SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

22 November 2013

HARGA RUMAH TERUS NAIK

Utusan Malaysia
22/11/2013


HARGA rumah terus melambung naik, tiada peraturan yang boleh menyekatnya daripada terus naik, sama ada kegiatan spekulator yang didakwa banyak pihak memainkan sentimen pasaran atau sebaliknya perkara ini adalah hipotesis yang belum dapat dibuktikan. Kenaikan harga lazimnya adalah didorong kenaikan harga barang binaan, kos upah serta lonjakan harga tanah serta kos-kos lain yang berkaitan di peringkat global terutama di pinggir dan bandar besar. Tinjauan yang dilakukan menunjukkan bahawa rumah biasa bersaiz 20 kali 70 kaki mencecah ratusan ribu jika didirikan dua tingkat dan berbeza harga antara lot tengah, hujung dan lot tepi. Ianya bergantung lokasi di mana kawasan rumah tersebut didirikan.Jika didirikan di Gopeng adalah berbeza harga dengan di Meru iaitu pusat pentadbiran Aman Jaya di Ipoh.

Bagi golongan muda memiliki rumah pada masa kini agak sukar kerana pemaju akan mengenakan pelbagai syarat untuk pembeli meletakkan deposit sebanyak sepuluh peratus daripada harga rumah berserta kos guaman. Sebuah rumah berharga RM139,000 kos peguam pula mencecah RM3,800.00Untuk mendapatkan deposit sebanyak 10 peratus dan kos guaman itulah yang menyulitkan dalam kalangan rakyat negeri ini untuk memiliki rumah kediaman terutama yang baru bekerja ataupun sudah lama bekerja.

Setakat ini tiada kawalan harga terhadap rumah yang didirikan oleh pemaju perumahan atau adanya sesuatu garis panduan peletakan harga untuk menetapkan harga. Harga rumah ditentukan oleh pasaran, serta pihak pembiayaan iaitu institusi kewangan. Kerajaan sentiasa menguar-uarkan Malaysia akan menjadi negara maju pada tahun 2020 rakyat berpendapatan tinggi.Namun jika masalah rumah tidak dapat diselesaikan adalah tidak bermakna Malaysia sebagai negara maju sedangkan rakyat tidak mempunyai rumah.

Mereka mungkin tidak tinggal di bawah jambatan atau hutan namun pastinya mereka akan menjadi penyewa rumah dari muda hingga ke hujung perkhidmatannya ataupun selepas mereka bersara dari perkhidmatan.Justeru selain rancangan kerajaan untuk bina lebih banyak rumah mampu milik, serta pelbagai jenama lain perlulah diteliti semula adalah kaedah pemilikan rumah yang dipermudah kepada rakyat untuk memilikinya termasuk kos peguam yang dirasakan sangat tinggi supaya pembeli tidak terbeban dengan pelbagai hutang lain.

Saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) amatlah wajar dipertimbangkan supaya kadar faedah pinjaman perumahan dikurangkan sehingga satu peratus sebagai penghargaan kepada kakitangan awam untuk memiliki rumah pertama mereka.

6 ulasan:

Khairul Muzzamir bin Alias berkata...

Saya berharap kerajaan dapat mengawal harga rumah yang semakin mendadak naik. Semoga semua rakyat Malaysia dapat menikmati hasil yang dikumpul bersama.

J17 Kontrak berkata...

Pada JPA & SPA... minta pihak tuan, serapkan P.A yang mana gred J17 (kontrak) supaya diserapkan ke perjawatan tetap.

ini adalah kerana J17 kontrak mula menjawat jawatan kontrak ini sejak tahun 2007. Dari tahun 2007 hingga 2013 (sekarang ini), J17 ini masih keadaan yang sama.

Di sini bukan isu tak ada kekosongan jawatan tetap untuk di isi di dalam organisasi, tapi masih ada kekosongan. Jika tiada kekosongan, masakan sepanjang kami berkhidmat, setiap tahun ada pengambilan baru juruteknik J17 tetap. sedangkan kami masih J17 kontrak. Dan kami juga sama-sama pergi temuduga semula jawatan J17 tetap dan melampirkan bersama-sama surat pengesahan ketua jabatan dan juga SKT.

Kelayakan semasa temuduga dahulu, menggunakan sijil/diploma yang sama juga iaitu daripada Politeknik.

Kami yang mana staf kontrak ini punyai keluarga untuk kami sara. Dan ada di antara kami yang sedang dalam PJJ belajar dalam sarjana muda yang mana kami belanja pengajian dengan duit poket sendiri, dan tiada kelayakan bantuan pinjaman JPA (pinjaman boleh ubah).

Andai kami yang J17 kontrak ini ditamatkan kontrak seperti yang termaklum dalam pekeliling baru ini, apalah nasib kami... mungkin terpaksa pulang ke kampung halaman, membawa keluarga... dan menamatkan pengajian sarjana muda...

duduk di KL dah tak mampu... jangankan beli umah yang kami tak dilayakkan untuk pinjaman perumahan kerajaan... nak sewa pun kami belum tentu mampu... kuarters apatah lagi kami boleh dapat...

kami mohonla pihak SPA & JPA pertimbangan untuk kami J17 kontrak ini... kami bukanlah ramai... hanya beberapa orang yang tinggal...

Tanpa Nama berkata...

X maw plak kaji..isk..isk..,sian

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dasar kerajaan Singapura(HDB) dalam penyediaan rumah mampu milik kepada rakyatnya. Kita wajar mencontohi mereka.

Tanpa Nama berkata...

Harga rumah sepatutnya dikawal. Kalau harga barang boleh kenapa tidak harga rumah. Kalau PA yang baru kerja 5 tahun nak beli rumah, memang tidak mampu. Walaupun rumah prima.
Sebagai contoh harga rumah RM150,000, bayaran bulanan RM700 lebih. Ini tidak termasuk bayaran bill letrik, servis, kereta, telefon, anak sekolah, tol, petrol. Kalau diambil kira semuanya, ianya boleh mencecah RM2,000 sebulan. Mampu ke.
Agak- agak siapa yang mampu?
Agak pelik dan hairan, kenapa orang ramai lebih pentingkan penurunan harga kereta daripada rumah. Nak tidur dalam kereta ke?
Cuba tanya orang luar negara, memang harga kereta mereka lebih banyak murah daripada kita. Kita dengar pun marah harga Proton di ngara kita lebih mahal daripada mereka.
Tapi cuba tanya harga rumah mereka. Di Singapura, rumah apartment/flat 3 bilik harganya mencecah SGD300,000.
Malaysia...........
Harap-harap kita renungkan bersama.
PETINGKAN RUMAH ATAU KERETA

ahmad berkata...

Ikut kira-kira, harga rumah teres dua tingkat di Ipoh akan mencecah RM400,000 pada tahun 2020. Tapi tak payah la nak kira dah, tahun 2014, harga rumah teres dua tingkat dah cecah RM500k, semi d dua tingkat RM600k. Harga-harga spekulatif tanpa kawalan ni dah menyebabkan ramai orang depress. Harap market akan recess, kerajaan boleh kaji semula nilai hartanah, dan tetapkan SOP untuk penentuan harga hartanah. Kalau tidak, kami yang golongan muda berpendapatan rendah ni, tak akan memiliki rumah, sampai bila-bila.

Yang buat bisnes hartanah pun tolonglah beringat, ramai orang yang makan gaji, dan tak mampu nak beli rumah. Kalau dalam tempoh 1 tahun sahaja dah naik 100%.