SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Julai 2012

Nasional Penjawat awam digesa ubah mentaliti, cara kerja

Berita Harian
11/7/2012



KUALA LUMPUR: Penjawat awam perlu melakukan anjakan sikap drastik seiring dengan gagasan dan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata penjawat awam tidak seharusnya berasa selesa berada pada takuk lama sehingga pencen dan sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian yang biasa. “Penjawat awam perlu menyahut saranan Perdana Menteri sebagai satu cabaran bagi meningkatkan daya saing mereka. Mahu naik gaji tapi sikap pada tahap lama tidak mahu berubah macam mana?
“Kita menyokong untuk menjadikan penjawat awam berpendapatan tinggi tapi mesti seimbangkan pendapatan dengan sikap serta kerja yang dilakukan,” katanya hari ini, semalam.

Kelmarin, Najib berkata, penjawat awam perlu sentiasa mengambil sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian. Sikap itu pula perlu disokong dengan satu lagi akronim - PCI - ‘Productivity, Creativity and Inovation’ (Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi).

Perdana Menteri yang dikenali ramai sebagai ‘peminat bola,’ turut memberi contoh kejayaan Sepanyol menjuarai Euro 2012 menumpaskan Itali 4-0 yang menurutnya dicapai apabila pasukan itu menampilkan pendekatan baru dengan beraksi tanpa pemain penyerang, sebaliknya bergantung kepada enam pemain tengah untuk menjaringkan gol.

Omar berkata, bahagian latihan dan sumber manusia setiap agensi kerajaan perlu memainkan peranan dalam membentuk minda penjawat awam supaya mampu berfikir di luar daripada kebiasaan bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.
“Dengan menggunakan kaedah bukan konvensional, mekanisme baru bagi menyelesaikan masalah rakyat dan melakukan kerja harian akan terbentuk dan mekanisme ini akan membantu penjawat awam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik dan berkesan,” katanya. - BERNAMA

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah Presiden Ceupacs kerana menyeru agar pA ubah cara berfikir dan melakukan transformasi seperti yang dihasratkan PM kearah wawasan 2020.negara berpendapatan tinggi.

Saya sokong Presiden.Harap tahun ni dapat bonus.Kedudukan kewangan kerajaan kukuh.

Tanpa Nama berkata...

Strategi Sepanyol : 6 pemain tengah dlm bolasepak.
Strategi Cupec : 1 orang cakap (omar) saja .. kpd PM, TPM, JPA, KSN,KPPA,SSM+ , union, [habih boreh .....]

Tanpa Nama berkata...

kan Mlysia BOLEH..jd semua la boleh..

Tanpa Nama berkata...

indon boleh,bangla boleh,nepal boleh,vietnam boleh & mat afrika pun boleh...boleh senang2 msuk Malaysia ni idup bebas bak helang di angkasa...Cheh mcm lg sarifah aini plak..hehehe

usin sriver berkata...

sokong juga.., cuma jangan bikin orang lain mental udah lerr hu3

Tanpa Nama berkata...

Ramai penjawat awam asyik buang masa dengan minum berjam-jam,berkira kerja maksudnya kerjanya orang lain kena buat,kerja orang lain dia tak nak bantu.ketua ketua kena pantau isu ini supaya penjawat awam dalam sektor awam menjadi pekerja yang gemilang bukan pekerja yang penipu kata kata.

Tanpa Nama berkata...

PA semakin berkurangan disebabkan ada yg pencen wajib, opsyen awal, kematian, sakit kronik, cacat kekal, sakit mental, dpt peluang baik, cabut, dsbnya, tinggallah kami semua khususnya Pembantu Tadbir yg terpaksa menanggung kerja yg sepatutnya di buat oleh 2-3 org PA lain, kami terpaksa buat 2-3 kerja serentak, kamilah yang buat perkhidmatan, persuratan, pembangunan dan sebagainya, dahlah tue alat bantu tak da, komputer jenis lama tak cukup unit pulak tue,line asyik problem jea, telepon kena pakai duit sendiri, ke sana-sini pakai kereta sendiri, kenderaan jabatan tak da, kami PA 1.4 juta meminta agar gred dan elaun kami dinaikkan, barulah kami dapat berfikir di luar kotak, nak berapa kotak, berkotak-kotak kami boleh bagi..!! memandangkan bebanan kerja sekarang semakin bertambah dan kompleks.. naikan semua gred 1.4 juta PA, satu lagi BONUS ada tak tahun nie.. 4 bulan bonus kami mahu.. menurut sumber bonus tahun nie tak da.. betul kea..!! sekirannya tiada, tunggulah nasib kerajaan di kemudian hari,BURUK PADAHNYA, kami mampu mengubahnya..!!!

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan yg ada skrg macam kera kena belacan, terlalu ghairah tak tentu pasal cuba nak setanding negara yg sudah maju 100 tahun dari malaysia. Para pemimpin negara kita haruslah cerminkan diri tentang apa yg kita ada khasnya kemajuan ict, rangkaian kemudahan internet. Jgn sikit2 minta rakyat membuat sesuatu secara online sedang kemudahan internet d negara kita ketinggalan 100 tahun dari negara maju.Sediakan kemudahan dulu baru laksanakan. Seolah2 apabila perut dah lapar baru nak cari apa yg hendak dimakan. Keadaan ini skrg banyak dihadapi oleh kakitangan kementerian pelajaran khasnya guru. Bermacam2 data/maklumat yg perlu dibuat secara online. Network coverage terlalu lemah dan kerja tak selesai, membuang masa dan geram dibuatnya. Jgn kita buat keputusan berdasarkan keselesaan kemudahan seperti yg terdapat di putrajaya. Ingatlah pada rakyat yg berada diluar bandar dan pedalaman. PTD yg cekap, bijak tapi tak prihatin saja yg merasa tidak bersalah apabila rakyat mengeluh.

Tanpa Nama berkata...

Memang perlu diubah cara kerja sekarang . Terutamanya Skim Perguruan itu sebb Krjaan merangka Tranfomasi Pendidikan kearah masa hadapan berlandaskan agenda GTP .
Terutamanya Bahasa Inggeris utk Bumiputera memang hancur pendidikan subjek Inggeris tahun 1-6 + Tingkatan 1-5 + Matriks + Universiti (4tahun) masih lagi Bumiputera kebelakang .
Faktor itulah Pelajar Bumiputera tidak dapat bersaing terutamya sektor Swasta yg menitik berat berkomunikasi dgn baik dalam Bahasa Inggeris .
Jika Bumiputera hendak melahirkan ramai Skim Profesional bahasa pengantarnya adalah Inggeris .
Malaysia masih lagi belum setanding dengan negara maju seperti Rusia , German , Perancis , Korea & Jepun mengagung bahasa ibundanya menggunakan bahasa pengantar dalam subjek Pure Sains & Matametik walaupun Kursus berkenaan adalah melahirkan Profesioanal sebagai contoh Doktor & Jurutera .

Dah dapat Skim Time Base yg menarik patut2lah setimbal dgn bayaran itu . Budaya kerja perlu diubah ( kerjalah macam penjawat awam lain sampai pukul 5pm)
Kena bekerja dgn Budaya Baru barulah menghasilakan Pelajar yg berkualiti & bersahsiah intergriti tinggi .

Tanpa Nama berkata...

apa tulis panjang2 ni malas nk baca la..pndek2 cukup la

Tanpa Nama berkata...

saya mencadangkan supaya semua skim digantikan dengan PTD.

sebagai contoh, yang sekarang ni jadi anggota keselamatan seperti polis, tentera digantikan dengan PTD.

anggota pencegahan dan kesihatan seperti bomba, doktor/jururawat/pemandu ambulan diganti dengan PTD

guru sekolah diganti dengan PTD
pembantu tadbir P/O, kewangan, penyelia asrama, juruteknik semua digantikan dengan PTD.

barulah MENTALITI DAN CARA KERJA PERKHIDMATAN AWAM dapat berubah. sebab PTD kata PTD yang baru berjumlah 9,000 ekor ni memacu transformasi perkhidmatan awam.

apa lagi. bersarakan semua PA gred lain, buat pengambilan baru untuk PTD bagi mengisi kekosongan 1.3++ juta kakitangan yang telah dibersarakan tu.

Tanpa Nama berkata...

TIME BASE sudah diberikan oleh Krjaan , jadi utk membalas jasa Krjaan yg memerintah , Perkhidmatan Perguruaan perlu membalas yg telah diberikan keistimewaan Time Base memberi perkhidmatan yg cemerlang & bukannya tembelang .
Jgn hanya melemparkan rungutan masalah kerja banyak , membuat tugas selain tugas hakiki , hakikatnya boleh saya sebutkan Jawatan lain @ jabatan yg lagi teruk bebanan kerjanya tetapi tiada rungutan @ sesungut mereka bekerja & terus bekerja .
Yg penting keihklasan & berharap diredai oleh Allah SWT .
Jika tidak nampak di Dunoia ini , Insyaalah diakhirat @ kebaikan , dipermudahkan anak2 utk belajar .

Tanpa Nama berkata...

Kerja nak senang , gaji nak lebih macam tulah ...

Tanpa Nama berkata...

Krjaan yg bengong ingat bagi semua Guru Time Base , memartabatkan cikgu ,kira boleh semua Cikgu nak undi sangat BN .
Kerja nak mudah , gaji nak besar , naik pangkat macam naik ekskalator , tak payah berusaha mcm jawatn lain , yg pandai berungut beban kerja banyak .
Tukarlah mentaliti budaya kerja barulah berkat & contoh membudayakan kpd Pelajar .

Tanpa Nama berkata...

ingat semua cikgu tu pandai ke? ada juga cikgu yg bodoh & bengong .