Bernama
8/12/2014
8/12/2014
KUALA TERENGGANU, 8 Dis (Bernama) -- Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500.
Berucap ketika membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13, di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan.
Katanya kerajaan negeri memperuntukkan lebih kurang RM20 juta kepada 9,719 kakitangan awam negeri bagi pemberian tersebut yang akan dibayar pada Januari tahun hadapan.
Terdahulu Kerajaan Persekutuan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan ketika membentangkan "Bajet 2015 pada 10 Okt lepas.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ahamd Razif menyifatkan Bajet 2015 ini bakal memberi manfaat menyeluruh kepada semua rakyat negeri meliputi isu kritikal seperti masalah perumahan, kemiskinan, keusahawanan, perkhidmatan, sukan, pendidikan, pembangunan, pertanian, pelancongan, ibu tunggal, malah kebajikan penarik beca dan pemandu bot penambang turut diambil kira.
Menurutnya kerajaan negeri juga prihatin dengan nasib pengayuh beca roda tiga yang membawa penumpang ke Pasar Kedai Payang serta pemandu bot penambang tradisional kerana mereka adalah antara mereka di barisan hadapan dan punyai peranan tersendiri dalam memajukan sektor pelancongan di negeri ini.
"Untuk itu, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM200 sebulan kepada mereka sebagai insentif dan ia akan diuruskan oleh Tourism Terengganu, katanya.
Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pelaksanaan program membina rumah baharu serta membaik pulih rumah dengan 1,300 penerima bakal menerima manfaatnya.
"Sebanyak RM43 juta juga diperuntukkan bagi menyiapkan 19 projek sambungan Rumah Mampu Milik dan kerajaan negeri menyediakan subsidi antara RM20,000 hingga RM73,000 bagi setiap unit rumah termasuk kos penyediaan infrastruktur dan kos tanah.
"Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menghapuskan faedah dalam bayaran bulanan pembelian rumah mampu milik dan melanjutkan tempoh bayaran sehingga 30 tahun dengan jumlah bayaran hanya RM189 bulanan," katanya.
Keutamaan diberi kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, belum memiliki rumah sendiri dan kuota 10 peratus turut disediakan untuk golongan belia yang belum berkahwin.
Selain itu, Ahmad Razif berkata sejumlah RM20.6 juta diperuntukkan bagi melonjakkan lagi sektor pertanian, RM17.3 juta untuk pengurusan sukan, RM10 juta untuk pembinaan litar motosikal di Gong Badak dan RM10 juta untuk membantu golongan ibu tunggal di negeri itu menjalankan perniagaan, manakala peniaga di kampung diperuntukkan RM5 juta iaitu pinjaman mudah.
"Bagi memperkasakan lagi golongan belia, kerajaan negeri bersetuju menaikkan insentif kepada persatuan belia yang aktif sebanyak RM5,000 berbanding RM2,000 sebelum ini manakala persatuan belia yang biasa, kekal menerima RM2,000 sebagai bantuan pentadbiran.
"Aspek kebersihan yang menjadi fokus utama Terengganu pula menerima peruntukan sebanyak RM60 juta manakala untuk mengatasi kejadian banjir kilat, sebanyak RM34 juta diperuntukkan kepada semua Pihak Berkuasa tempatan (PBT) untuk kerja pembinaan dan penyelenggaraan perparitan," katanya.
-- BERNAMA
6 ulasan:
Tahniah kerajaan negeri Terengganu. Tapi Kerajaan Najib bila pula nak selesaikan isu penambahbaikan skim serta isu perumahan di kawasan bandar? Kerajaan perlu bina banyak kuarters di kawasan bandar kerana kos sewa rumah yang tinggi di kawasan bandar.
Sedarlah Najib, kami penjawat awam bergaji rendah ini mana mampu nak naik mercedes macam kau, naik kapcai saja, isi petrol RON 95 7 liter guna duit sendiri, sewa rumah kena kongsi dengan kawan, kalau dah kahwin tu rabak jugalah poket sebab nak beli rumah tak mampu berdasarkan gaji semasa, yang dah ada anak tu dengan belaja anak sekolah, biaya bas sekolah lagi, lepas tu bil itu dan ini, belanja makan minum lagi, rabak poket Jib.
Kau lainlah Jib, kau kereta disediakan oleh kerajaan, belanja Petrol RON 97 sebanyak 75 liter dalam Mercedes yang kau naik dibiaya oleh kerajaan, bil elektrik, bil air, bil astro, dibiaya oleh kerajaan, rumah tak payah sewa, disediakan oleh kerajaan, senang hidup kau Jib, semuanya dibiaya oleh kerajaan walaupun gaji kau boleh biaya 10 orang penjawat awam gred rendah.
Bukannya macam kami Jib, gred rendah, lepas tu gaji tak seberapa, tapi kami bersyukurlah ada kerja, tetapi dengan kos sara hidup yang meningkat, semua belanja kami kena tanggung dengan duit sendiri, teruk kami Jib, teruk, kau tak apalah semua kerajaan biaya.
Kami bukannya dengki dengan kau Jib, tak ada masanya kami nak dengki dengan kau, cuma kami meluat dengan kau, bukan kerana kau nama Najib, tetapi kerana kau banyak menyusahkan rakyat, kau buat dasar bodoh, bila jadi masalah, kau bebankan kepada rakyat, itu yang kami tak boleh terima dan meluat dengan kau.
Lebih baik kau letak jawatan sahajalah Jib, kau pun dah bohong penjawat awam pasal isu penambahbaikan skim, apa gamaknya kialau PRU diadakan sekarang, mau terbongkang Barisan Nasional kerana sikap buruk kau Jib, oleh itu sedarlah diri.
Sekian, terima kasih.
Najib, apa dah jadi dengan penjawat awam di bandar Jib? Kau kata nak buat rumah mampu milik, tetapi hanya jadi rumah mampu tengok saja Jib, apa cerita? Dengan harga rumah mencecah RM 300,000.00 hingga RM 500,000.00 seunit yang kau kata Rumah Mampu Milik itu, hanya jadi Rumah Mampu Tengok sajalah Jib, dengan gaji tak sampai RM 2,000.00 sebulan, macam mana nak beli rumah semahal itu, sudahlah itu, nak biaya itu dan ini lagi, kami pun perlu makan dan minum Jib, kami pun perlukan kediaman sendiri Jib, jangan ingat kami penjawat awam gred rendah ini tak perlukan makan dan minum serta kediaman sendiri Jib.
Sudah-sudahlah Jib, berundurlah, kalau tak mampu tu tak payah paksa diri, kerana bukannya kau yang susah, tapi rakyat yang susah, kau serba serbi ditanggung oleh kerajaan, kami rakyat pendapatan rendah, terpaksa ikat perut terpaksa biar anak dan isteri juga ikat perut, ada kau pernah fikirkan semua ini Jib?
Sudah tentunya kau tak pernah fikirkan hal ini Jib, sebab kau hidup dibiaya oleh kerajaan, gaji kau yang boleh bayar gaji untuk 10 orang penjawat seperti kami ini, malahan kalau dicampur dengan elaun itu dan ini, entah berapa orang lagilah penjawat awam yang boleh dibayar gajinya berdasarkan elaun kamu itu.
Aku nak tanyalah Jib, kau balik ke Pekan tu, kau isi minyak RON 97 sebanyak 75 liter dalam kereta mewah yang disediakan oleh kerajaan itu guna wang gaji sendiri ke, guna wang kerajaan juga? Tak payah pura-puralah Jib, aku tau kau gunakan dana kerajaan juga, macam nak melancong pun sama, gunakan alasan nak buat lawatan rasmi ke luar negara, lepas tu dapat melancong bersama Rosmah dan kuncu-kuncu, tapi kami rakyat pendapatan rendah ni, nak dapat naik kapal terbang pun hanya boleh berangan sahajalah Jib, sebab keraka kau dah terlalu biasa mewah Jib, mana kau pernah rasai keperitan kehidupan orang-orang pendapatan rendah seperti kami ini Jib. Sedarlah diri Jib, berundur sahajalah, tak payahlah kau nak syok sendiri kerana kau memanglah syok itu dan ini, tapi rakyat pendapatan rendah ni yang hidup kais pagi makan pagi, malahan ada yang kais pagi makan petang, kerana polisi ekonomi yang merosakkan yang dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya inilah. Sedarlah semua.
Lagi satu Jib, aku nak tanya jugalah, siapakah Rosmah dalam pentadbiran kerajaan atau perkhidmatan awam, sibuk dia mencampuri urusan kerajaan dan perkhidmatan awam sedangkan dia bukannya kakitangan awam atau ahli pentadbiran kerajaan pun, yang dia sibuk nak menyibuk tu apahal?
Misalnya Jib, dalam majlis rasmi, ada menteri, ada timbalan menteri, ada pegawai tinggi kerajaan, tapi yang rasmikan majlis tu adalah Rosmah bini kau, apa dah jadi dengan protokol kerajaan sekarang ini Jib?
Lagi satu Jib, bini kau sibuk ke luar negara kononnya atas jemputan negara asing untuk program itu dan ini, dia pergi tu guna duit sendiri ke guna duit kerajaan? Kerana dia tak layak guna wang kerajaan sebab Rosmah bukannya penjawat awam atau pun ahli pentadbiran kerajaan.
Sekiranya Rosmah menggunakan dana kerajaan untuk ke luar negara, tiket kapal terbang guna wang kerajaan, bilik hotel, makan minum guna wang kerajaan, itu dah salah dari segi Arahan Perbendaharaan. Apakah pihak Audit Negara dan SPRM tidak mau ambil peduli pasal hak inikah?
Kalau Rosmah boleh gunakan dana kerajaan dengan alasan dia bini Najib yang merupakan Perdana Menteri, maka bini-bini Pembantu Am Pejabat, bini-bini tukang kebun, bini-bini Kerani, bini-bini renjer hutan, bini-bini pekerja awam (PRA) pun boleh gunakan dana awam jugalah ye Jib sekarang ini?
Semoga pihak Audit Negara dan SPRM tidak membuat-buat buta pasal penyelewengan oleh Najib dan Rosmah ini, kerana kerana mereka inilah berjuta wang negara ketirisan setiap tahun, kerana nak memuaskan nafsu Rosmah bini Najib itu.
Mana dia integriti SPRM dan Audit Negara kalau isu ini tak dapat diselesaikan dengan jujur? Buku panduan integriti pun patut buang dalam lubang jamban sahajalah kalau SPRM dan Audit Negara tidak boleh bersikap integriti bila melibatkan kegiatan penyelewengan oleh Rosmah bini Najib itu. Sedarlah semua.
Elaun rumah masih tak selesai....
ke mana lenyapnya isu kenaikan elaun rumah ni..
skim berubah,tugas bertambah..tapi tiada kenaikan gaji seiring perubahan skim.
Helo tuan presiden cuepacs..ke mana lenyapnya elaun rumah.
Kita akan berhadapan GST tak lama lagi...
Presiden Ceupacs, apa dah jadi dengan isu semakan semula skim yang sengaja diabaikan oleh pihak pegawai atasan JPA sebelum ini? Dulu Najib kata boleh selesai dan bulan Jun lalu Najib kata nak jumpa CEUPACS untuk selesaikan isu ini, tapi hingga sekarang pun, tak ada perkara ini dibincangkan oleh CEUPACS dengan Najib, apa cerita?
Apa lagi yang ada dengan CEUPACS sekarang ini? Tak ada apa-apa yang boleh penjawat awam banggakan dengan CEUPACS kerana CEUPACS di bawah kepimpinan sekarang ini terlalu lemah, membiarkan penjawat awam dibuli oleh Najib dan pegawai atasan di JPA sahajalah.
Perlukah lagi CEUPACS sekarang ini? Relevankan lagi kewujudan CEUPACS sekarang ini? CUEPACS masih perlu dan masih relevan, tetapi kepipimpinan CEUPACS sedia ada perlu berambus dan letak jawatan dalam kepimpinan CEUPACS sebagaimana desakan supaya Najib dan kuncu-kuncunya berambus dari UMNO dan Barisan Nasional. Ini kerana CEUPACS perlu perubahan drastik, kepimpinan yang memahami denyut nadi semua peringkat penjawat awam, bukannya jenis pemimpin yang disuapkan dengan gelaran datuk, disuapkan dengan kenaikan gred untuk diri sendiri, terus senyap tidak pedulikan kerana sudah dibeli oleh pihak-pihak tertentu.
Sungguh memalukan kepipimpinan CEUPACS sekarang ini, bukan setakat tak ada taring, dengan gigi dan gusi pun dah tak ada, malahan mulut dah ditampal plaster oleh pihak-pihak tertentu dengan ganjaran seperti kenaikan gred untuk diri sendiri dan diberikan pingat seperti gelaran Datuk, maka diam dirilah dan biarkan terus penjawat awam dibuli dan diainaya tanpa sebarang pembelaan.
Oleh itu sedarlah semua akan hakikat kepimpinan CEUPACS kini yang hanya indah khabar dari rupa.
Sekian, terima kasih.
Hebat betul DATUK Azih Muda, lihat ini: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tukar-setiap-lima-tahun-1.35172
Saya bersetuju dengan cadangan itu dengan syarat pihak kerajaan perlu sediakan kuarters yang mencukupi di setiap pejabat kerajaan atau kompleks pentadbiran kerajaan yang berkenaan.
Perlu disedari bahawa risiko pertukaran kepada pegawai atau kakitangan adalah isu perumahan, nak sewa rumah mahal, terutama di kawasan bandar, jadi pihak kerajaan perlu sediakan kuarters kegunaan semua penjawat awam dalam bidang kritikal itu.
Tapi DATUK Azih Muda, apa pula ceritanya dengan isu penambah baikan skim yang sebelum ini diabaikan oleh pegawai atasan di JPA? Takkan dah dapat naik gred ke N36, lepas tu dapat gelaran DATUK, maka diam diri sahaja pasal isu penambahbaikan skim berkenaan? Takkan dah dapat habuan untuk diri sendiri maka penjawat awam lain diabaikan pula DATUK Azih Muda?
Sila beri penjelasan berhubung perkara ini.
Sekian, terima kasih.
Catat Ulasan