Utusan Malaysia
10/9/2014
10/9/2014
KOTA KINABALU 9 Sept. - Jawatankuasa Perhubungan Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) negeri menolak malah membantah
sebarang cubaan mengambil alih tugas serta pengurusan pemotongan gaji
kakitangan awam dan badan berkanun daripada koperasi tersebut.Pengerusinya, Datuk Noraini Salleh berkata, tindakan itu tidak
sepatutnya dilakukan kerana sejak 1977, Angkasa telah melaksanakan
tanggungjawab tersebut dengan baik malah tiada satu sen wang pekerja
diselewengkan.Menurutnya, urusan pemotongan gaji kakitangan awam dan badan berkanun
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, sekali gus tidak timbul masalah
daripada orang ramai.
"Angkasa memiliki mekanisma dan kepakaran yang telus, amanah serta
mempunyai pegawai yang cekap mengendalikan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada golongan pekerja dengan sempurna."Sehubungan itu, tidak munasabah kerja-kerja yang dilaksanakan selama
ini dengan baik oleh Angkasa terpaksa diberhentikan dan akan digantikan
oleh pihak yang belum tentu memiliki keupayaan setanding dengan pihak
pengurusan koperasi ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.Tambahnya, sesuatu yang malang sekiranya tindakan itu dibuat demi
menyelamatkan segelintir pihak dan mengorbankan kepentingan majoriti.
Sehubungan itu jelasnya, Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri
sependapat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) menolak cadangan pihak tertentu yang mahu Koperasi
Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Bhd. (Moccis) mengambil alih pengurusan
pemotongan gaji kakitangan awam daripada Angkasa.
"Sekiranya tindakan ini dibuat demi menjaga kepentingan sebahagian
pemegang saham, ini satu tindakan tidak berbaloi dan membe-lakangkan hak
Angkasa yang telah berkhidmat dengan sempurna selama ini," katanya.
Jelasnya, pihak bertanggungjawab seharusnya bersifat berlapang dada
dan lebih melihat kepentingan majoriti terutama kakitangan Angkasa yang
akan terjejas akibat cadangan yang mahu dilaksanakan itu
4 ulasan:
Bohonglah aku talipon nak tanya pasal potongan pun susah, kena ke ibu pejabat. Menyusahkan ada.
maunya tak bantah, nanti hilang la "sumber pendapatan utama". lepastu koperasi terus kena tutup sebab dah takda core business lagi dah. hahaha.
senang betul keje, jadi orang tengah je tukang potong gaji, walhal kalau akauntan negara sendiri yang potong gaji tu apa yang susah sangat?
Aku sokong ANGKASA dimansuhkan sahaja. Menggalakkan kakitangan kerajaan berhutang.
aku sera .. blogspot Cuepacs entah apa-apa sekarang ???
bincang ke nak maklum apa aku pun tak tau !
moderator perlu ditransformsi..
maklum balas PA amat penting bagi memastikan kelangsungan perjuangan pekerja.
keselesaan membuat kita lupa pada perjuangan. Maklumlah, Cuepacs ini dalam kategori kerusi empuk !
Inilah kesannya 'pengundian angkat team kroni'. Ramai pemimpin yang tertidur.
Aku sera ... betul ke?
Catat Ulasan