SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Julai 2012

KUPEKMAS RANCANG KUMPUL 400,000 PESARA PADA HARI PESARA

Bernama
19/7/2012


KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS) merancang mengumpulkan lebih 400,000 bekas penjawat awam di seluruh negara setiap tahun bagi meraikan Hari Pesara yang jatuh pada 19 Julai.

Presidennya Datuk Omar Osman yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berkata kelab itu akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang mampu memberi faedah kepada bekas penjawat awam itu.

"Apa yang penting pada hari itu kita mahu meraikan pesara penjawat awam bagi menghargai jasa mereka kepada negara," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Perhimpunan Perdana Pesara Kerajaan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Pada majlis itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan setiap 19 Julai, Malaysia akan meraikan Hari Pesara sebagai menghargai jasa mereka penjawat awam dalam membantu membangunkan negara.

Omar berkata KUPEKMAS menyambut baik pengisytiharan Hari Pesara itu dan akan meneruskan usaha membela nasib pesara penjawat awam di negara ini.

-- BERNAMA

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st 1st.....yahuiii esok posee

Tanpa Nama berkata...

selamat berpuasa kepada umat islam semua...

Tanpa Nama berkata...

3th 3th...SELAMAT BERPOSEEE!!

Tanpa Nama berkata...

Kelab PENCEN ??? omar ngko Presden???
Cupek?? kamu jugak Presden ????

tamak bin baloba

Tanpa Nama berkata...

Adakah kupekmas sudah buat cadangan kepada kerajaan untuk menambah pencen dari jumlah 30 tahun kepada 33 tahun? Kalau masih belum, sila buat cadangan secepat mungkin.

Tanpa Nama berkata...

da tua2 tu dok ja la kat umah diam2 main ngan cucu....

Tanpa Nama berkata...

KUPEKMAS? mak aihh..polik bonar bunyinya..kah3..

Tanpa Nama berkata...

KOPEK MAS

Tanpa Nama berkata...

APALAH NAK JADI DENGAN CUEPACS MAKIN HARI MAKIN MENGARUT DAN MENYIMPANG DARI PERJUANGAN ASAL PENUBUHAN CUEPACS. DENGAN KUPEKMAS, HARI PESARA, PENJAWAT AWAM PERLU JADI AHLI CUEPACS DAN NTAH APA2 LAGI LAH YANG TIDAK RASIONAL DENGAN DASAR PERKHIDMATAN AWAM MASAKINI. CUEPACS PERLU BUAT MESYUARAT TERGEMPAR UNTUL USUL TIDAK PERCAYA KEPADA KEPIMPINAN CUEPACS SEKARANG DAN PERLU BARISAN KEPIMPINAN BARU YANG TERDIRI DARI SEMUA LAPISAN SKIM DAN GRED JAWATAN, BARULAH SEIMBANG.

fahamaa berkata...

aku tak faham.......

Tanpa Nama berkata...

dah bersara dan tua-bangka, buatlah cara tua, ini tak sedar diri lagi, kubur kata mari, rumah kata pergi, insaflah..!! buatlah sebanyak mungkin amalan utk di bawa ke alam akhirat..