SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Jun 2014

NASIHAT CUEPACS KEPADA PEMINAT BOLA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Berita Harian
6/6/2014




KUALA LUMPUR: Cuepacs yang bimbang dengan demam Piala Dunia yang melanda negara empat tahun sekali, hari ini menasihatkan penjawat awam supaya memastikan mereka tetap segar dan cergas bekerja, walaupun akan menonton siaran langsung perlawanan bola sepak itu waktu dinihari.

Presiden Cuepacs, Azih Muda, berkata penjawat awam yang mahu menonton perlawanan siaran langsung yang akan disiarkan selepas pukul 3 pagi, seharusnya memilih tidur malam lebih awal.

Piala Dunia Fifa 2014 akan berlangsung di Brazil dengan perlawanan pertama pada 12 Jun antara Brazil dan Croatia pada jam 5 petang (4 pagi/13 Jun di Malaysia) dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 13 Julai pukul 4 petang (3 pagi/14 Julai di Malaysia).

Kebanyakan perlawanan akan bermula ada 3 pagi atau 6 pagi waktu Malaysia.

Azih menasihatkan penjawat awam supaya tidur awal pada sebelah malam bagi memastikan tempoh tidur mereka mencukupi untuk sesuatu hari itu.

Beliau berkata umat Islam akan mula berpuasa bulan Ramadan pada akhir Jun ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia itu.

"Lazimnya kita mudah lesu semasa bulan puasa, ditambah dengan perlu bangun awal untuk bersahur, inikan pula akan berjaga pada waktu malam, ini akan membuatkan seseorang itu mudah keletihan, " katanya kepada Bernama.
Azih berkata adalah penting bagi penjawat awam mengelak daripada menerima rungutan pelanggan.

"Tugas kita sebagai penjawat awam ialah memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan produktiviti kita pada tahap maksimum," katanya.

Azih sendiri pula bagaimana? Adakah beliau akan menonton perlawanan Piala Dunia yang diadakan?

Sudah tentu, sebab beliau penyokong pasukan Brazil dan tidak sabar mahu menonton aksi bintang Samba pemain kegemarannya, Neymar. - BERNAMA

5 ulasan:

Unknown berkata...

empat hatun sekali la ... itu pon tak boleh fikir .. bangun sahur tiap2 tahun , tetap menunaikan fardu puasa dan kerja di siang hari takde hal pon ... boleh fikir x ????

Unknown berkata...

nasihat saya pada kupet..cepat2 la minta naikkan itp tu...tak masuk akal langsung la...

Unknown berkata...

tengok jela siaran tertunda. tak usahlah terlalu taksub sangat dengan bola tu sampaikan perlu tengok siaran langsung yang akhirnya menyusahkan diri sendiri malah lebih buruk lagi menyusahkan rakan sekerja lain disebabkan perlu cover kerja mereka yang EL atau tidur di waktu pejabat.

Unknown berkata...

Kadang2 perjuangan kupek ni macam bodoh saja. Taik kuda pun tadak.

Unknown berkata...

tolong la naikkan cola...bkn sumer org layak dpt quarters..yg brnasib baik dpr quarters d putrajaya baguz la..tapi yg xdpt tu..menyewa d kawasan sekitar nya..paling kurang RM500 bayar sewa rumah yg berkeluasan sekitar 650sq.f-750sq.f...x ber lif lg...sgt tidak berbaloi...