Utusan Malaysia
1/5/2015
KUCHING
1 Mei - Kakitangan kerajaan akan dibenarkan mengambil cuti tanpa rekod
selama tiga hari bagi urusan kematian membabitkan ibu bapa mertua, ibu
bapa angkat dan anak angkat yang sah di sisi undang-undang, berkuat
kuasa 1 Julai ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak berkata, sebelum ini, cuti tanpa rekod yang diberikan kepada
kakitangan awam hanya melibatkan urusan kematian ahli keluarga terdekat
iaitu isteri atau suami, anak-anak dan ibu bapa kandung sahaja.
Beliau berkata, keputusan memperluaskan pelaksanaan cuti tersebut merupakan antara tiga penambah baik yang diberikan oleh kerajaan bagi manfaat pekerja awam dan swasta di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja 2015.
Menurut Najib, beliau tidak mempunyai apa-apa yang menggemparkan untuk diumumkan sempena sambutan Hari Pekerja kali ini tetapi tiga penambah baik itu diharap dapat memberi manfaat kepada para pekerja di negara ini.
“Walaupun tidak ada pengumuman menggemparkan hari ini (sempena Hari Pekerja 2015) tetapi tidak berbaloilah jika tuan-tuan datang dari jauh, saya tidak ada memberi apa-apa (imbuhan).
“Jadi pertama, saya nak umumkan kerajaan bersetuju menambah baik pelaksanaan kemudahan cuti tanpa rekod kepada kakitangan kerajaan bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat selama tiga hari merangkumi suami atau isteri, anak-anak dan ibu bapa kandung diperluaskan kepada ibu bapa mertua, ibu bapa angkat serta anak angkat yang sah di sisi undang-undang, berkuat kuasa 1 Julai ini,” katanya.
Beliau berucap dalam majlis sambutan Hari Pekerja 2015 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini.
Yang turut, hadir Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan timbalannya, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Saripuddin Kasim; Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Khalid Atan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.
Sambutan Hari Pekerja 2015 Peringkat Kebangsaan kali ini mencatatkan sejarah kerana pertama kali diadakan di luar Semenanjung dan disambut bersama-sama oleh Kementerian Sumber Manusia, kerajaan negeri, MTUC, CUEPACS, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sambutan kali ini juga paling meriah apabila dihadiri oleh 10,000 pekerja awam dan swasta yang datang dari seluruh negara.
Mengulas lanjut, Najib berkata, penambah baik kedua ialah kerajaan memutuskan supaya Program Saringan Kesihatan Percuma bagi pekerja sektor swasta berumur 40 tahun ke atas yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada 2013 diteruskan.
“Saya sudah mengarahkan Perkeso agar meneruskan program tersebut dengan turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bergerak di premis majikan.
“Ketiga, sukacita saya mengumumkan bahawa kita mencadangkan supaya Perkeso memperluaskan liputan Skim Perlindungan yang ketika ini dihadkan kepada pekerja bergaji RM3,000 ke bawah kepada semua pekerja tempatan dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji dengan siling caruman yang diinsurans ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM4,000.
“Cadangan ini dijangka memberi manfaat berbentuk nilai faedah yang lebih tinggi untuk perlindungan Perkeso dengan tambahan kira-kira 500,000 pekerja menikmatinya iaitu meningkat kepada 6.5 juta daripada 6 juta pekerja sebelum ini,” jelasnya.
Beliau berkata, semua pekerja dalam sektor swasta yang dilindungi di bawah skim terbabit layak menerima faedah perlindungan insurans secara automatik.
Mengenai cadangan CUEPACS yang meminta kerajaan meningkat jumlah gaji minimum pekerja di negara ini, Najib berkata, permintaan tersebut sedang dipertimbangkan tetapi mustahil dapat tunaikan dalam tempoh terdekat kerana perlukan perbincangan lanjut, malah tiada negara yang menaikkan gaji minimum pekerjanya pada setiap tahun.
Dalam pada itu, beliau meminta pihak berkuasa berkaitan agar mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ekoran pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) supaya tidak membebankan rakyat.

4 ulasan:
Memang benda ni dah lama.jgn nk perbodohkan penjawat awam la najib..presiden kupek boleh la kau buat mcm tu..

MOHON AZIH LETAK JAWATAN.KIPAS UTK KEPENTINGAN DIRI JE TU.DIE MAIN WAYANG JE KT AHLI KUPEK..RAMAI2 DESAK ORG NAJIB NI BERUNDUR.PRESIDEN KUPEK KONON.APA YG DIE PERJUANGKAN?BAGUS LG OSMAN.YG DULU LANTANG YG NI KATAK DIBAWAH TEMPURUNG.ATAU SAJA NK JD KATAK.DPT PANGKAT DIAM.LANTAK KORG LA NK JD APA.MUNGKIN ITU..
SO ramai2 kasi tukar kerajaan..penjawat awam memainkan peranan besar.ingat ye penjawat awam walaupun kerajaan bertukar kita tetap penjawat awam..bn sudah semakin naik tocang.sptutnya kakitangan awam diutamakan sbb kakitangan awam penggerak utama.kakitangan awam sekalian sesekali ajar lah bn sedar diri.semua oerjuangan kupek hanya dipandang enteng kerajjaan bn.kenyataan diatas semata2 ingin menutup segala kemahuan cupek dan pnjawat awam.ayuh tukar kerajaan.kita tetap kakitangan awam walaupun kerajaan bertukar.sesekali ajarlah bn ni...
MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

Catat Ulasan