SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

28 Oktober 2008

MINTA PELUANG KEDUA GANTI OPSYEN KWSP

Petikan Dari Berita Harian
28/10/2008

SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memberi peluang kedua kepada 43,000 kakitangan kerajaan yang mengambil opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk diberi pilihan menyertai skim pencen. Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mempertimbangkan perkara itu kerana ada perbezaan ketara antara pemegang opsyen pencen dengan KWSP, terutama selepas persaraan mereka. Kakitangan kerajaan yang memilih opsyen KWSP tidak akan menikmati kad persaraan, tiada kemudahan persaraan dan gratuiti selepas persaraan.
"Bagi saya nilai RM200,000 atau RM300,000 disebut ketika dulu adalah satu jumlah besar, tetapi kini nilai itu kecil dan tidak cukup untuk menyara kehidupan selepas bersara," katanya di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), malam kelmarin. Omar berkata, Cuepacs berharap kerajaan dapat memutuskan permohonan itu selewat-lewatnya hujung tahun ini supaya nasib 43,000 kakitangan itu mendapat pembelaan sewajarnya. "Berilah mereka peluang sekali saja lagi untuk memilih opsyen ke arah pencen. Saya yakin kerajaan cukup prihatin dengan kakitangan kerajaan termasuk menaikkan pencen dan menambah usia persaraan daripada 55 kepada 58 tahun," katanya.
Katanya, peluang kedua yang diberikan kerajaan akan mencetuskan semangat kepada kakitangan terbabit untuk melaksanakan apa juga dasar yang dirancang bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam negara.

7 ulasan:

azi berkata...

tahniah, usaha yang patut dilakukan untuk menjamin kebajikan kakitangan awam. Semoga kerajaan memberi opsyen kedua kepada golongan ini.TQ

zulken79 berkata...

Saya amat bersetuju dengan langkah Cuepacs untuk berunding dengan kerajaan bagi memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang mencarum kwsp untuk bertukar ke skim pencen.

Diharapkan agar rundingan ini meliputi semua kakitangan kerajaan yang mencarum kwsp dan bukan sahaja terhad kepada mereka yang membuat pilihan pada tarikh-tarikh tertentu.

Ini kerana saya merupakan seorang penjawat awam bermula 2004 di bawah kategori pendidikan. Ketika ingin mengisi borang untuk memilih opsyen kwsp atau pencen, kerani pejabat telah memberikan arahan yang salah menyebabkan saya turut salah mengisi borang tersebut. Kesannya saya mendapat skim kwsp walaupun inginkan kepada skim pencen yang lebih menjaga kebajikan.

Saya telah berusaha dengan membuat rayuan kepada pihak JPA atas alasan tersebut tetapi gagal kerana mereka mengatakan Akta Pencen tidak membenarkan sebarang pertukaran dibuat setelah membuat pilihan.

Rakan saya yang turut mengisi borang bersama-sama juga mendapat skim kwsp disebabkan kesilapan tersebut. Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana meninggal dunia sebelum surat pengesahan diterima.

Saya berharap agar usaha yang dilakukan ini menjadi kenyataan. Harap dapat berikan komen atau cadangan ke zulken79@yahoo.com

mas berkata...

SAYA TURUT MEMILIH SKIM KWSP DIAWAL 1994 , KERANA TIDAK DIBERI PENERANGAN JELAS BERKAITAN FAEDAH PENCEN/KWSP.
SETUJU 100% PENCARUM KWSP DIBERI PELUANG TUKAR SKIM PENCEN. TERLALU BANYAK BEZA FAEDAH ANTARA KEDUANYA.
HARAP KERAJAAN LEBIH PRIHATIN KAN HAL TERSEBUT. TQ.

balhah71 berkata...

TERIMA KASIH PIMPINAN CUEPACS.
MOGA USAHA KALIAN BERJAYA. BANTULAH PENCARUM KWSP YANG TUKAR OPSYEN PENCEN.

John berkata...

latest I heard the Gov is now allowing EFP change to penchant.

zulken79 berkata...

Alhamdulillah..tahniah cuepacs dan terima kasih pihak kerajaan...

Dian berkata...

Tahniah kepada CUEPACS dan Perdana Menteri. Saya adalah salah seorang pejawat awam yang tersalah pilih KWSP 13 tahun dulu. Kini saya sedang menunggu untuk menukar ke opsyen Pencen. Namun masih inggin melihat syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh JPA. Moga-moga tak ada syarat-syarat yang menyusahkan.