Sinar Harian
26/11/2014
26/11/2014
Dr Noor Azlan Ghazali
SHAH ALAM - Tidak perlu kawalan harga dalam menangani isu harga rumah
yang melambung, kata Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Prof Datuk Dr
Noor Azlan Ghazali.
Menurutnya, secara kasar kawalan harga dilihat sebagai satu kaedah bagus untuk menangani isu kenaikan harga rumah tetapi realitinya tidak.
"Untuk tempoh jangka masa panjang, kaedah itu (kawalan harga) sebenarnya lebih merugikan dan membebankan terutamanya kepada kerajaan.
"Saya tidak setuju dengan cara tersebut kerana terdapat banyak kaedah lain yang boleh digunapakai," katanya, kelmarin.
Beliau berkata, umpamanya aspek perancangan bandar serta sistem pengangkutan awam yang baik perlu dititikberatkan.
Menurutnya, kenaikan harga rumah berlaku disebabkan dua faktor iaitu permintaan tinggi dan kos tanah yang tinggi.
Katanya, di Malaysia kebanyakan rakyat mahu tinggal di bandar dan apabila disebut bandar, semua tertumpu di Kuala Lumpur yang dilihat menyediakan pekerjaan.
"Sedangkan banyak lagi kawasan luar seperti Kajang dan Selayang yang boleh dibangunkan sebagai pusat pekerjaan.
"Jika di Jepun dan New York contohnya, kebanyakan rakyat tinggal jauh dari bandar yang perjalanannya mengambil masa satu jam. Tetapi mereka mempunyai sistem pengangkutan awam yang hebat, ia sekali gus meredakan isu kenaikan harga rumah serta pemusatan," katanya.
Selain itu, kerajaan perlu menangani isu spekulator yang membeli rumah untuk dijadikan aset pelaburan.
"Kita boleh fokus cara atau bagaimana untuk mewujudkan suasana agar mereka kurang berminat untuk membeli rumah, contohnya kerajaan perkenalkan rumah dijual balik dalam tempoh beberapa tahun dengan cukai tinggi," katanya.
Mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda bahawa kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan jika kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah adalah sebagai isu yang berbeza.
"Ramai keliru maksud gelandangan kerana ia isu sosial dan tingkah laku.
"Di luar negara, kerajaan menyediakan rumah perlindungan kepada golongan gelandangan tetapi mereka memilih tinggal di jalanan kerana itu cara mereka meneruskan kehidupan," katanya.

8 ulasan:
elaun rumah sangat wajar dinaikkan sesuai kadar semasa.
begitu juga gaji sangat wajar dinaikkan kerana GST bakal menjelma.
Harapan penjawat awam pelaksana..isu elaun rumah dan kenaikan gaji wajib dinaikkan.
Tuan PRESIDEN CUEPACS perjuangkan isu ini hingga jadi realiti untuk tahun 2015 sebelum GST.
tqvm
Setuju dengan pandangan Prof. Melalui pengalaman membeli rumah di Shah Alam. Belum sempat nak beli, semua unit telah habis dijual. Terpaksalah cari rumah "second" kerana masih belum ada rumah sendiri kerana dari golongan kurang berduit. Dipangsapuri diduduki sekarang didapati beberapa individu dan syarikat memilik beberapa rumah sehingga 4 buah unit seorang untuk dijadikan rumah sewa. Mungkin syarat penjualan rumah baru perlu diperketatkan dengan mengwujudkan database pemilikan rumah.
Rumah mampu milik hanya jadi rumah mampu tengok sahajalah.
Kalau gaji RM 2500.00 di lembah kelang, itu taraf miskin. Tapi itulah taraf gaji kebanyakkan orang di sana. Malahan yang kerja kilang, pengawal keselamatan, tukang cuci, pekerja pasaraya lagilah rendah gajinya.
Macam mana nak beli rumah sedangkan harga rumah RM 300,000.00 hingga RM 500,000.00 seunit bagi 'Rumah Mampu Milik', hanya jadi Rumah Mampu tengok sahajalah bagi pekerja bergaji rendah ini.
Gaji RM 2,500.00, sewa rumah sahaja pun lebih kurang RM 500.00, tinggal RM 2000.00, belanja bil itu dan ini dah beratus dah, lepas tu belanja makan minum pun beratus setiap hari, belanja anak sekolah kalau 3 orang sekolah, juga dah beratus termasuk tambang bas, minyak petrol ke tempat kerja pun beratus juga, tak sempat nak buat tabungan pun, habis macam tu saja setiap bulan, jadi nak bayar ansuran rumah yang harga RM 300,000.00 hingga RM 500,000.00 itu macam mana?
Kos sara hidup makin meningkat, pendapatan rakyat tak selari malahan lebih rendah dari kadar kos sara hidup sekarang ini, yang bergaji rendah hanya boleh berangan nak beli rumah, sewa sampai akhir hayatlah, kerana rumah adalah untuk orang-orang kaya dan pegawai besar sahajalah, sebab gaji mereka besar sedangkan gaji pendapatan rendah ini kecik.
Najib kalau nak tolong, perlu buat banyak rumah kos rendah harga RM 30,000 hingga RM 35,000.00 macam sebelum ini, kalau harga RM 300,000.00 hingga RM 500,000.00 yang dikatakan mampu milik, hanya sekadar jadi mampu tengok untuk dibeli oleh orang-orang kaya, orang pendapatan rendah sewa rumah macam rumah setinggan sahajalah. Sedarlah semua.
Tak payah kawal semuanya, biarkan melambung, biar rakyat merempat baru puas hati para orang kaya dan Najib serta kuncu-kuncunya.
Malahan kemasukkan pendatang asing pun tak payah kawal, biar masuk ramai-ramai dan biarkan mereka rebut semua peluang kerja, lepas tu biarkan rakyat sendiri mengganggur dan merempat, baru puas Najib dan kuncu-kuncunya.
Isu skim macam mana CEUPACS? Dah caca marba carta organisasi, penyelia dah jadi orang bawahan, tapi kena selia juga, tunggang langgang dalam pentadbiran, apa cerita DATUK Azih Muda?
Takkan dah dapat gelaran DATUK dan dinaikkan pangkat dari N32 ke N36 serta konpom gaji juga dinaikkan special rate, maka dah dilupakan penjawat awam yang lain yang masih terkontang sekarang ini?
Sampai kini tak ada pengumuman pun dari kerajaan, tahulah sekarang tengah banjir, tetapi di JPA tu buat apa? Semuanya masih dalam kajian dan terus dikaji untuk terus menipu para penjawat awam yang diainaya inikah?
Teruskan menipu, teruskan bersubahat, inilah taraf pemimpin CEUPACS sekarang ini DATUK Azih Muda, yang hanya indah khabar dari rupa, masa nak bertanding jawatan dulu bukan main manis mulut berbicara, lepas menang semuanya dilupakan dan buat-buat tak tahu.
Teruskan bodek dan ampu Najib, mana tau lepas ni dapat gelaran DATUK SERI pula dan diberikan jawatan pengarah dalam GLC lepas bersara nanti, dah tak lama dah DATUK Azih Muda nak bersara, lepas ni dapat jawatan baru pula ye, penjawat awam yang lain biarlah terkontang kanting begitu sahaja, yang penting temolok sendiri dikenyangkan dahulu, penjawat awam lain yang naikkan awak biar merempat dan diperkudakan sesuka hati Najib dan kuncu-kuncunya.
Sedarlah semua.
salam, apa Prof ni cakap...ok tak payah kawal tapi bagi alternatif tu..itulah tugas cerdik pandai mcm prof. jgn asyik suruh kerajaan buat itu ini tapi tak bagi cadangan..... gaji dia berapa puluh ribu...habis yang kita gaji ciput ni mcm mana... org2 kaya dan gaji besar suka harga rumah naik memang suka beli 2,3 buah sewakan... kita nak dpt satu pun susah... pusat pekerjaan apa..nak minta tukar ke kg halaman pun susah... sape suka duduk K.L...lagi2 gaji kecik mcm kita org....
kawal rumah membebankan kerajaan?
tak paham dari konsep mana merugikan kerajaan.
kalau tidak mahu kawal harga rumah naikkan gaji penjawat awam.
atau tidaknya buat harga mati untuk rumah
Catat Ulasan