Bernama
19/12/2014
19/12/2014
PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari
ini menjelaskan laporan media bertajuk '60 peratus CEO Badan Berkanun
Kurang Faham Tugas' adalah kurang tepat, mengelirukan dan menimbulkan
persepsi negatif.
JPA dalam satu kenyataan berkata Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA, Datuk Norzam Mohd Nor yang dipetik dalam laporan itu menafikan kenyataan bahawa 60 peratus CEO badan berkanun kurang faham tugas mereka.
"Sebaliknya (Norzam) hanya menasihatkan semua CEO atau Ketua Jabatan untuk sentiasa meneliti dan mengkaji semula fungsi serta hala tuju sebenar agensi agar sentiasa relevan dengan kehendak stakeholder dan perkembangan semasa," jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan JPA itu, fakta dalam laporan berkenaan yang mengatakan terdapat 738 badan berkanun juga tidak tepat, di mana jumlah tersebut adalah jumlah keseluruhan agensi sektor awam merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan