SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 November 2013

CUEPACS MINTA SKIM KP DISENARAI DALAM 100 SKIM PERKHIDMATAN YANG DIKAJI SEMULA

 Bernama
22/11/2013



SHAH ALAM, 22 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan turut memasukkan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) dalam senarai 100 skim perkhidmatan yang akan dikaji semula awal tahun depan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata gred perkhidmatan yang diguna pakai menerusi Skim KP oleh lebih 10,000 pengawal keselamatan awam dan polis bantuan seluruh negara itu dilihat tidak lagi munasabah dalam keadaan ekonomi semasa.
Omar turut mencadangkan Skim KP yang bermula daripada gred KP11 itu ditukar lantik menjadi gred KP17 dengan mengikut kadar gaji yang diterima pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Pertahanan Awam.
"Gaji gred KP11 yang diberi kepada pengawal keselamatan awam dan polis bantuan hari ini sudah sama macam gred 10 penjawat awam lain yang sudah disemak gajinya...ia dilihat tidak adil kerana tugas mereka lebih mencabar malah terpaksa berdepan pelbagai risiko demi menjaga ketenteraman awam.
"Kebajikan mereka perlu juga dijaga dan selaras dengan kajian semula itu, gred pengarah keselamatan di universiti juga dapat ditambah baik yang mana di universiti penyelidikan misalnya, pengarahnya layak mendapat gred sekurang-kurangnya Jusa C," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Beliau sebelum itu menghadiri sesi dialog bersama wakil 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Himpunan Skim KP IPTA di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.
"Disebabkan kerajaan sekarang sedang melalui proses semakan skim perkhidmatan, saya berharap naik taraf Skim KP ini juga dapat diselesaikan tahun depan kerana ia tidak pernah dikaji sejak ia mula diperkenalkan," katanya.
Sementara itu, Omar turut meminta kerajaan agar mewujudkan insentif khas bagi penguatkuasa dan anggota keselamatan yang bekerja shif lewat malam sebagai jaminan agar mereka lebih berdedikasi dalam membanteras tragedi yang tidak diingini sepanjang menjaga ketenteraman awam pada waktu tersebut.

Selain itu, beliau turut berharap imbuhan tetap perumahan yang diterima penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan dapat diberi sepenuhnya terutama bagi yang bekerja 'on-call' kerana bidang tugas yang terpaksa mengorbankan masa rehat penjawat awam tersebut.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan berhubung kajian semula serta cadangan berkenaan.

-- BERNAMA

26 ulasan:

Khairul Muzzamir bin Alias berkata...

Saya berharap ianya menjadi kenyataan dan kita semua mendapat sedikit kebaikkan daripadanya.

mat hussin berkata...

KP11, tu dato OO dah sebut... so banyak-banyakkan berdoa pada Allah... moga dipermudahkan...

J17 Kontrak berkata...

Pada JPA & SPA... minta pihak tuan, serapkan P.A yang mana gred J17 (kontrak) supaya diserapkan ke perjawatan tetap.

ini adalah kerana J17 kontrak mula menjawat jawatan kontrak ini sejak tahun 2007. Dari tahun 2007 hingga 2013 (sekarang ini), J17 ini masih keadaan yang sama.

Di sini bukan isu tak ada kekosongan jawatan tetap untuk di isi di dalam organisasi, tapi masih ada kekosongan. Jika tiada kekosongan, masakan sepanjang kami berkhidmat, setiap tahun ada pengambilan baru juruteknik J17 tetap. sedangkan kami masih J17 kontrak. Dan kami juga sama-sama pergi temuduga semula jawatan J17 tetap dan melampirkan bersama-sama surat pengesahan ketua jabatan dan juga SKT.

Kelayakan semasa temuduga dahulu, menggunakan sijil/diploma yang sama juga iaitu daripada Politeknik.

Kami yang mana staf kontrak ini punyai keluarga untuk kami sara. Dan ada di antara kami yang sedang dalam PJJ belajar dalam sarjana muda yang mana kami belanja pengajian dengan duit poket sendiri, dan tiada kelayakan bantuan pinjaman JPA (pinjaman boleh ubah).

Andai kami yang J17 kontrak ini ditamatkan kontrak seperti yang termaklum dalam pekeliling baru ini, apalah nasib kami... mungkin terpaksa pulang ke kampung halaman, membawa keluarga... dan menamatkan pengajian sarjana muda...

duduk di KL dah tak mampu... jangankan beli umah yang kami tak dilayakkan untuk pinjaman perumahan kerajaan... nak sewa pun kami belum tentu mampu... kuarters apatah lagi kami boleh dapat...

kami mohonla pihak SPA & JPA pertimbangan untuk kami J17 kontrak ini... kami bukanlah ramai... hanya beberapa orang yang tinggal...

Tanpa Nama berkata...

Lagi kaji...isk..isk

Tanpa Nama berkata...

Salam, dibawah senarai kelulusan , gred jawatan dlm perkhidmatan Awam; Kumpulan Pelaksana 2
Gred 11 : Lepasan SRP/PMR

Kumpulan Pelaksana 1
Gred 17 : Lepasan SPM
Gred 27 : Lepasan STPM/STAM/Sijil Politeknik/Diploma IPTA

Kumpulan Profesional & Pengurusan
Gred 41 : Lepasan Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda

kumpulan pelaksana dlm SST boleh menjawat sehingga gred 38 dan 40 kot..Laluan kerjaya baguslah.. Mohon kumpulan pelaksana yg berijazah pulak dinaikkan atau diserap ke gred 41 pulak barulah menyambung kerjaya komuniti ini...cara di SPA sekarang perlu dikaji dan penambahbaikan bagi kumpulan pelaksana berijazah dan berpengalaman menjawat jawatan gred 41....Bersama Mengalas Tranformasi Sektor Awam......TK

Tanpa Nama berkata...

KP11 DH LAMA DH TAK RELEVAN,, SIMPAN DLM ARKIB JE LA

Tanpa Nama berkata...

Wahai CUEPACS,ada KP11 di AADKWPKL dan AADK Johor tidak dibayar gaji hampir 1 tahun.Ada juga yg.ditamatkan perkhidmatannya.Cuba bela nasib mereka2 ini terlebih dahulu.Kemudian barulah naikkan skim gred KP11.

Tanpa Nama berkata...

Aik nape bole xbyr gaji plak? Mesti ade kes tu...xkn xbyr spai setahun..gila ape...

Tanpa Nama berkata...

Transformasi kumpulan pelaksanan berijazah dan pengalaman lebih 10 tahun diserapkan ke gred jawatan 41....

Tanpa Nama berkata...

puak PA ni naik gred trus jd smbong dgn org awam..sama2 mnusia plk tu..tp org awam skrg suda celik dunia d hujung jari shj...

Tanpa Nama berkata...

KALAU MAHU LEBIH ADIL, PENAMBAHBAIKKAN SKIM N DAN W, PELUANG KENAIKKAN PANGKAT DIBERI KPD N/W32 DAN N/W36 YG MEMPUNYAI IJAZAH & DAH BERKHIDMAT 7 TAHUN KE ATAS DINAIK KPD GRED N/W41 PENGURUSAN &PROFESIONAL.

BARU TIADA PENINDASAN DAN KETIDAKPUASAN BERLAKU DAN TRANSFORMASI DPT DIJALANKAN DENGAN ADIL

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya perlu tapisan peringkat dalam organisasi bagi memantau sesuatu kerja terutamanya yang melibat sebut harga dan tander projek kerajaan bagi menjamin ketelusan dan intergreti.dengan pengurang penyeliaan dalam JKR selepas ini di peringkat Daerah alamat lah lepas nie kes kes rasuah dan penyelewangan.semua JKR Daerah buka ada JJ atau JB di setiap Daerah. JD pulak asyik sibuk meeting saja bila masa dia nak turun semak dan check kerja-kerja kat tapak..boleh lah buatpakatan dengan kontraktor...tu pun sekarang dah dok jadi per...SEMUA jURUTEKNIK DAH NAIK PI ja29 PASNI KERJA TAPAK SENDIRI BUAT SEBUT HARGA SENDIRI BUAT PAYMENT SENDIRI BUAT MEASUREMENT TERUS AJER BAGI JD luluskan ....TERBAIK LAH CUEPACS DNG MTSU

Tanpa Nama berkata...

BERSAMA MENGALAS TRANSFORMASI DI SEKTOR AWAM".....MOHON TRANFORMASI KUMPULAN PELAKSANA YG BERIJAZAH DAN PENGALAMAN LEBIH 10 TAHUN YG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN, JABATAN DAN AGENSI DILANTIK KE GRED 41. TRANSFORMASI KUMPULAN PELAKSANA DARI PELBAGAI JAWATAN DAN GRED DAH DILAKSANAKAN, OLEH ITU TRANFORMASILAH PULAK KUMPULAN PELAKSANA BERIJAZAH KE GRED 41 HENDAKNYA....INSYA-ALLAH, AAMEEN..

Tanpa Nama berkata...

Syukur

Tanpa Nama berkata...

Satu cadangan dari 'kucing kurap' yg malas bekerja tapi nak naik gred setinggi yg ia mau. Rubbish!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sikap sebeginilah yg rakyat tak nak tengok. Kerajaan ikhlas beri mereka naik gred spya dpt memberi suntikan semangat kerja yg tinggi menjurus kpd prestasi kerja cemerlang di samping dpt meringakan beban kewangan keluarga masing2. Tapi jika menjadi sombong dan ego maka sudah tersasar dari matlamat yg kerajaan nak. Yang pasti mereka yg sombong itu adalah mereka2 yg selalu komplen gaji tak cukup dan buat tohmahan terhadap pihak lain.

Tanpa Nama berkata...

Jgn susah kerajaan akan menaikkan gred kump pelaksana yg ada ijazah terus ke gred jusa c buka ke gred 41. Apa mcm...puas hati? Dan yg ada sarjana dinaikkan ke gred jusa A manakala yg ada Phd pula dinaikkan ke gred Turus. Pastu semua mereka akan memandu kereta BMW, Mercedes dll. Tahniah!

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan sepatutnya mewujudkan peluang2 pekerjaan utk para pengganggur yg kian ramai saban tahun. Jmlah pelajar kat universiti puluhan ribu org tapi peluang pekerjaan hanya puluhan je. Kerja2 yg gajinya kurang drpd rm1 ribu memang banyak tapi adakah cukup utk meneruskan kehidupan khususnya yg dah berkeluarga? Kpd yg dah ada kerja tetap bersyukurlah dgn apa yg ada kerana ramai lagi yg hidup lebih teruk dari kita, jgn kita cuma bandingkan hidup kita dgn org kata tapi lihatlah golongan miskin yg ada di sekeliling kita.

Tanpa Nama berkata...

KALAU DAPAT PENAMBAHBAIKKAN KPD 100 SKIM SEPATUTNYA SIAP BULAN MAC 2014. MENGAPA MENGAMBIL MASA TERLALU LAMA.

SAYA PERHATIKAN KPSL MEMUDAHKAN PA YG MALAS & SUKA MEMBODEK UTK NAIK PANGKAT. KALAU DAPAT JPA MEMBERI PELUANG KPD PA SOKONGAN YG ADA IJAZAH UTK NAIK KE N/W41..KALAU TIDAK TRANSFORMASI & BUDAYA SONGSANG DLM PENJAWAT AWAM AKAN MEMUDARAT NEGARA PADA JANGKA PANJANG

Tanpa Nama berkata...



KALAU BOLEH 186 SKIM YG BELUM DINAIKTARAF DIBERI KEUTAMAAN SEBOLEH2 NYA PADA MAC 2014

Tanpa Nama berkata...

akan datang perkhidmatan awam ni dipenuhi dengan skim perkhidmatan SUBSIDI jela nampaknya.

bagi yang masuk ke gred tertentu menggunakan kelayakan tertentu, sebagai contoh gred 17 guna SPM, gred 27/29 guna diploma dan gred 41 guna sarjana muda bolehlah mengoyakkan sijil anda dan buang dalam bakul sampah.

ini kerana jawatan anda boleh diperolehi dengan mudah oleh skim di bawah anda secara SUBSIDI tanpa perlu menggunakan kelayakan seperti anda.


makin hari makin rosak perkhidmatan awam ni. inilah masalahnya apabila ianya dipimpin oleh orang yang bodoh lagi hina iaitu LUKA' BIN LUKA'

Tanpa Nama berkata...

SEMUA KAKITANGAN AWAM PERLU MEMBUAT SATU SKIM BARU IAITU BERMULA DARI SKIL 1 HINGGA SKIL 54, SEMUA JAWATAN PERLU MENGGUNAKAN SKIL TERSEBUT, TAK KIRALAH APA JAWATANNYA, DAN BAGI SKIM TERPILIH, MEREKA BOLEH DI BERIKAN BEBERAPA ELAUN KHAS YANG MEREKA LAYAK, DAN SELEPAS INI SEMUA KAKITANGAN AWAM HANYA ADA SATU SKIL GAJI SAHAJA, DAN JIKA INGIN NAIK GAJI, PERLULAH MENAMBAHKAN ILMU DI IPTA/IPTS, SEBAB JIKA TIADA SATU SKIL GAJI TUNGGAL, SETIAP TAHUN AKAN ADA PIHAK YANG INGIN MENUNTUT NAIK GAJI. CADANGAN DARI ANA

Tanpa Nama berkata...

Buat duit tanpa modal..... cuma click dan register shj. X rugi cubakan http://bit.ly/1cUF5D4

Tanpa Nama berkata...

MACAM MANA NAK MENGUKUR SESEORANG IALAH DGN SEGOLONG IJAZAH DAN PENGALAMAN KERJA. OLEH YG DEMIKIAN PENJAWAT AWAM KATEGORI SOKONGAN YG BERKHIDMAT MELEBIHI 10 TAHUN & MEMPUNYAI IJAZAH ADALAH LEBIH BERKUALITI DAN MANTAP DARI SEGI ILMU & PENGALAMAN

MAKA BAGI MENTRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM , PA SOKONGAN YG LAMA BEKERJA DAN MEMPUNYAI IJAZAH PATUT DI BERI JAWATAN P&P 41

Tanpa Nama berkata...

PT (P/O) makin hari semakin banyak beban tugas yang dipertanggungjawabkan, tolonglah kami pun nak tarik nafas juga.

Tanpa Nama berkata...

hei itu ahli bomba pun ada ego jadi 29,apa pasal,