SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Julai 2012

PENJAWAT AWAM PERLU LEBIH KREATIF DAN INOVATIF - NAJIB

Bernama
9/7/2012



PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Penjawat awam perlu menampilkan pelaksanaan tugas yang lebih kreatif dan inovatif bagi menyahut cabaran untuk memenuhi jangkaan rakyat yang semakin bertambah kompleks, pelbagai dan sentiasa berubah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkhidmatan awam merupakan tonggak kepada usaha memastikan dasar negara dilaksanakan, demi mencapai matlamat kerajaan untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Beliau berkata persekitaran hari ini jauh lebih berbeza berbanding satu ketika dahulu, yang menuntut kerjasama dan komitmen padu serta jitu daripada segenap lapisan pentadbiran.

"Kita berdepan dengan rakyat Malaysia yang mempunyai jangkaan dan harapan yang tidak macam dahulu dan perubahan ini disebabkan kejayaan kita menyediakan peluang pendidikan yang semakin tinggi, akses kepada pendidikan yang cukup luas. Pendedahan maklumat kini mungkin sudah terlalu banyak," katanya semasa berucap pada majlis Dialog Perdana Perkhidmatan Awam di sini Isnin.

Najib berkata sebagai pendukung sebuah pentadbiran, penjawat tidak ada pilihan selain daripada memacu kemampuan untuk menghasilkan sistem penyampaian yang lebih berkesan, pantas dan efektif.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Malaysia boleh berbangga kerana semasa persekitaran ekonomi negara Eurozone dan United Kingdom berada dalam keadaan tidak menentu, keadaannya tidak begitu ketara di Malaysia ketika ini.

"Mana tidaknya, mana-mana kami pergi, saya dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pergi, semua minta tambahan peruntukan," katanya dan menambah sektor pembinaan pula terus menyerlah tanpa menunjukkan tanda-tanda pertumbuhannya terjejas.

"Tapi kita juga perlu realistik, misalnya kita perlu pelaburan luar negara, kalau dunia menjurus ke arah krisis ekonomi, sudah tentu saluran bagi pelaburan baru akan berkurangan," katanya.

Najib berkata walaupun sudah menempa banyak kejayaan, namun perjalanan Malaysia masih jauh dan beliau percaya masih ada ruang untuk penjawat awam terus melakukan penambahbaikan, dan menurutnya perubahan itu perlu merupakan satu 'lonjakan berganda'.

Katanya, sebab itu beliau sering menggesa dan mencabar semua, termasuk dirinya sendiri, untuk memikirkan idea yang lebih kreatif dan inovatif yang boleh ditampilkan untuk membawa penambahbaikan sebenar, dan tidak boleh menjalankan tugas seperti kebiasaannya.

Najib berkata harapan dan jangkaan rakyat kini berubah dan pelbagai, apabila masyarakat di seluruh negara rata-rata berubah mengikut arus urbanisasi, yang membawa lebih banyak cabaran kepada sistem penyampaian, di samping menuntut penyesuaian dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab penjawat awam.

Menurutnya jika suatu ketika dahulu apa yang dipentingkan adalah keperluan asas seperti jalan raya, bekalan air dan eletrik, kini tuntutannya lebih pelbagai seperti usaha cegah jenayah, kebebasan dan layanan perkhidmatan.

Beliau berkata sebagai kerajaan, pentadbirannya tidak boleh menawarkan sesuatu yang retorik, tetapi perlu memberi bantuan yang jelas dan nyata yang sampai terus kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia dan banyak lagi.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga tidak boleh berbelanja sewenang-wenangnya kerana perlu bersandarkan kepada perbelanjaan yang berhemah.

"Kalau nak tambah perbelanjaan sekalipun, kita kena 'wujudkan kekayaan' kena cari sumber baru," katanya.

Lebih 500 penjawat awam dari seluruh negara hadir pada majlis dialog anjuran Razak School of Government, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perdana Menteri itu, yang diagendakan khusus sebagai platform utama untuk memastikan perkhidmatan awam Malaysia menjadi teras, tunjang dan tonggak hadapan dalam proses anjakan transformasi yang pesat ketika ini.

Majlis turut dihadiri Muhyiddin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.



-- BERNAMA

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan taknak kreatif/inovatif tapi kebanyakan kakitangan kumpulan sokongan ni kalau tunjuk bakat pun bukannya dihargai. malah dipijak2 dan dipergunakan. jadi baik buat bodoh sahaja.

ada yang mempunyai idea yang kreatif pula telah "dibunuh" oleh penyelia mereka.

ini perkhidmatan awam, tak sama macam sektor GLC/swasta. yang bawah2 nun kalau ada bakat/idea takkan boleh pegi mana/naik pangkat/dapat ganjaran. jadi buat apa nak tunjuk pandai sangat?

Tanpa Nama berkata...

stuju

Tanpa Nama berkata...

betoi tu

Tanpa Nama berkata...

itulah pasal...

Tanpa Nama berkata...

PA semakin berkurangan disebabkan ada yg pencen wajib, opsyen awal, kematian, sakit kronik, cacat kekal, sakit mental, dpt peluang baik, cabut, dsbnya, tinggallah kami semua khususnya Pembantu Tadbir yg terpaksa menanggung kerja yg sepatutnya di buat oleh 2-3 org PA lain, kami terpaksa buat 2-3 kerja serentak, kamilah yang buat perkhidmatan, persuratan, pembangunan dan sebagainya, dahlah tue alat bantu tak da, komputer jenis lama tak cukup unit pulak tue,line asyik problem jea, telepon kena pakai duit sendiri, ke sana-sini pakai kereta sendiri, kenderaan jabatan tak da, kami PA 1.4 juta meminta agar gred dan elaun kami dinaikkan, barulah kami dapat berfikir di luar kotak, nak berapa kotak, berkotak-kotak kami boleh bagi..!! memandangkan bebanan kerja sekarang semakin bertambah dan kompleks.. naikan semua gred 1.4 juta PA, satu lagi BONUS ada tak tahun nie.. 4 bulan bonus kami mahu.. menurut sumber bonus tahun nie tak da.. betul kea..!! sekirannya tiada, tunggulah nasib kerajaan di kemudian hari,BURUK PADAHNYA, kami mampu mengubahnya..!!!

Tanpa Nama berkata...

tuan, ada juga kes kota orang buat kerja berabis tapi orang lain yang mengaku dia yang buat kerja itu. macam tu tuan??

Tanpa Nama berkata...

memang betul tu...aku sokongggggg pendapat mu di atas......

Tanpa Nama berkata...

budaya dalam perkhidmatan awam lebih kepada: 10 kebaikan, terima kasih untuk hari itu sahaja. buat saja 1 keburukan, hilang 10 kebaikan dari pandangan mata, pulak tu 1 keburukan tu akan dikenang bertahun-tahun dan akan diabadikan dalam laporan nilaian prestasi tahunan.

itulah realiti perkhidmatan awam. jika anda gred rendah dalam kumpulan sokongan, walaupun mempunyai idea yang brilliant, anda tetap dipandang sebagai golongan kasta rendah oleh mereka yang menduduki jawatan tinggi.