SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Julai 2012

CUEPACS CARI PENDEKATAN TERBAIK PASTIKAN PENJAWAT AWAM DAPAT IMBUHAN MENJELANG AIDILFITRI

Bernama
17/7/2012

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sedang mencari pendekatan terbaik untuk memastikan 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara mendapat imbuhan menjelang Aidilfitri.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs akan mendapatkan pandangan pihak tertentu berhubung perkara itu sebelum menyerahkannya kepada pihak pentadbiran untuk diputuskan.

Beliau berkata Cuepacs tidak mahu setiap kali kongres itu membuat sesuatu tuntutan terutama bonus, terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

"Kita (Cuepacs) sedang mencari ilham supaya perkara ini tak menyusahkan kerajaan, peniaga dan pekerja, kita mahu satu pendekatan yang bijak," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs Bilangan 6 Sesi 2010-2013 di sini Isnin.

Mesyuarat dihadiri 130 orang anggota majlis. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa juga berkesempatan mengadakan dialog selepas mesyuarat.



-- BERNAMA

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pendekatan terbaik jgn pendek kata akurrr udah le


the 1st

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan pendekatan terbaik....
kerajaan membayar imbuhan secara tidak nampak supaya kakitangan awam rasa dihargai, tidak perlu ada hebahan atau wawancara media... kerana ini akan menyebabkab kenaikan harga barang dan memberi tekanan kepada rakyat yang lain.

Tanpa Nama berkata...

imbuhan tersebut boleh melalui memo antara jabatan @ surat pekeliling tiada langsung melibatkan pihak media. Hanya akan dibayar didalam slip gaji sahaja, melalui arahan pekeling atau memo.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan : Sistem gaji 13 bulan ...setiap tahun kakitangan awam akan memperolehi 12 + 1 bulan gaji yang dikira bonus. cara bayaran iaitu separuh daripada bonus akan dibayar sebelum hari raya puasa dan separuh lagi pada bulan hujung tahun sebagai bantuan persekolahan.

Tanpa Nama berkata...

bagi sama rata je setiap kakitangan tak kira apa gred apa jawatan semua dapat lump sum rm 2,000.00


1,400,000 x 2,000 baru 2.8 bilion. tak luak pun. projek terbengkalai kerajaan tu lagi besar nilai dia.

jangan ulangi kesilapan pak lah pada penghujung tahun 2007. ingat!

Tanpa Nama berkata...

yea betoi tu..

Tanpa Nama berkata...

"ye kita AKUR dgn keputusan kerajaan bla bla bla..."kata omak

Tanpa Nama berkata...

potong gaji ahli dun/parlimen, exco/menteri besar, menteri/timbalan/perdana menteri amik dalam 30-40%. tu dah cukup untuk cover duit bonus kakitangan awam.


mereka ni yang melantak lebih. dalam sidang dun & parlimen menyalak2 benda2 merepek2. tiap2 bulan dapat elaun/gaji bukan main banyak! tapi habuk pun tarak!

Tanpa Nama berkata...

bagi BUTA1K = Bantuan Untuk penjawaT Awam 1 ribu (K)

Tanpa Nama berkata...

bagi x bagi pun aku tetap tak pangkah BN....

Tanpa Nama berkata...

AKOK YANG UNGOI:
Sokong orang ni kata "imbuhan tersebut boleh melalui memo antara jabatan @ surat pekeliling tiada langsung melibatkan pihak media. Hanya akan dibayar didalam slip gaji sahaja, melalui arahan pekeling atau memo"

UNGOI TAK PAK USAH TAMBUK.

Tanpa Nama berkata...

yea ba xbg no to BEE END

Tanpa Nama berkata...

yea bg xbg no to BEE END

Tanpa Nama berkata...

sudah-sudahlah che omaq oi. lebih baiklah u minta pelakasanaan kenaikan pangkat yang telus dan adil. jangan jadi kami yang dah berpuluh tahun kerja,tot-tot yang naik junior yang kerja kuat dalam sukan,kik,pr,protokol,tukang tuang ayor,jual air lior bla bla bla. Bukan tak khatam dengan qada qadar tapi realiti.

Tanpa Nama berkata...

SETUJU..... PA di nilai bukan pasal kerja hakiki kuat tapi kerja luar...

Tanpa Nama berkata...

Asyik dengan tuntutan cuepec, apa hal yang tidak berkaitan dengan cuepec khususnya dari sektor swasta yang terpencil dari pantauan umum? mereka juga gulungan yang turut berperanan menjana ekonomi negara, tapi nasib mereka tidak sebaik yang diharapkan!

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg tak nak duit daripada jawatan atasan sampai lah yg dibawah ...
Orang yg dah bergaji besar pun gatal tangan utk pegang duit , ini kan pulak jawatan bawahan yg bergaji kecik cukup bulan ambik , hujung bulan habis .

Tanpa Nama berkata...

dapat bonus tu sumbat la dalam ASB ke tabung haji je. belajar2 la menyimpan. ni asal dapat duit je joli sakan.

Tanpa Nama berkata...

dah nasib badan org gaji kocik memang mcm tu anak gamai yg ada spai10 org tapi alhamdulilah kalau mengundi dah dapat10 pasti menag bolehlah nak tubuh kerajaan,tu kena jaga jgn spai merajuk.

Tanpa Nama berkata...

janganlah org yg gaji bosar aje yg dapat banyak bonus. bgilah org gji kocek sama banyak kalua sorang 2000 cukuplahtu....

Tanpa Nama berkata...

langkah baik CUEPACS bagi mendapatkan imbuhan Raya bagi kakitangan awam, tapi jika kerajaan meluluskan permohonan tersebut, elakkan hebahan itu ke dada akhbar kerana dikuatiri ianya akan mengundang kenaikan harga barang... kakitangan awam bukanlah bergaji besar, ditambah lagi kos sara hidup di kota metropolitan yang semakin tinggi... Saya mengesyorkan agar cuepacs mohon saguhati RM1000-RM2000 bagi kakitangan bawahan... manakala RM1500 bagi peringkat atasan.

Tanpa Nama berkata...

ASD haram...

Tanpa Nama berkata...

Xyah la bonus... Bonus utk kami p la bagi kt ank2 yatim dan org miskin....

Tanpa Nama berkata...

untung la kalu dpt rm2000 tahun ni...