SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 November 2013

SAINGAN SENGIT PEMILIHAN CUEPACS

Berita Harian
28/11/2013

Kuala Lumpur: Pemilihan barisan Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS sesi 2014-2016 menyaksikan beberapa jawatan penting termasuk Presiden dan Timbalan Presiden berdepan saingan sengit. Bagi jawatan Presiden yang dikosongkan Datuk Omar Osman selepas tidak mempertahankan jawatan itu, tiga calon menawarkan diri termasuk Timbalan Presiden I, Azih Muda, selepas pencalonan ditutup 4 November lalu.


Azih yang juga Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE), mengakui pencalonannya menerima perakuan daripada Omar untuk mengisi jawatan itu.Saya menawarkan diri bertanding jawatan Presiden bagi meneruskan kesinambungan kepemimpinan terdahulu dalam usaha memastikan hak penjawat awam terus diperjuangkan dan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan, katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas EXCO ANULAE, di sini, semalam. Tamat khidmat bulan depan Omar, 62, menyandang jawatan Presiden CUEPACS pada 26 Oktober 2006 dan bakal menamatkan perkhidmatannya bulan depan.

Azih bakal bersaing dengan Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), Suhaimi Osman, yang juga Pengerusi CUEPACS Perak. Pemilihan akan berlangsung pada Konvensyen Tahunan CUEPACS pada 17 hingga 19 Disember ini yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bagi jawatan Timbalan Presiden yang menawarkan dua kerusi menyaksikan tujuh calon bertanding termasuk penyandang, Zainal Ismail.