Utusan Malaysia
1/9/2014
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Rakyat diminta tidak membuat sebarang tindakan
yang boleh menjejaskan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap
Pasukan Peronda Sukarela (PPS).Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs), Azih Muda berkata, ulasan atau komen negatif terhadap pihak
polis hanya akan memberi tekanan kepada proses siasatan tersebut.
"Ada beberapa pengguna laman sosial mengkritik tindakan polis menahan
anggota PPS dan ini tidak wajar kerana boleh mengganggu tugas polis.
PDRM hanya menjalankan tugas mereka sahaja."Penahanan anggota PPS dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang
selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan surat rasmi bahawa
pertubuhan itu tidak berdaftar dengan mereka. Ini melibatkan soal
keselamatan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini
hari ini.
Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu
yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan
Alam Sekitar negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh.Jelas Azih, pihaknya mempertahankan tindakan PDRM itu yang dilihat hanya bermotif menjaga keamanan negara.Katanya, rakyat perlu membuat pertimbangan tepat terhadap isu itu
bagi mengelakkan kekecohan yang boleh menjejaskan keamanan negara selain
memberi kerjasama dalam menangani isu tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan