Kosmo
2/5/2014
2/5/2014

JITRA - Kerajaan sentiasa membuat pertimbangan sewajarnya sebelum 
melaksanakan transformasi demi kepentingan rakyat dan negara termasuk 
dalam memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, biarpun 
adakalanya sesuatu keputusan itu dilihat tidak perlu atau tidak patut 
dilakukan, namun kerajaan mempunyai sebab dan rasional yang kukuh 
sebelum melaksanakannya.
"Apabila kita memperkenalkan GST yang bakal dilaksanakan April tahun 
depan, tujuannya tidak lain bagi meningkatkan pendapatan dan sumber 
kewangan negara."Selepas dilaksanakan, ia mampu merangsang pertumbuhan ekonomi 
negara, sekali gus membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai 
pembangunan untuk rakyat khususnya dalam memenuhi keperluan golongan 
penjawat awam di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 bertemakan Penjawat Awam Tiang Seri Negara di Dewan Wawasan di sini semalam.Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Menteri Besar
 Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Presiden Kongres 
Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih 
Muda.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan