SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 November 2013

CUEPACS BIDAS 4 AGENSI ENGGAN LAKSANA INSENTIF

Berita Harian
20/11/2013


Kuala Lumpur: CUEPACS membidas empat Badan Berkanun Diasingkan Saraan (BBDS) kerana enggan melaksanakan insentif untuk kakitangannya seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 25 Mac lalu.

Keempat-empat agensi itu ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

Berikutan itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, memberi tempoh sehingga 15 Disember ini bagi agensi terbabit melaksanakannya.


Omar berkata, Perdana Menteri membuat pengumuman mengenai insentif itu di hadapan kira-kira 40,000 pegawai dan kakitangan BBDS di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perlekeh arahan Najib

Beliau menyifatkan agensi yang enggan melaksana keputusan itu seolah-olah memperlekehkan arahan Perdana Menteri selain menafikan hak pekerja.

“Kita akan menghantar surat rasmi dan memorandum bantahan kepada Ketua Setiausaha Negara berhubung kegagalan empat agensi ini,” katanya kepada BH.
Pada majlis 25 Mac itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan empat insentif iaitu penubuhan dana pencen, imbuhan tetap perumahan, sagu hati persaraan dan pelarasan caruman majikan dalam KWSP.

Omar berkata, tiga lagi agensi BBDS iaitu Lembaga Tabung Haji (TH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah melaksanakan insentif itu.

Ditanya punca empat agensi itu belum melaksanakannya, Omar mendakwa mereka mempertikaikan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenainya.

“Mereka tidak faham ke pengumuman Perdana Menteri? Kalau tiga agensi boleh laksana, kenapa selebihnya tak boleh?

“Jika empat agensi itu tidak memberi sebarang keputusan selepas tempoh diberikan, kita akan mengadakan piket,” katanya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

No 1 juga... terima kasih kerana menyokong saya... hehehehe

Tanpa Nama berkata...

apa yang kau dapat bila komentar yang pertama? hah?

bodoh! banyak lagi benda berfaedah kat dunia ni boleh main, benda bodoh macam ni kau main!

bunuh diri lagi baik la!

Tanpa Nama berkata...

bila tiba di peringkat pelaksanaan ada agensi yg 'adjust' ni yg x tahan..patut buat tapi tak buat..diorg lebih hebat dr PM dan JPA ke?..

moga2 pelaksanaan pekeliling yg baru dikeluarkan 6 November 2013 ritu tak jadi camni gak..tapi bunga2nya dah ada gak ler..agensi2 pelaksana tunjuk pandai lebih dr PM, JPA dan CEUPAC..

Tanpa Nama berkata...

sy cadangkan CUEPAC sarankan kepada kerajaan supaya ditubuhkan unit khas untuk memantau, meneliti dan memastikan setiap pekeliling terutama penambahbaikan skim di patuhi oleh setiap jabatan/agensi..mungkin perkara2 ini boleh dijadikan KPI jabatan dsb..

Tanpa Nama berkata...

MU NAK LAWAN NAJIB KE? MU TURUN SEKARANG... MU LETAK JAWATAN SAJA... NAJIB PUN MU TAK NAK DENGAR CAKAP DAN IKUT ARAHAN.

Tanpa Nama berkata...

Zeti pun tak dengar cakap PM . Buat keputusan sendiri dan laksanakan sendiri .

Tanpa Nama berkata...

dah najib tu mang lekeh sapa nak ikut....

Tanpa Nama berkata...

Betul ke Pekeliling tu habaq "Penerimaan Pekeliling tertakluk kpd Pemakaian"

Tanpa Nama berkata...

Rezeki anak2 tu dapat jadi Penolong Pegawai Pertanian .....syukur alhamdulillah tak sabar nak sain.opsyrn minggu hadapan....amin

Tanpa Nama berkata...

Sokong 200 peratus kenyataan anda...kita patut bersyukur sbb skim G17 hingga G26 telah dijumudkan....Rezeki tahun 2014...tak rugi belajar kat Institut Pertanian

Tanpa Nama berkata...

Rezeki anak2 tu sbb dpt upgred skim

Tanpa Nama berkata...

SALAM NAK TANYA SESIAPA YG TAHU.ADAKAH PENJAWAT AWAM KONTRAK AKWN DAPAT KENAIKAN GRED JUGA%%%%%%%