUEPACS Bahagian Negeri Sembilan yang diketuai oleh Encik Shazali Bin Hussain selaku Pengerusi CUEPACS Bahagian Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Makan Malam 2008Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan merupakan tetamu istimewa pada majlis tersebut. Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Haji Norzam Bin Mohd. Nor pula merangkap Penaung Kehormat Majlis Makan Malam CUEPACS Kebangsaan. Hadir sama, semua Pegawai Tertinggi CUEPACS sessi 2007 – 2010 serta Ahli-ahli Kongres.Sejumlah 38 Kesatuan Gabungan telah menghantar wakil-wakil pemimpim Kesatuan bagi menghadiri majlis tersebut. Memeriahkan lagi majlis tersebut, beberapa aturcara telah diadakan. Persembahan Kebudayaan oleh Kumpulan Putra Sari Daerah Rembau begitu menghiburkan. Penyampaian Sijil dan Cenderamata serta Cabutan Bertuah turut diadakan bagi memenuhi aturcara-aturcara pada malam tersebut.
Saya bersama ahli-ahli exco KKAUM turut hadir. Pergi ke Seremban dengan memandu berseorangan terasa kebosanan. Selalunya kalau ke Negeri Sembilan terutamanya ke Port Dickson, riuh randah dalam kereta dengan perangai anak-anak sekiranya turut serta. Sunyi betul tanpa anak-anak dalam kereta ketika itu. Walau bagaimana pun disebabkan majlis seperti ini, saya terpaksa meninggalkan keluarga dirumah. Pukul 7.30 malam, saya sampai di Majlis Perbandaran Seremban. Perjalanan pulang, jalanraya tidak begitu sibuk dan lebihkurang pukul 12.00 tengahmalam baru sampai dirumah.Ucapan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang sempat saya catitkan:Beliau berharap agar CUEPACS menjadi ‘Jambatan Dua Hala yang kukuh” agar boleh dilalui sebagai perhubungan yang baik supaya menjadi penghubung diantara Kerajaan dan Pekerja-pekerja Sektor Awam. Sentiasa berkerja kuat tanpa mengadai maruah, jati diri dan martabat. Maruah tidak boleh dijual beli. Amanah agar penjawat Sektor Awam terus disanjung tinggi. Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan dan orang ramai. Berkhidmatlah sebagai beribadah, jujur, sepenuh hati dan ikhlas.Bertanggungjawab kepada kepercayaan yang telah diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majikan. Memberi layanan dengan hati yang terbuka serta hati yang manis kepada rakyat yang merupakan ‘majikan’.Bernaunglah dibawah ‘Bendera Perkhidmatan Awam’ yang merupakan panji-panji perkhidmatan awam selaras dengan sumpah taat setia semasa menjawat jawatan dalam Sektor Awam.Beliau juga berpesan kepada CUEPACS agar mengutamakan tanggungjawab bagi hal ehwal pekerja-pekerja yang diwakilinya iaitu seramai 1.2 juta diberi keutamaan. Lakukan penimbangtara yang bersesuaian agar perjalanan bagi memberi perkhidmatan dapat ditingkatkan. Sebagai contoh katanya, ‘jangan menyiram bunga dihari hujan’ walaupun ianya merupakan rutin tugasan yang telah diarahkan. Mentaliti seperti ini mesti diperbetulkan oleh penjawat awam.

Tiada ulasan: