Utusan Malaysia
8/9/2014
8/9/2014
PUTRAJAYA 8 Sept. - Kerajaan bercadang menjadikan Bahagian Pinjaman
Perumahan Perbendaharaan sebagai sebuah badan berkanun bagi membolehkan
sistem pengurusan yang lebih sistematik dapat dihasilkan.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata,
cadangan penubuhan badan berkanun tersebut tertakluk kepada syarat Skim
Pinjaman Perumahan dengan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati
penjawat awam.
"Pada masa ini, Bahagian Pinjaman Perumahan dengan perunding yang
dilantik bagi proses pemerbadanan itu sedang menyediakan rang
undang-undang penubuhan badan berkanun tersebut dan Skim Saraan Baharu
untuk kakitangannya. "Perbincangan dijangka diadakan dengan Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) apabila rang
undang-undang itu diluluskan," katanya yang mengulas bantahan CUEPACS
mengenai pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan tersebut.
Sebelum itu, Ahmad mengadakan mesyuarat tertutup bersama wakil
Pergerakan Pemuda UMNO dan Suara Anak Muda 1Malaysia mengenai input
Bajet 2015 di sini hari ini. Semalam, media melaporkan ura-ura Kementerian Kewangan
mempertimbangkan cadangan memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk
digantikan dengan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) atau institusi
kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan penjawat awam. Dalam pada itu, Ahmad berkata, kenyataan CUEPACS berhubung pemansuhan bahagian di kementerian tersebut adalah tidak tepat.Beliau menegaskan, kerajaan memberi jaminan pengurusan pinjaman
perumahan di bawah badan berkanun tersebut tidak akan merugikan penjawat
awam.
2 ulasan:
elok semua jabatan kerajaan yang mempunyai transaksi kewangan ni convert jadi badan berkanun je senang, lagi bagus dikorporatkan terus. barulah transaksi menjadi lebih efisyen.
Efisyen tidak semestinya dikorporatkan. Hanya ganti samada budaya kerja dan staf yang tidak efisyen. Aku tak percaya janji2 orang politik dan keldai2nya sebab sejarah dah buktikan mereka tak boleh dipercayai. Tengoklah dari dulu sampai sekarang janji nak kawal harga minyak, makanan, rumah dan lain2 perkhidmatan daripada naik tapi cakap tin kosong. Janji dicapati, orang tak cerdik saja yang percaya.
Catat Ulasan