SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

27 November 2013

ZAHID SELAR NEGARA LUAR MENCEROBOH KERAHSIAAN NEGARA

Bernama
26/11/2013



 KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan negara luar cuba mencerobohi maklumat kerahsiaan Malaysia yang merupakan tindakan amat tidak wajar.

Beliau menegaskan melalui dasar terbuka Malaysia, negara sedia berkongsi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat tersebut melibatkan negara-negara berkenaan.

"Pada prinsipnya, maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia sepatutnya tidak ada sebuah pun negara yang berhak untuk melakukan intipan.

"Jadi tidak perlu menceroboh atau cuba memantau negara kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selasa.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Rentetan laporan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media itu.

Berhubung dakwaan pembabitan Singapura itu, Malaysia memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk mendapatkan penjelasan.

Sementara itu, Ahmad Zahid akan memperhalusi cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya menukarkan pegawai Imigresen di pintu masuk negara setiap enam bulan bagi memastikan penyampaian sesuatu perkhidmatan dijalankan tanpa unsur rasuah.

"Kami dirunding oleh Ketua Pengarah JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) sendiri untuk tindakan dilakukan dengan tidak menyembunyikan soal imej tetapi soal bagaimana penyampian sesuatu perkhidmatan ini harus dijalankan tanpa unsur rasuah terutama dalam keizinan membawa masuk pekerja asing," katanya.

Beliau berkata pemantauan dan tindakan akan dilakukan terhadap mana-mana pegawai jabatan itu yang disyaki terlibat dalam rasuah.

--BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tiga remaja lelaki ditahan muat turun filem tempatan dalam website dan blog

PUTRAJAYA: Tiga remaja lelaki berumur 15 hingga 18 tahun ditahan dalam serbuan di Selangor dan Pulau Pinang masing-masing pada 29 Oktober dan 8 November lepas kerana memuat turun filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Roslan Mahayudin berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan dalam Operasi Spyglass itu diletakkan di bawah jaminan polis, dan telah dibenarkan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Katanya operasi bahagian penguatkuasaan KPDNKK yang disertai 10 pegawai termasuk dari bahagian Cybersecurity Malaysia itu turut merampas tiga unit komputer riba, satu unit broadband, dua unit router dan dua unit modem bernilai RM12,000.

Antara filem yang dimuat turun ialah "KL Gangster 2", "KL Zombie" dan "Tanda Putra" dalam laman web:www.allinoneatheremovie.blogspot.com;www.pjsenter.com dan www.piratesbytez.com., kata dalam sidang media di sini hari ini.

Mereka adalah remaja pertama ditahan di bawah Ops Spyglass dan boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah di bawah Seksyen 41 1(G) Akta Hakcipta 1987.

"Walaupun di bawah umur tindakan tetap diambil di bawah undang-undang sedia ada. Serbuan dilakukan atas aduan pemilik hakcipta dan orang ramai berhubung laman web yang dijadikan sebagai portal untuk memuat-turun atau tayangan (streaming) filem-filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hakcipta.

"Berdasarkan soal siasat ke atas suspek, mereka memaklumkan bahawa filem-filem yang disediakan di dalam laman web/blog seliaan mereka diperolehi sumbernya daripada laman/blok lain,"katanya.

Katanya antara laman web yang paling terkenal ialah www.ganool.com yang didapati beroperasi di Jawa Timur, Indonesia yang dikendali seorang remaja, selain sumber filem lain darihttp://pencurimovie.sx dan http://moviepecah.blogspot.com.

Menurut Roslan bahagian penguatkuasaan KPDNKK juga akan mengeluarkan notis kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menghalang akses laman sesawang tersebut mengikut Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Roslan menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengawasi dan memantau aktiviti siber anak-anak mereka supaya mereka tidak melakukan sebarang aktiviti siber yang menyalahi undang-undang. -Bernama

Tanpa Nama berkata...

YG PENTING PENAMBAHBAIKKAN 180 SKIM YG TIDAK DILAKSANAKAN SECEPAT MUNGKIN. NAK TUNGGU PERTENGAHAN 2014 TERLALU LAMA. SEPATUT MAC 2014 DAH SIAP PENAMBAHBAIKAN TERSEBUT.

KOS SARA HIDUP & KESEMPITAN HIDUP MMENGHIPIT PA SEPERTI KOS & SEWA RUMAH YG TERLALU NAIK MENDADAK, HARGA MINYAK, MAKANAN DAN SEGALANYA SEMUA NAIK

Tanpa Nama berkata...

lu pon endon..apa mau ckp keamanan ng? bongok

Tanpa Nama berkata...

ISU politik & TAK MEMBERI MANAFAAT KPD PA JGAN LAH DIHEBOH DI LAMAN INI

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya ianya berkaitan dengan penjawat awam.

ini kerana kerahsiaan negara seharusnya dijaga oleh penjawat awam.

sebagai contoh, maklumat rahsia dalam bentuk digital yang tersimpan di dalam pelayan harus dipastikan keselamatannya oleh pentadbir sistem/rangkaian dimana ianya terdiri dari skim F

manakala maklumat rahsia dalam bentuk bercetak yang disimpan dalam bentuk kertas atau fail harus dipastikan keselamatannya oleh mereka yang dilantik sebagai pegawai keselamatan jabatan atau secara khususnya kepada skim KP GSO memandangkan mereka ini bergelar "pegawai keselamatan" dan tugas utama mereka adalah memastikan keselamatan dokumen kerajaan, membanteras ancaman keselamatan, intipan, aktiviti pengintipan dan sewaktu dengannya.

Tanpa Nama berkata...

ISU BUKAN UNTUK KESENANGAN DAN KEBAJIKAN PENJAWATV AWAM TAK PERLU DIMASUK DALAM LAMAN INI SEPERTI ISU POLITIK