SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

03 Julai 2012

KAKITANGAN AWAM MESTI CEPAT DAN TEPAT

Utusan Malaysia
2/6/2012


NAJIB Tun Razak menyampaikan amanat pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (kanan), Tan Sri Koh Tsu Koon (dua dari kiri), Datuk Seri G. Palanivel (dua dari kanan) dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa. - BERNAMA


PUTRAJAYA 2 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kakitangan awam bertindak secara terancang, mengambil sikap bergerak dengan cepat, tepat dan berintegriti (CTI) supaya rakyat dapat merasai perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan.Perdana Menteri berkata, sikap itu perlu disokong dengan produktiviti, kreativiti dan inovasi (PCI) agar kepuasan rakyat terus meningkat terhadap perkhidmatan kerajaan.

''Kalau kita ingat pada dua akronim ini, ia mencerminkan proses pembaharuan yang perlu dilakukan dalam perkhidmatan kerajaan iaitu mencari idea-idea baru lebih bernas dan tidak begitu konvensional kerana yang penting ialah keberhasilan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.Menurutnya Najib, dalam pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, beliau mahu perkhidmatan awam diterapkan dengan akronim-akronim yang dapat menggambarkan proses pembaharuan dalam kerajaan.

Beliau menarik perhatian tentang analogi Euro 2012 di mana Sepanyol menang tanpa ada penyerang namun enam pemain tengahnya masing-masing boleh menjaringkan gol.Perdana Menteri menyifatkan kejayaan Sepanyol itu satu formasi yang tidak biasa dilakukan dan belum dicuba tetapi akhirnya menjadikan negara itu juara Eropah.
''Justeru sebagai sebuah kerajaan kita juga sentiasa mencari idea-idea yang ada kelainan.
''Salah satu daripada kejayaan mutakhir ini yang menepati CPI dan PCI ialah apabila kita mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Melaka yang menempatkan agensi-agensi kerajaan di bawah satu bumbung," katanya.
Perkhidmatan di bawah satu bumbung di UTC Melaka bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam merupakan satu pembaharuan yang mungkin tidak ada negara lain di dunia berbuat demikian untuk memberi keselesaan kepada rakyat.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) kerana hasil usaha membangunkan projek e-Kasih untuk membasmi kemiskinan telah berjaya membantu kerajaan mendapat tempat pertama Anugerah Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi kategori Meningkatkan Pengurusan Ilmu Dalam Kerajaan.''Walaupun ada pihak cuba menidakkan apa yang kita hendak lakukan dengan tujuan dan motif politik tetapi kita kena sentiasa yakin bahawa usaha dan niat yang baik boleh mencapai kejayaan demi kejayaan.

''Kita akan teruskan usaha walaupun ada rintangan dan usaha untuk menggagalkan tetapi kalau kita gigih, lambat laun kebenaran akan timbul jua," katanya.Perdana Menteri turut menyimpulkan lonjakan saham Felda Global Venture (FGV) hampir 20 peratus adalah bukti usaha pihak tertentu yang cuba mengeksploitasikan penyenaraian saham FGV bermotif politik semata-mata untuk merampas Putrajaya.Katanya, Barisan Nasional (BN) akan tetap mempertahankan Putrajaya kerana yakin dan percaya bahawa hasrat untuk memajukan negara akan mendapat rahmat Allah.Beliau turut meminta kakitangan awam memberi sokongan kepada KSN baru dan bergerak sebagai satu pasukan berdasarkan kepada perkhidmatan yang cepat, tepat berintegriti selain memberi tumpuan kepada produktiviti, kredibiliti dan inovasi.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cepat, tepat buat ulasan dan keputusan !
yeeahhh !

Tanpa Nama berkata...

syukur Alhamdulillah..

moga kualiti kerja PA semakin meningkat & cara pemikiran semakin matang..

moga makin ramai juga PA dari semenanjung sudi cari pengalaman di Sarawak/Sabah/Labuan..dan begitu juga sebaliknya..utk luaskan pengalaman & berkembangnya fikiran yg matang.

kuatkan usaha & bukan asyik bnyk sembang gah ala2 kedai kopi ;)

Tanpa Nama berkata...

janji ditepatiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mana kenaikan gred 17 ke gred 27 bagi pemegang sijil poli dan uitm seperti yg termaktud dalam pekeliling sijil poli setaraf STPM....hampeh semua...

Tanpa Nama berkata...

kenaikan j27. jgn mimpilaaa... mana kementerian yg nak bawa ke kabinet suara kita golongan J niee... bagi juru kamera ada dato rais yatim nak bawa. kita ntahlaa... tunggu musang nak berjanggut kot...

Tanda Nama berkata...

ambil budak hingus meleleh masuk p&p lepastu kena hantar pegi kursus bagai, kena bagi dia percubaan 2-3 tahun, lepastu bagi dia latihan itu ini, camana nak cepat dan tepatnya. pulak tu mereka yang 41 ni dah pasang cita-cita untuk naik ke 44 48 52 dan seterusnya, sedangkan kerja tunggang langgang.

jadi cuba cerita, bagaimana nak bagi cepat dan tepat?

bagi kenaikan kumpulan sokongan yang mempunyai ijazah ke kumpulan p&p tanpa perlu melalui proses mengarut-ngarut yang sama seperti fresh grad. mereka ini sudah mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan. dijamin cepat dan tepat punya. jangan samakan kumpulan sokongan yang sekadar ada spm dengan kumpulan sokongan yang berusaha memajukan pendidikan sehingga mendapat ijazah/master/phd. ada bezanya cara pemikiran mereka.

itupun spa/jpa masih lagi tak boleh berfikir dan masih tidak perasan. perdana menteri hari hari melalak suruh transform, suruh cepat dan tepat bagai. tapi polisi spa/jpa masih ketinggalan dan mengikut cara tahun 70an 80an dan 90an.

jumud!

Tanpa Nama berkata...

kadang-kala orang orang besar ni bersuara, buat dasar itu ini, orang di bawahnya yang tak laksana, malah ada yang tikam bos dari belakang.

contoh, perdana menteri wujudkan dasar itu, jabatan kerajaan menerusi ketua jabatan tak melaksana.

senang cerita PM buat dasar A, KSN tak execute, jadi dibawahnya KPPA, PTD PTD dan sewaktunya dengannya lagi la taknak execute apa apa.

jadi dalam kes dato abu bakar, bukan dia sahaja yang patut kena terminate, majoriti P&P dalam JPA tu sendiri pun perlu diterminate, dan diganti baru. kalaupun dato abu bakar memang cuba sedaya upaya nak melaksanakan dasar, masalahnya orang dibawahnya yang khianat & taknak jalankan kerja yang diarahkan.

jadilah abu bakar kambing hitam...

Tanpa Nama berkata...

kambing hitam kupek - skim J,G ?

Kakitangan Awam berkata...

BONUS pun kena CEPAT dan TEPAT...hehehe

Tanpa Nama berkata...

aku dengsr kabar....j 17 da diluluskn j27-__horeerr.syukullll la..undi la BE END

Tanpa Nama berkata...

Dari mana dapat info ini cuba terangkan?atau semua hanya la angan2 semata2

Tanpa Nama berkata...

cepat undi pr
tepat tukar bn ke pr

cepat dan tepat

Tanpa Nama berkata...

Mengurus kejayaan dengan cara menyebarkan berita khabar angin adalah strategi yang silap dan makan tuan !
- qlate

Tanpa Nama berkata...

cepat bubar parlimen supaya kami boleh buat pilihan yang tepat...undi pr ...janji tukar

Tanpa Nama berkata...

janji ditepati ...hampeh...janji mungkir ada...
Pm Rosmah asyik rembat juta juta shopping luar negara..di oversea jadi 1st lady di M'sia jadi pm (tv3 yang kata)

tak nak rosmah..tak nak najib..

Tanpa Nama berkata...

bonus tak dak undi tak dak...ingat tak pak lah dulu...kedekut punya pasai 5 negeri hilang....

Tanpa Nama berkata...

"Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

janji ditepati ...hampeh...janji mungkir ada...
Pm Rosmah asyik rembat juta juta shopping luar negara..di oversea jadi 1st lady di M'sia jadi pm (tv3 yang kata)

tak nak rosmah..tak nak najib..

Jumaat, Julai 06, 2012 7:29:00 PM"

oleh itu pandai-pandai la ko racun penduduk daerah pekan, pahang supaya tak undi najib, sebagaimana pengundi sungai siput yang menggulingkan samy velu. selagi pengundi pekan undi najib, selagi dia jadi presiden umno, selagi tula dia akan jadi PM. kalau dia kalah di pekan, dia takkan jadi PM, mungkin dia akan dilantik jadi senator sahaja.

ada paham?

Tanpa Nama berkata...

tp jgn ko racun kasi mati kang jd pekan cowboy plak kat Pekan tu sbb semua dh mati kena racun..racun pikiran je..ok bro?

Tanpa Nama berkata...

mesti la bro Kak Ros mesti la shoping juta2..lu tgk la bro dia nk "mnampung betik" dia pun xlarat..itu pasal la dia shoping juta coz nk beli bra yg mahal br bleh mnampung "harta" dia tu

Tanpa Nama berkata...

Berfoya-foya sambil bekerja amalan kerja PA negara kita. Kerja yg berlambak boleh ditangguh2kan kerana esok masih ada. Jgn lupa jenguk perkhidmatan kaunter jabatan kerajaan ada sesetengah mrka suka marah2 dgn pelanggan. Seolah2 mereka tak dibayar gaji, seolah2 mereka dipaksa bekerja. Inilah antara anggita PA yg harus dihapuskan dan digantikan dgn org yg lebih komited lg.

Tanpa Nama berkata...

'mesti cepat dan tepat' tapi gov sdiri tk cepat dan tepat. cth SSBPA