SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Oktober 2008

50,000 KAKITANGAN AWAM KONTRAK MUNKIN DIBERHENTIKAN

Petikan dari Berita Harian
23/10/08

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman. Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama. Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.
Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun. “Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar. Beliau berkata isu ini akan dibincangkan pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan. - Bernama

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1. Satu berita yang amat mengejutkan terutamanya kakitangan awam berstatus kontrak.Sudah pasti golongan ini amat terkilan dan sedih dengan kenyataan seperti ini.

2. Kebanyakkan mereka telah berumahtangga dan mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah. Jika mereka ini diberhentikan. Kemanakah mereka bergantung kehidupan selepas ini.

3. Tidak ketinggalan juga, kebanyakkan pekerja kontrak ini telah membuat pinjaman seperti kereta dan perumahan. Sudah pasti akan dikenakan tindakan oleh pihak mahkamah kerana tidak mampu menbayar hutang hutang tersebut dan mereka juga kehilangan
segala-galanya.

4. Keperitan menjadi pekerja kontrak terlalu banyak jika dibandingan dengan pekerja tetap walaupun pada hakikatnya melakukan pekara yang sama dengan pekerja tetap seperti ditemuduga setiap kali penyambungan kontrak,kesukaran kenaikan pangkat dan paling penting berhadapan dengan risiko diberhentikan kerja.

5. Oleh itu, saya merayu khususnya kepada kerajaan Malaysia melalui Saudara yang Budiman Tn Hj.Omar Osman supaya tidak sewenang-wenangnya memberhentikan khidmat seluruh pejerja kontrak ini

6. Kasihani lah pekerja kontrak..,demi menyambung kehidupan.

Tanpa Nama berkata...

DAH NAMANYA PEKERJA KONTRAK, MALAHAN MEREKA PUN BERSETUJU DAN MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN AKAN DITAMATKAN BILA-BILA MASA, KENAPA PULA KERAJAAN NAK DISALAHKAN?? AMBIL CONTOH BOLA SEPAKLA, KALAU DA DITAMATKAN KONTRAK, HABISLA SAMPAI SITU SAHAJA..DA TAU STATUS PEKERJA KONTRAK KENAPA MEMANDAI BUAT PINJAMAN BANK? MEMANG KENA BERSEDIA BILA-BILA NAK DIBERHENTIKAN...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.