SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Julai 2012

PEMBERIAN BONUS PENJAWAT AWAM TIDAK JEJAS DEFISIT, HUTANG NEGARA TERKAWAL - AHMAD HUSNI

Bernama
30/7/2012
IPOH, 29 Julai (Bernama) -- Pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion tidak menjejaskan sasaran defisit dan hutang negara terkawal, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata keadaan kewangan negara membolehkan pemberian bonus tersebut melalui bajet yang disediakan kerajaan setiap tahun.

"Dari segi pendapatan negara kita telah mencapai sasaran untuk tahun ini. Malahan kita jangka perolehi lebih daripada sasaran kutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam serta dividen yang akan kita terima daripada agensi-agensi kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan van jenazah oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada Persatuan Kebajikan Taman Klebang Jaya di Dewan Komuniti Chemor di sini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

-- BERNAMA

25 ulasan:

192.168.0.1 berkata...

kalau bagi lagi hujung tahun ni pun TETAP TIDAK AKAN DEFISIT. usah bimbang.

oleh itu, tambahlah lagi!

Tanpa Nama berkata...

dia akan jadi defisit kalau duit negara kena samun dengan orang politik, kontraktor politik, projek terbengkalai dan sebagainya.

setakat bagi bonus kepada penjawat awam, tak luak pun. kurang2 mereka berbelanja untuk menjana ekonomi juga. tak sama macam beri projek bilion2 kepada kroni, awal2 lagi dah lesap 1 bilion. yang tu baru DEFISIT!

Tanpa Nama berkata...

kalau defisit meningkat / hutang luar negara meningkat, boleh "pinjam" duit YB kita yang simpan duit di swiss bank tu. apa der hal???

hehe

Tanpa Nama berkata...

Sibuk bising kata kroni la, kontraktor anak beranak la. Korg sedar x yg korg kata korni tu la syarikat bumiputera yg mampu nk jalankan projek. Ko bising-bising pd diorg, aku nk tanya ni, berapa besar company ko ada nk bid tender kerajaan? Ko tau ke sedra-mara ko yg ada company besar utk bid tender kerajaan?

Kurang-kurang kroni tu ada juga dia tunaikan tanggungjawab kpd negara dgn menawarkan kerja dr bos sampai ke tukang cuci jamban utk diorg cari makan. Ko ada ke company yg bagi makan org? kalau projek lepas kt kaum lain ada ke diorg pikir pasal org melayu. Ni la cara kerajaan supaya setiap tender tu org melayu juga yg dapat manfaatnya x kira la dia cuci jamban aje pun.

Bankang nombor satu, cuba minta tolong selesaikan masalah, haram ko nak tolong.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Ha! ha! ha!........tolong percaya.1 1 malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Mana skim J ni diam jer atau skim J p site tengok projek...hhahaha

Tanpa Nama berkata...

++++++++++++++++++++++++++++++++

Ha! ha! ha!........tolong percaya.1 1 malaysia.

Isnin, Julai 30, 2012 10:30:00 PM

--------------------------

yang tu mesti:

1. kontraktor politik
2. mak/bapak dia kontraktor politik
3. dia adalah pegawai (biasanya PTD) yang menganugerahkan projek kepada kontraktor politik
4. dia adalah ahli politik yang mempunyai syarikat kontraktor politik
5. tipikal penyokong tegar parti politik yang mengamalkan kronisme

jadi jangan pelik kalau dia melantun/melenting/emosional. kah kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa pemberian bonus kali ini bersyarat pula??..syarat yang diambil kira pulak tu start dari 1 jan 2012 hingga 25 julai 2012 bekerja 30 hari berturut - turut...apa rasional semua ini?? Mohon penjelasan daripada Presiden Ceupacs....

=================================

mesti la bersyarat dik oiii... takkan la baru masuk kerja sehari dah leh dapat bonus.. sekurang2 nya org baru masuk dah kerje sebulan kira ok la dpt bonus tu.. xpe bonus ujung tahun nanti pasti merasa.. sabar yeee.

Tanpa Nama berkata...

hehe benda mudah pun susah nak faham. apa daaa..

tu kira ok dia kira "sebulan berturut-turut" pulak tu bagi julat 01/01 - 25/07"

zaman aku start keje dulu kalau umum bonus hujung tahun, dia kira dari bulan bila kau masuk. kalau masuk tengah bulan, dapat separuh je. kalau masuk bulan 9, dapat suku je.

Tanpa Nama berkata...

1/2 bulan je bonus? kerja bagai nak rak,siap tinggal anak bini kerja luar kawasan,bagi la lebih dari 1/2 bulan sesekali.....tak pun bagi langsam rm2000 tiap seorang...

Kebabo! berkata...

Aku rasa skim J dah dok diam lar tu..maybe diorng dh gi site tgk projek.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

aku tak paham la dengan skim J ne, klu setakat sijil poli nak minta gaji lebih tak payah la n SPA dah buka untuk ijazah minta kerja kelayakan SPM, lepas ne agaknya kelayakan sijil sama dengan ape pula, dok same ngan sijil kawin ke plak, habis ijazah yang masuk tu gaji ape plak. jd ne skim J tok sah dok bising la, semak aku tengok skim J ne. kerja tak siap tp canang sekampung dah siap, pi la pantau projek tu takut ada yang makan suap.

Tanpa Nama berkata...

PERJUANGAN GRED J AKAN JADI KENYATAAN JIKA ADA JUSTIFIKASI KUKUH DAN POLITICAL WILL.

KEPADA GRED J,SAYA YAKIN PERJUANGAN ANDA AKAN BERJAYA.

CUMA...KENAPA TIADA ORANG POLITIK MAHUPUN PEMBESAR KEM. KERJARAYA YANG BERCAKAP TENTANG HAL INI.

Tanpa Nama berkata...

CUMA...KENAPA TIADA ORANG POLITIK MAHUPUN PEMBESAR KEM. KERJARAYA YANG BERCAKAP TENTANG HAL INI.

pasal mereka semak kepala tengok J macam kau ni. melalak benda mengarut.

jadi teruslah melalak dalam blog ni. kau takkan dapat apa.

Tanpa Nama berkata...

Bila bagi bonus bising nanti defisit la apa la. Tang parti bulan nak buat free semua tu tak defisit?

Orang kampung kena tipu bulat2.

Tanpa Nama berkata...

Tang parti bulan & roket nak buat free semua tu tak defisit. Sebabnya akan ditaja 100% oleh Petronas..

Tanpa Nama berkata...

Bila bagi bonus bising nanti defisit la apa la. Tang parti bulan nak buat free semua tu tak defisit?

Orang kampung kena tipu bulat2.
+++++++++++++++++++++++++++++++++

kenapa bila PAS ajak debat tak mahu.....gunakanlah peluang tu untuk tunjuk hebat,rakyatpun nak tahu juga kebenaran....bukan hanya buat dokumentari dan demonstrasi dalam tv je...ajak debat secara ilmiah tolak.

sebagai rakyat yang tak dungu,aku mahu info untuk aku pilih,pihak mana satu yang ada idea bernas.bukan pilih puak mana yang hebat /kuat bertumbuk,tapi pihak yang ada hujah ilmiah.

Khamis, Ogos 02, 2012 12:04:00 PM

PAS ajak debat bersyarat-syarat mengalahkan meminang puteri gunung ledang. UMNO pun buat mcm syarat2.

Yang pasti selagi DAP, PKR, MCA masih bersama-sama parti tu, mustahil bagi UMNO & PAS untuk berdebat dan bermuzakarah.

Tanpa Nama berkata...

Kepincangan dalam pengurusan sumber manusia PA makin terserlah, yang ada Ijazah palsu pun tidak dapat dikesam...Mungkin itulah standard kerja pegawai atasan PA hari ini. JPA atau SPA seharusnya telus dan berlaku adil dalam urusan pengambilan kakitangan awam.. Jangan ketepikan kakitangan lama yg telah memiliki Ijazah untuk dinaikkan pangkat, mereka itu sebenarnya aset kepada organisasi.. Hairan bin Ajaib- yg ada Ijazah betul,tidak dapat .. yg ada ijazah palsu tu!, boleh lepas pula. Angkara Siapa Ini? Renung-renung la....

Tanpa Nama berkata...

kurangkan ahli politik kepada separuh. sekarang ni je kerusi parlimen ada 222. kurangkan jadi 100.

baru la negara ada rizab lebih sebab boleh save budget dari bayar gaji/elaun pada ahli parlimen/dun yang merepek2 & takda fungsi.

gabungkan kementerian. menteri tak perlu ramai2. tu semua membazir duit.

setiausaha parlimen/sulit/politik tu semua kasi buang. membazir. pegawai kerajaan sedia ada sudah cukup untuk cover kerja2 orang politik tu

Tanpa Nama berkata...

kalau petronas taja pun awatnya??petronas sapa punya lak??lapaq sangat ek pai cakap pun pakai bontot...xpa sabar2 xlama dah stgi leh makan...

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya tetap tinggal masalah. Riuh sekampung, hangat2 tahi ayam dlm segala hal tapi habuk pun talak. Inilah stail pemerintah negara kita sejak dulu hingga skrg. Rakyat menjadi binggung/serba salah dibuatnya. Nak ganyang habis2an belum tentu PR dpt buat lebih baik dan adil kpd semua lapisan masyarakatn. Bingung punya bingung, apa kata semua pengundi tak perlu mengundi pada PRU13 nanti. kuang.....kuang....kuang....

Tanpa Nama berkata...

Tak pa teruskan. Kalau duit kerajaan habis cetak je banyak2. Hehehe......

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Tak pa teruskan. Kalau duit kerajaan habis cetak je banyak2. Hehehe......

Sabtu, Ogos 04, 2012 1:15:00 PM

--------------------------

hahaha, duit kertas/syiling yang kita ada ni memang terlebih cetak pun. sepatutnya nilainya dicagarkan berbentuk emas di bank negara. tapi percayalah, emas yang ada dalam bank tu sikit sahaja berbanding dengan duit kertas yang ada di seluruh tanah air.

bila sistem duit kertas/syiling ni dah terlingkup, barulah masing2 nak menyesal sebab tak gunakan dinar emas. waktu tu dah terlambat dah.