SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 November 2013

CUEPACS GESA KERAJAAN SEGERAKAN KAIAN SEMUA ELAUN, INSENTIF PENJAWAT AWAM

Bernama
8/11/2013



IPOH, 8 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mempercepatkan kajian semula semua jenis elaun serta insentif baharu penjawat awam di seluruh negara memandangkan kos sara hidup yang semakin membebankan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kongres itu telah menyerahkan maklumat berkaitan kepada Perbendaharaan awal tahun ini bagaimanapun sehingga hari ini CUEPACS tidak pernah dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung permintaan itu.

"Perbendaharaan perlu mempercepatkan kajian mengenai perkara ini sebab semasa pembentangan Bajet 2014, pengumuman mengenai permintaan kita supaya elaun perumahan ditambah, bantuan sara hidup diselaraskan serta kajian pinjaman perumahan tidak dinyatakan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Perak di sini Jumaat.

Beliau berkata pinjaman perumahan kepada penjawat awam pada masa sekarang yang dibuat mengikut kadar gaji dilihat tidak berpatutan dengan harga rumah yang semakin meningkat dan memaksa mereka membuat pinjaman dengan pihak swasta bagi menampung perbezaannya.

"Penjawat awam yang bergaji RM1,200 tidak dapat buat pinjaman RM150,000 kerana ikut gaji dia layak RM80,000 jadi macam mana nak beli rumah bernilai RM150,000, terpaksa buat pinjaman bank yang faedahnya lain, sudah dua kali hutang, kos sara hidup tinggi," katanya.

Selain itu Omar berkata CUEPACS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan siri jelajah bersama ke seluruh negara mulai Jumaat depan untuk memberi penjelasan kepada penjawat awam selepas kerajaan bersetuju 81 skim perkhidmatan awam ditambah baik di bawah Bajet 2014.

"60 peratus daripada 1.3 juta penjawat awam belum terlibat, jadi kita berharap ia dapat diselesaikan dalam tahun ini juga mengikut cadangan kita supaya mereka dapat menikmati skim di bawah Sistem Saraan Transformatif," katanya.

Beliau berkata kertas kerja khas dan kertas kerja ringkas telah diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) untuk melihat kesemua skim, sesuai dengan bebanan serta risiko tugas terutama skim yang melibatkan penguatkuasaan.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan jawatankuasa baharu yang dijadual berlangsung sempena Konvensyen Tahunan CUEPACS pada 17 hingga 19 Dis ini di Menara PGRM di Cheras, Kuala Lumpur.

"Sudah tujuh tahun saya sebagai presiden sejak 2006, bagi saya cukuplah, biarlah pemimpin yang baharu dan muda dengan idea-idea baharu untuk membawa CUEPACS ke arah yang lebih maju. Setiap pemimpin itu ada gaya tersendiri," katanya.

Beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan terbaik untuk memilih barisan kepimpinan kongres itu yang mampu mengetengahkan isu perkhidmatan awam kepada Perdana Menteri dan KPPA.

-- BERNAMA

12 ulasan:

pokku berkata...

Teruskan Perjuangan Mu Dato..Semoga Dipermudahkan..

Tanpa Nama berkata...

JAngan mengambil tindakan melulu, pi tanya dulu pihak yang terlibat secara personal sbb skim untuk tahun depan belum dilaksana. Betul ke tiada perubahan untuk elaun dan gaji? TAkut nanti kupek Mencanang seluruh alam tentang perkara ini dan seterusnyua harga barang melambung tinggi la woi..... TAk guna ada peningkatan pendapatan 3 4 ratus tapi kos sara hidup meninbgkat 5 6 ratus. Fikir-fikirkan laaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Berita gembira presiden cuepacs tak pertahankan jawatan bagus pilih pemimpin yg ada kelulusan dan bijak.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS GESA KERAJAAN SEGERAKAN KAIAN SEMUA ELAUN, INSENTIF PENJAWAT AWAM <-- kalut sgt nk p sarapan pon sampai typo waakakakakaka

kaji berkata...

kaji balik skim ni dato...kejam pada juruteknik komputer...tolong dato...

Tanpa Nama berkata...

Dah macam predator gambar Dato' Omar ni...letih kot kesana sini beri penjelasan...kesian Dato'....

Tanpa Nama berkata...

Aku kesian kat pak Omaqqqq

KAu tau tak, pak omaq dah jadi absorber, tak mintak, orang bawah marah, mintak orang atas tak kasi.

heheheh

tapi yang sebenarnya kita patut sedar, pak omar ni tak lebih macam pengerusi PIBG jeee. Puat penyeri blog ni je, dia tak ada kuasa apa2, jd dah la duk kutuk dia. Sian dia aku tengok doh makin tua orang tua tu.

Pas ni omaq bersara, yang naik pas ni pun sama jeee.... bukan ada taring pun, cakap je pong pang pong pang

Apa kata PA sekalian bagi komen kat blog PM Najib plak....

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan yg selalu first tu dan yg banyak komen bermati matian kat blog ni...sila la masuk gelanggang offer diri jd calon presiden kupek...tgk takat mana mulut dia blh perjuangkan nasib PA ..jgn berkokok kt belakang je lebih...

Tanpa Nama berkata...

bgs la tau cermin dia,dah dpt dato elok la berhenti,pasni yg dilantik jd president boleh la berjuang utk dpt dato,bkn berjuang utk penjawat awam,setakat ari ni bonus,gaji masih mcmtu,dinegara maju,bonus kakitangan awam 2bln atau lbh,negara kta je setengah bulan dipanggil bonus,bersyukur sgt ..gaji kakitangan awam bwh seribu pun ade,bangga kan,itu la pejuangan cuepacs.hak tui

Tanpa Nama berkata...

HARAP KERAJAAN MSIA MENIMBANGKAN UNTUK MENJADI NEGARA MAJU & PENJAWAT AWAM YANG BERPENGETAHUAN, PA PELAKSANA YG ADA IJAZAH DAN SARJANA DAN N/W32 & N/W36 YANG DAH 7 TAHUN PATUT DITINGKATKAN JAWATAN KE N/W41...ITU BARU DIKATAKAN TRANSFORMASI SST

Tanpa Nama berkata...

Omar cakap pt N/w 17 termasuk dalam 81 skim yang di up gred. sekarang ada ke tidak. org ns cakap macam hampeh. pembohong besar.Dato jangan x mengaku cakap pulak. kat putra palace apo bonda ye.

Tanpa Nama berkata...

belajar2 la bersyukur...dato dh usahakan pe yg patut...rezeki semua di tangan Allah S.W.T...