SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Julai 2012

PENGELUARAN KWSP: CUEPACS MAHU PEKERJA DIBERI PILIHAN

Berita Harian
20/7/2012

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar pekerja diberi pilihan untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada umur 55 atau 60 tahun.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata cadangan itu susulan maklum balas daripada kumpulan pelaksana yang tidak bersetuju pengeluaran caruman KWSP hanya pada umur 60 tahun. "Kita perlu melihat tiga kategori pekerja iaitu berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Biasanya pekerja berpendapatan sederhana dan rendah amat memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang dan pinjaman sebelum bersara. "Ada yang menggunakan wang persaraan untuk pendidikan anak-anak," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, isu tersebut mesti diteliti terlebih dahulu sebelum dilaksana.

Isu pengeluaran KWSP pada usia 60 tahun itu timbul susulan pembentangan Rang Undang-undang Persaraan Minimum 2012 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada bulan lalu yang menetapkan umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun, berkuat kuasa Januari tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dilapor berkata kerajaan belum membuat keputusan berhubung had umur pengeluaran caruman KWSP.
Ketika ini, caruman KWSP boleh dikeluarkan apabila pencarum mencapai usia 55 tahun. - BERNAMA

6 ulasan:

bulax berkata...

tontolou..

Tanpa Nama berkata...

jangan la tahan2 duit orang tu. umur 50-55 tu dah sesuai la tu untuk mereka keluarkan. umur rakyat malaysia ni bukan panjang mana sangat pun.

nak buat keputusan tu jangan la ikut tekak sendiri je. pikirkan kebajikan pekerja sikit.

Tanpa Nama berkata...

Penyebab UMNO kalah PRU-13 ini jika:

1) Pelajar dibenarkan bawa hp. Rasionalnya guru berasa pandangan mereka tidak diambil kira.

2) Pengeluaran KWSP dibuat pd 60 tahun. Rasionalnya aku pun marah kalau orang sekat duit aku. Kalau berani buatlah.

Tanpa Nama berkata...

tujuan disekat duit tu sampai 60 tahun supaya senang mereka nak samun dulu atau guna dulu untuk buat projek mengarut2. tu pasal dia peram lama2 sebab dia tau ramai juga orang yang meninggal sebelum usia 60 dan tak sempat ambil duit tu dan ramai juga yang tak letak penama/waris dalam akaun kwsp tu. jadi duit tu terperam saja.

ada paham?

kalau dah paham, TUKAR!

Tanpa Nama berkata...

jgn la tahan2 duit org tuh weh. dah2 ler tuh wat zalim tuh

Tanpa Nama berkata...

kwsp disarankan supaya beri dividen 10%. bosan le tgk dividen 4-5% setiap tahun tu.