SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Julai 2012

IKLAN JAWATAN (PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF)


IKLAN JAWATAN KOSONG
 ( PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF)



KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457


IKLAN JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini

A.   PERIHAL JAWATAN :

Bil
Jawatan
Gred
Klasifikasi Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji
1
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
N27
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Sokongan
Tetap
P1T1 RM1361.14 - P1T26 RM3565.62

B. SYARAT LANTIKAN
1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
( Gaji Permulaan pada gred N27 : P1T1 )
ii)  Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T5 )
(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T6 ,)

(b) Syarat Kenaikan Pangkat secara Lantikan.

( i) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian & Operasi ), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan ), Pembantu Tadbir ( Kewangan ) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila :-
a) telah disahkan dalam perkhidmatan, atau
b) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i),
c) lulus peperiksaan khas.
c)         Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
d)         Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.


C : UMUR
1.         Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang CUEPACS yang boleh didapati di Ibu Pejabat CUEPACS, Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu 55100 Kuala Lumpur.
E : ALAMAT PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-
Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.

F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 28 Julai 2012. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

G : DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PKP N17 yg dah lulus KPSL xleh mohon ke?

Tanpa Nama berkata...

mohon jer jika kamu layak. aku agak yang penting kamu perlu tau hal union dan cupek.

Tanpa Nama berkata...

Kalau anda pemegang Ijazah tak boleh mohon , ini keputusan Qpek !

Tanpa Nama berkata...

1.4 juta PA diperbodohkan cuepacs, dia berlakon jea, dah ada org kroni org cuepacs, apa lagi..

Tanpa Nama berkata...

tak payah membazir kertas dan setem untuk apply. jawatan tu dah diberi kepada suku sakat cuepacs. iklan tu sekadar untuk menjadikan proses itu SAH.

hehe.

Tanpa Nama berkata...

2 x 5 = 5 x 2 = Dua Kali Lima = Lima kali Dua

Tanpa Nama berkata...

Kenapa gelaran jawatan pelik sangat Penolongg Pegawai Eksekutif kan Pegawai eksekutif atau penolong pegawai tadbir N27