Malaysiakini
23/9/2014
23/9/2014
217 1 0
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
bercadang mengadakan satu perhimpunan bagi membantah pemansuhan Bahagian
Pinjaman Perumahan (BPP) untuk penjawat awam.
Presidennya, Azih Muda berkata perkara itu akan diputuskan dalam masa terdekat sebelum pembentangan bajet pada 10 Oktober ini.
Beliau berkata pihaknya juga membantah cadangan BPP dijadikan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
"Kita bantah perkara ini seratus peratus, kalau di bawah bumbung berkanun, caj yang dikenakan kepada peminjam berpuluh-puluh perkara.
"Ia tidak mampu dibayar, mana kos nak pinjam bayar rumah sehingga RM7,000 ke RM8,000 itu belum dapat rumah, hendak bayar perjanjian, setem duti, caj guaman, dokumen dan berbagai-bagai perkara, bukan semudah itu," katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan penjawat awam Tawau di Auditorium Perpustakaan Tawau semalam.
Azih berkata BPP merupakan satu-satunya agensi yang menjaga kebajikan penjawat awam dan tidak keperluan untuk 'diganggu' serta 'ditukar ganti'.
Beliau juga meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus tertinggi kepada penjawat awam sebagai menghargai sumbangan dan peranan mereka selain kekangan hidup ketika ini.
Dalam pada itu, Cuepacs mencadangkan tiga perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, antaranya, semakan 171 skim yang sehingga kini belum diputuskan.
Azih berkata Cuepacs turut mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Persaraan atau kumpulan wang milik kerajaan membabitkan diri dalam pembinaan rumah penjawat awam seperti yang dilaksana di Singapura.
Beliau juga berharap kerajaan mempertimbang pemberian kelayakan elaun yang sekata kepada penjawat awam di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, terutama guru.
- Bernama

4 ulasan:
semakan 171 skim yang sehingga kini belum diputuskan - perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Kerajaan Malaysia patut beri Bantuan Khas Kewangan lebih sikit untuk penjawat awam khasnya Anggota Kump. Pelaksana tahun ini. Tak pernah dengar khabar baik dapat bonus 2 bulan.
1. Anda tahu apakah sebab utama BPP hendak diswastakan?
2. Tahu siapa orang nombor satu CIMB?
3. Tahu kenapa harga rumah naik mencanak- canak pada harga tidak masuk akal berbanding pendapatan purata rakyat?
4. Tahu siapa besan orang nombor satu Malaysia, apa perniagaannya dan berapa besar empayarnya?
5. Tahu siapa pegang jawatan Menteri Kewangan?
Ayuh sama2 kita cari jawapannya dan fikir2 kan...
Yang 81 pun tak dapat lg...
Catat Ulasan