SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Oktober 2008

KAKITANGAN KONTRAK KEMAS TAK DITAMAT

Petikan Berita Harian
28/10/2008

SUNGAI SIPUT: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak akan menamatkan perkhidmatan kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menjelang akhir tahun ini seperti digembar-gemburkan pihak tertentu, kata Menterinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Sebaliknya, beliau berkata, kementerian itu berusaha menambah lagi kakitangan kontrak Kemas menjelang 2010. "Saya tidak tahu siapa mengatakan kononnya Kemas nak berhentikan 13,965 kakitangan kontrak Kemas yang ada sekarang. Itu tidak benar," katanya pada majlis Jamuan Aidilfitri Parlimen Sungai Siput di Felda Lasah dekat sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, yang dilaporkan berkata, sebahagian kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak di negara ini mungkin terpaksa ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini. Beliau berkata, kakitangan kontrak untuk bertugas sebagai guru Tabika Kemas sentiasa diperlukan terutama di kawasan luar bandar. "Saya sudah kata dakwaan itu tidak benar, kita nak tingkatkan lagi (kakitangan). Kampung-kampung perlukan kelas Tabika. Kalau Tabika tutup sebab nak berhentikan cikgu-cikgu, jadi budak-budak nak belajar dekat mana? Kelas itu sudah ada, macam mana kita nak tutup," katanya.
Katanya, kementerian itu juga berusaha meningkatkan taraf profesionalisme guru Kemas dengan kerjasama agensi lain seperti meningkatkan taraf akademik mereka sehingga ke taraf diploma melalui pengajian secara sepenuh masa di Institut Perguruan Malaysia.

Tiada ulasan: