SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 November 2013

BILANGAN PENJAWAT AWAM RAMAI BUKAN ISU


 Sinar Harian
18/11/2013
GEORGETOWN - Bilangan penjawat awam di negara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana apa yang penting adalah bagaimana mahu meningkatkan sistem penyampaian dan kecekapan perkhidmatan awam, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Beliau berkata, kecekapan perkhidmatan dan inovasi penjawat awam seharusnya menjadi agenda utama dalam usaha mentransformasikan sektor perkhidmatan awam agar ia selaras dengan perubahan dan perkembangan semasa.
 
"Kita tidak bercakap dari segi jumlah, tetapi kita bercakap dari segi produk yang kita nak buat...yang boleh memberi kejayaan kepada negara."Kalau kita bercakap dari segi nombor semata-mata tapi dari segi hasil dan produknya kita tidak bercakap, jadi tidak nampaklah kejayaannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Inovasi Sektor Awam Peringkat Kebangsaan 2013 di sini hari ini.
 
Beliau berkata, demikian sebagai mengulas cadangan sesetengah pihak supaya bilangan penjawat awam dikurangkan bagi meningkatkan kecekapan sektor perkhidmatan awam.Mohamad Zabidi berkata, pihaknya akan sentiasa memastikan setiap penjawat awam dapat meningkatkan perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi membolehkan sektor itu bergerak seiring dengan status negara maju menjelang 2020.
 
"Pegawai-pegawai perkhimatan awam adalah tulang belakang kepada pelaksanaan. Daripada dulu lagi mereka memainkan peranan penting dan peranan ini akan kita teruskan. Ilmu pengetahuan, teknologi dan kemahiran baharu yang kita perlukan, ini yang akan kita tingkatkan," tambahnya.Mengulas mengenai seminar itu, Mohamad Zabidi berkata kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan sektor awam menganjurkan program seumpama itu mampu membentuk dimensi baharu dalam memperkasa pembangunan modal insan.
 
Beliau berkata, jalinan kerjasama itu adalah cerminan pendekatan kreatif dan inovatif dalam menterjemahkan hasil dengan lebih cepat dan berkesan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.Katanya kolaborasi proaktif itu wajar dikembangkan kerana ia secara langsung menyumbang kepada usaha meningkatkan kebolehan dan keupayaan perkhidmatan awam ke tahap yang lebih baik.
 
Seminar dua hari bertemakan 'Kreativiti dan Inovasi Menjana Modal Insan Produktif' itu adalah anjuran bersama Institut Tadbiran Awam Negara dan Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia bertujuan membincangkan pendekatan pembangunan budaya inovasi dalam perkhimatan awam. - Bernama

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pendekar jpa..
first..yahoo...

J17 Kontrak berkata...

Pada JPA & SPA... minta pihak tuan, serapkan P.A yang mana gred J17 (kontrak) supaya diserapkan ke perjawatan tetap.

ini adalah kerana J17 kontrak mula menjawat jawatan kontrak ini sejak tahun 2007. Dari tahun 2007 hingga 2013 (sekarang ini), J17 ini masih keadaan yang sama.

Di sini bukan isu tak ada kekosongan jawatan tetap untuk di isi di dalam organisasi, tapi masih ada kekosongan. Jika tiada kekosongan, masakan sepanjang kami berkhidmat, setiap tahun ada pengambilan baru juruteknik J17 tetap. sedangkan kami masih J17 kontrak. Dan kami juga sama-sama pergi temuduga semula jawatan J17 tetap dan melampirkan bersama-sama surat pengesahan ketua jabatan dan juga SKT.

Kelayakan semasa temuduga dahulu, menggunakan sijil/diploma yang sama juga iaitu daripada Politeknik.

Kami yang mana staf kontrak ini punyai keluarga untuk kami sara. Dan ada di antara kami yang sedang dalam PJJ belajar dalam sarjana muda yang mana kami belanja pengajian dengan duit poket sendiri, dan tiada kelayakan bantuan pinjaman JPA (pinjaman boleh ubah).

Andai kami yang J17 kontrak ini ditamatkan kontrak seperti yang termaklum dalam pekeliling baru ini, apalah nasib kami... mungkin terpaksa pulang ke kampung halaman, membawa keluarga... dan menamatkan pengajian sarjana muda...

duduk di KL dah tak mampu... jangankan beli umah yang kami tak dilayakkan untuk pinjaman perumahan kerajaan... nak sewa pun kami belum tentu mampu... kuarters apatah lagi kami boleh dapat...

kami mohonla pihak SPA & JPA pertimbangan untuk kami J17 kontrak ini... kami bukanlah ramai... hanya beberapa orang yang tinggal...

Tanpa Nama berkata...

Penipulah,aku dah dekat 3 tahun minta kerja x dapat pun.

Tanpa Nama berkata...

BERSAMA MENGALAS TRANSFORMASI DI SEKTOR AWAM".....MOHON TRANFORMASI KUMPULAN PELAKSANA YG BERIJAZAH DAN PENGALAMAN LEBIH 10 TAHUN YG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN, JABATAN DAN AGENSI DILANTIK KE GRED 41. TRANSFORMASI KUMPULAN PELAKSANA DARI PELBAGAI JAWATAN DAN GRED DAH DILAKSANAKAN, OLEH ITU TRANFORMASILAH PULAK KUMPULAN PELAKSANA BERIJAZAH KE GRED 41