Bernama
21/6/2014
21/6/2014
MELAKA, 21 Jun (Bernama) -- Pertambahan hasil daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan kerajaan menimbang pelbagai permintaan termasuk kenaikan elaun penjawat awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kerajaan memerlukan hasil tambahan baharu bagi memenuhi permintaan itu dan sistem GST yang lebih telus serta efisien dilihat dapat membantu menambah hasil kerajaan. "Kalau Presiden Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) nak minta tambah elaun dan sebagainya, saya sebagai Menteri Kewangan perlu cari hasil tambahan, barulah boleh saya pertimbangkan.
"Kita tidak boleh pinjam duit daripada institusi kewangan seperti Bank Dunia nak bayar gaji, elaun... tak boleh, resepi itu boleh membawa kepada bencana ekonomi," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, Sabtu. Katanya rasional pelaksanaan GST perlu difahami masyarakat di setiap peringkat sebagai suatu sistem yang mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat.
Najib turut menegaskan pelaksanaan GST bukan untuk membebankan rakyat sebaliknya untuk memperkukuhkan hasil negara yang kemudian diagihkan kembali kepada rakyat. "Bukan semua barang akan naik (dan) bukan semua perkhidmatan akan naik (disebabkan GST), banyak barangan perkhidmatan asas akan dikecualikan daripada GST, inilah yang patut kita faham," katanya.
GST diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen Oktober tahun lepas dan akan dilaksanakan mulai 1 April 2015, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan. Sistem cukai baharu itu menetapkan enam peratus kadar cukai berbanding cukai jualan dan perkhidmatan berjumlah 16 peratus.
Sementara itu, mengulas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikhuatiri Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bakal memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara dan warga pekerja, Najib berkata negara yang menyertai TPPA mempunyai kelebihan tertentu terutamanya dalam perkara melibatkan pelaburan dan pasaran.
"Malaysia tiada pasaran domestik yang besar seperti Indonesia atau China, kita bergantung kepada pasaran dunia, kalau kita hilang daya saing maka jumlah pelaburan dalam negara akan merudum dan akhirnya tidak berjaya menambah pekerjaan atau menaikkan kualiti pekerjaan ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya.
Namun, beliau berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat serta tidak akan membuat keputusan sehingga mengorbankan kepentingan negara.
-- BERNAMA
32 ulasan:
hmmmm..nampaknya tahun depan la kita dapat kenaikan elaun..huhuhu
GST pasti dilaksanakan....skim J sudah pun berjalan...bila lg skim yg setaraf dengan J hendak dilaksanakan..
apa cerita SST?kata nak muktamad bulan JUN 2014??apa cuepacs buat?baki penambahbaikan skim dah senyap dah...CUEPACS?tido ke?ke buat2 tido?
nak jadi pemimpin zaman sekarang bukan susah .. pandai penipu , pandai bohong , pandai berlakon sikit .. gerenti leh jadi pemimpin .. tambahan dalam malaysia nie ..
islam tu jauh lebih bagus . penuh keadilah , kesamaan , kemudahan .. menjadi terbaik antara terbaik ...
Wahhhh....mesti bonus 2 bukan punya...he he he....amin.......
Wahhhh....mesti bonus 2 bukan punya...he he he....amin.......
Baru saja saya komen semalam pasal kebebalan Najib menyatakan yang pelaksanaan GST adalah untuk bagi kenaikan elaun penjawat awam.
CEUPACS ini pun satu bangang juga, mengapakah dibuat posting sebegini?
GST dilaksanakan oleh kerajaan bukannya untuk kenaikan elaun penjawat awam, tapi sebagai mekanisma untuk mengesan penipuan oleh para peniaga di mana dengan adanya GST, kerajaan akan dapat kesan berapa untung rugi peniaga dan dapat mengelakkan barangan dilarikan cukai.
Bukannya GST dibuat untuk naikkan elaun penjawat awam. Saya tak tahulah betapa kebodohan Najib dan CEUPACS ini akan hanya menyebabkan orang ramai memandang serong kepada penjawat awam di mana orang awam akan tuduh GST dibuat kerana tuntutan kenaikan elaun oleh penjawat awam. Penjawat akan disalahkan oleh orang awam kelak.
Tetapi kebodohan Najib dan kepimpinan CEUPACS memang terserlan dengan kenyataan bangang, bebal dan dungu seperti ini.
Esok cakaplah lagi bahawa kerajaan mengurangkan subsidi untuk naikkan gaji penjawat awam pula, biar orang awam akan merasa benci dengan penjawat awam, baru puas nafsu serakah Najib dan kepimpinan CEUPACS yang bangang dan dungu ini.
Bak kata Ahmad Maslan, Timbalan Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO, "Kalau 10 tahun tak mahu ambil tahu pasal GST, sampai itulah tak akan faham".
Kerana bengapnya dan dungunya Najib dan kepimpinan CEUPACS yang tak mahu mengambil tahu pasal GST, maka keluarlah kenyataan bodoh dan bengong dari mereka seperti "Perlaksanaan GST akan membolehkan kerajaan beri kenaikan elaun kepada penjawat awam".
Najib sebagai orang yang merancang dasar GST, kalau Najib sendiri pun bangang tak faham GST, macam mana orang kampung di pedalaman nak faham, lepas tu buat iklan macam mangkuk hayun sampai orang pun keliru.
Sedarlah semua, sedarlah Najib, kau berhenti sahajalah Najib, ramai dah meluat dengan kau, berasa diri hebat, syok sendiri sahajalah, memang jenis pelingkup sahajalah.
Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

kupek usah suka sgt,,kalau ya oklah...yg penting teruskan bela nasib PA...biar jadi badan yg disegani,,,bukan dipermainkan oleh org lain..
nak raya ni tak ada bantuan ke?
nak raya ni tak ada bantuan ke?
MINTA TOLONG CEUPACS KAJI LAGI PERJAWATAN. BANYAK SKIM YANG RASA TERPINGGIR. KHUSUSNYA JURUTEKNIK KOMPUTER. BKN KAMI NAK MERUNGUT. TAPI MMG NMPK KETIDAK SELARASAN BERLAKU. HARAP PIHAK CEUPACS YANG TEKUN DAN RAJIN PERJUANGKAN HAK NI TOLONG BANTU YE. TERIMA KASIH. IGT NI. JURUTEKNIK KOMPUTER!
Elaun rmh 180 takde kenaikan ke tambah la sket bg la250 ckup la kalau x mampu nk bg banyak... kurang sket beban nk byr sewa rmh
Apa pun dgn izin Allah. Tadbir Allah akbar 3×
Cuepacs sekarang tidak seperti dulu...lantang meminta untuk kebajikan kakitangan awam...
Bukan tadbir Din ,takbir
BONOS BONOS BONOS BONOS BONOS BONOS
KAMI PERLU BONUS
Duit raya x de ke thn ni senyap jer..kupek acer mohon kt gomen
Mohon Bonus 2 bulan gaji, nak bayar hutang Maybank
TERKINI: MB Sel umum bonus raya sebulan gaji
SHAH ALAM 2 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor akan memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.
Bagaimanakah dengan perjumpaan antara kepimpinan CEUPACS dengan Perdana Menteri yang dicanangkan akan diadakan pada bulan Jun yang lepas? Apakah hasilnya?
Sehingga kini, tiada khabar berita mengenai perkara tersebut, apakah sekali lagi penjawat awam diperkotak katikkan oleh kepimpinan CEUPACS dan Perdana Menteri dengan kerjasama pegawai atasan di JPA?
Kepimpinan CEUPACS jika tidak mampu untuk mengendalikan isu-isu melibatkan penjawat awam, saya sarankan supaya berundur sahajalah dari jawatan dalam CEUPACS.
Malahan kepada Perdana Menteri sendiri, jika tidak mampu untuk menguruskan isu-isu kebajikan penjawat awam yang merupakan tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam dengan adil dan saksama, apa gunanya lagi jadi Perdana Menteri, lebih baik letak jawatan sahajalah.
Malahan Perdana Menteri seperti tidak mempedulikan dan tak cakna pasal penjawat awam bila banyak perkara yang patutnya diuruskan oleh penjawat awam telah diberikan kepada konsultan untuk diuruskan, tetapi hasil pengurusan konsultan itu, tunggang langgang pentadbiran kerajaan sekarang ini kerana mereka tidak mengerti dan tidak dapat membezakan urusan korporat dengan urusan kerajaan yang berbeza dari banyak segi.
Sebagaimana cabaran saya sebelum ini, jika kepimpinan CEUPACS sendiri tak mampu nak jadi pembela penjawat awam, apa gunanya kepimpinan CEUPACS sekarang ini nak berpaut kepada jawatan dalam CEUPACS yang mereka sedang sandang sekarang ini?
Lebih baik letak jawatan dalam CEUPACS sahajalah.
CEUPACS perlukan kepimpinan yang tegas dan berani untuk mempertahankan penjawat awam serta mempertahankan perkhidmatan awam supaya tidak dicerobohi oleh anasir-anasir yang boleh menggugat perkhidmatan awam hingga boleh menjejaskan operasi jabatan serta menyebabkan kecelaruan di kalangan masyarakat akibat konsultan-konsultan yang 'menasihatkan' kerajaan membuat dasar-dasar yang merapu dan tunggang langgang di sana sini hingga keadaan menjadi haru biru.
Sedarlah, sekian, terima kasih.
PENJAWAT AWAM DAPAT RM 500.00 JE... DAH SAMA TARAF DENGAN PEKEBUN GETAH HE HE........
PENJAWAT AWAM DAPAT RM 500.00 JE... DAH SAMA TARAF DENGAN PEKEBUN GETAH HE HE........
slogan B end .. Dulu kini Selamanya RM500.00 ..
toksah meranakan lagi rakyat bawahan akibat permintaan PA...hapuskan gejala ketirisan dan aktiviti rasuah di kalangan pemerintah dah lebih memadai untuk memenuhi permintaan PA..GST bukan jalan penyelesaian malah bakal menyumbang kepada kenaikan kos hidup....mansuhkan GST dan hapuskan gejala ketirisan dan rasuah di kalangan peminpin....
dapat rm500 tu guna dengan nilai rm500 atau lagi bagus guna kurang daripada tu. kalau dapat rm500 tapi nafsu meluap-luap nakkan barangan nilai sampai rm5,000 memang takkan cukup sampai mati nanti.
bersihkan hati anda, pasti jiwa akan tenang.
btw, kerajaan seharusnya mencari pelabur untuk menyumbang kepada ekonomi negara, bukannya merompak rakyat dengan cukai yang pelbagai.
tapi camana pelabur nak masuk & yakin dengan negara kalau asyik huru hara, asyik tunjuk perasaan sana sini, asyik bertelagah sesama sendiri, kan kan?
nak tunggu negara kena jajah balik macam dulu, baru sibuk nak bersatu?
elok dibayar saja saguhati sebegini sepanjang masa dengan nilai yang sama tidak kiralah apa gred jawatannya dan berapa gaji pokoknya berbanding dengan pembayaran bonus dimana yang bergaji besar dan gred tinggi akan mendapat banyak.
dalam masa yang sama boleh membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan.
kalau bayar rm1,000 seorang pun lagi baik daripada bayar sebulan gaji.
yang bergaji rendah yang berwasatiah pasti akan bersyukur, yang bergaji besar kalau dalam rm1,000 mana yang selalu mengucap syukur, tetap akan bersyukur manakala yang cintakan dunia akan memandang sebelah mata saja dengan nilai 1,000 tersebut. apatah lagi yang bergaji rendah yang tak bersyukur dengan nilai tersebut, lagi buruk rupanya berbanding dengan yang bergaji besar yang memandang sebelah mata dengan nilai saguhati tersebut.
Tak perlu timbang timbang .cakap ja nak bagi atau tak.
Catat Ulasan