SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

27 Julai 2012

PENGUMUMAN BONUS TIDAK SEHARUSNYA PENGARUHI HARGA BARANG - ISMAIL SABRI

Bernama
27/7/2012


PETALING JAYA, 26 Julai (Bernama) -- Pengumuman bonus kepada penjawat awam tidak seharusnya mempengaruhi sebarang kenaikan harga barang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Khamis.

Beliau berkata isu kenaikan harga yang biasanya timbul apabila kerajaan membuat pengumuman berkaitan kenaikan gaji dan bonus untuk penjawat awam hanyalah satu spekulasi orang awam.

"Ia juga tidak seharusnya dijadikan sandaran kepada peniaga untuk menaikkan harga barang kerana harga barang harian akan dinaikkan atas sebab-sebab munasabah yang lain," katanya kepada media ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Giant di sini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Ismail juga berharap pengguna terus menjadi mata dan telinga kementerian itu dan membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga barang tanpa alasan munasabah.

"Kami juga meminta kerjasama daripada peniaga untuk tidak menyorokkan barang kawalan dan sekiranya mereka tertangkap, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya sambil memberi jaminan bahawa setakat ini bekalan mencukupi dan harga barangan keperluan masih dalam kawalan.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak kementerian juga telah melipat-gandakan usaha dalam memantau harga barangan kawalan itu sempena Ramadan dan musim perayaan yang bakal tiba.

Sementara itu, seramai 340 kanak-kanak daripada lapan rumah kebajikan sekitar Lembah Klang diraikan dalam acara membeli belah dan majlis berbuka puasa tajaan sepenuhnya syarikat pasar raya besar itu.

Pada majlis sama, Giant turut menyumbang sejumlah RM58,000 bagi membantu kanak-kanak dan rumah-rumah kebajikan itu menyiapkan persediaan untuk hari raya yang bakal tiba.

Sumbangan terdiri daripada RM100 duit membeli belah untuk setiap kanak-kanak, manakala setiap rumah kebajikan menerima sumbangan wang tunai RM3,000.

20 ulasan:

anti beruk-beruk SPAM 1st 2nd 3rd berkata...

beruk-beruk 1st 2nd 3rd 4th takda pulak harini ye? adakah mereka cuti? atau sedang bertungkus lumus bekerja? atau masih belum bangun tido di surau/bawah meja pejabat? atau sudah keluar ke bazaar ramadhan? ataupun sudah arwah?

Tanpa Nama berkata...

jangan gebang saja kpdnkk. hantar penguatkuasa tu pegi spotcheck pasaraya, kedai kedai

yang patut diberi keutamaan adalah kilang, pengeluar dan pengedar. ini penyamun tarbus yang bertanggungjawab menyebabkan kenaikan harga.

kalau susah sangat, hapuskan sahaja pekilang-pekilang bahan keperluan seperti minyak, gula, tepung yang kita sendiri tahu bangsa mana yang memonopolinya. takkan kerajaan hanya tahu tekan bangsa bumiputera, sedangkan bangsa "itu" ditatang bagaiman minyak yang penuh? kah kah

Tanpa Nama berkata...

beruk2 spam 1st 2nd tuh ari nih cuti, tuh psl xdpt bkak blog cuepacs. maklum ler beruk nih standard guna line internet opis jer, miskin tahap bangla smpi xde broadband sendrik!

BarangNaik 4ever berkata...

Memang x patut naikkan harga brg. Tp tu kat kdai harga patut. Tp kat kdai harga x patut, memang dah naik harganya. X caya, tgk la sdiri.

Tanpa Nama berkata...

Blog ni dah jd org yg mengaku pandai dlm pelbgai bidang.bgos2.kutuk mengutuk sesama bngsa n agama.malula skit.

Tanpa Nama berkata...

kata ada kedai 1malaysia, buat ape takut harga barang naik,gielah kedai 1malaysia, baru kau org tau harga tak boleh di kawal langsung, naik mencanak, kah..!!kah..!! mana perginya penguatkuasa hal-ehwal pengguna, tido kot, kea dah kena cucuk hidung oleh taukeh-taukeh besar,kah..!!kah..!! senang cite penguatkuasa tak kiralah mana-mana jabatan semuanya kena beli..!! mcm cite P.Ramlee, 1 untuk kau, 2 untuk aku,.. ha..!!ha..!! dahlah beb berhentilah berlakon, rakyat semua dah tau.. rakyat malaysia dah permikiran kelas pertama, tarak bole kena tipu ma..!!

Tanpa Nama berkata...

KPDNKK harus dijumudkan sebagaimana KPUNK/MECD dibubarkan tidak lama dulu. takda fungsi langsung. saban tahun harga barangan keperluan manjang naik je.

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan harga tak dapat dielakkan. Barang seperti minyak petroleum lama-kelamaan semakin pupus. Lain la kalau minyak sawit, boleh tanam lagi.

Orang kampung kena bodoh lagi. Tak undi bulan berdosa masuk neraka kan?

Tanpa Nama berkata...

anti beruk-beruk SPAM 1st 2nd 3rd berkata...
beruk-beruk 1st 2nd 3rd 4th takda pulak harini ye? adakah mereka cuti? atau sedang bertungkus lumus bekerja? atau masih belum bangun tido di surau/bawah meja pejabat? atau sudah keluar ke bazaar ramadhan? ataupun sudah arwah?

Isnin, Julai 30, 2012 3:32:00 PM


beruk2 spam 1st 2nd tuh ari nih cuti, tuh psl xdpt bkak blog cuepacs. maklum ler beruk nih standard guna line internet opis jer, miskin tahap bangla smpi xde broadband sendrik!

Isnin, Julai 30, 2012 5:46:00 PM


------------------------------------------------

PALA P**I MAK HANG & PALA BU**H PAK HANG

Tanpa Nama berkata...

hahaha haaaaaaaa kan dah terasa seko dahhh!

Tanpa Nama berkata...

pecat saja ismail sabri sebab tak mampu membendung kenaikan harga barang.

jangan tahu nak pecat kakitangan awam saja. pak menteri pun kena bertanggungjawab.

Tanpa Nama berkata...

Peranan Ismail Sabri perlu tunjukkan beliau berada dibarisan depan pengguna Malaysia. Seia sekata dengan pengguna. Kata-kata defensive dah tak main dah nak pilihanraya ni. Rakyat mahukan kata-kata 'going with us'. Barulah respek.

Tanpa Nama berkata...

kalau KPDNKK ni betul-betul berfungsi secara total, kita dah tak perlu lagi NGO seperti FOMCA PPIM dan sewaktu dengannya.

inilah masalah di malaysia. banyak agensi kerajaan, ngo yang fungsinya bertindih, disebabkan agensi sedia ada tak berfungsi dengan sebetulnya. jadi kena wujud agensi lain untuk menampal lubang yang tertinggal.

tengok jabatan kerajaan saja cukup. bukan takda yang mempunyai fungsi yang bertindih.

Tanpa Nama berkata...

u all tingok je nanti..tatap harga barangan naik

Tanpa Nama berkata...

psl KPDNKK nyer top mgmt dibolot dek ptd.

tuh psl kpdnkk xperform. get it?

Tanpa Nama berkata...

That's mean PTD tak perform!

Kena habaq Transformer (Najib) nih.

Tanpa Nama berkata...

nak perform camananya. PTD yang menguasai SPA & JPA. pulak tu PTD yang pencen dilantik pulak jadi pengerusi itu dan ini. mana nak transformasinya????

tak kisah la PTD ni claim mereka ni berbakat, mempunyai 8,16,24,32 bidang sekalipun. ada ijazah/master/phd sekalipun. kalau dah PTD tu, tipikal PTD jugak.

Tanpa Nama berkata...

padan muka kau org..!! kau org setuju tak setuju kea.. harga barang tetap naik..naik..terus naik..terus-menerus naik.. wahai rakyat malaysia.. selamat menikmati kenaikan harga barang..!! sempena ramadan dan hari raya nie..

Tanpa Nama berkata...

PM najib kata menteri2 akan dinilai menerusi sistem KPI.

kalau tahun ni kenaikan harga barang tak dapat dibendung, bermakna menteri KPDNKK tidak perform dan tak capai KPI.

kalau dia masih lagi jadi menteri sedangkan harga barangan dah tak terkawal, bermakna PM hanya cakap tak serupa bikin.

enough said!

Tanpa Nama berkata...

pak menteri pun failed to deliver, jadi jangan hairan kalau pegawai di bawahnya pun turun fail. jadi apa yang boleh diharapkan dari kumpulan pelaksana kalau 2 lapisan manusia atas dia tu dah gagal??